Bengkak susu. Ibu menyusu sangat takut bila dengar bengkak susu nie.. Kecik sendiri pun kena berkali-kali. Sampai demam. Bila kena bengkak susu, alamak,sakitnya. Berbenjol-benjol breast. Sampai demam. Penyusuan masih juga tetap diteruskan. Cuma kekerapan pump ditambah. Sakit,hanya Allah yang tahu. Ramai juga ibu menyusu yang pernah alami kan? Bagaimana nak mengurangkan masalah bengkak susu ni agaknya ye? Jom Kecik share tips.
Cara Kurangkan Bengkak Susu
Cara 1 : Pakai Coli Sesuai
Pakailah coli yang sepadan. Jangan pakai yang terlalu ketat terutamanya di waktu malam untuk membantu menyokong payudara anda sebaiknya.
Elakkan pakai coli yang ada besi.
Cara 2 : Susukan Bayi Dengan Kerap
Susukan bayi setiap 2 ke 3 jam sekali. Disiplinkan diri tentang ini, kejutkan bayi anda jika mereka tidur untuk diberikan susu. Pastikan bayi menyusu di kedua-dua belah payudara setiap kali penyusuan.
Pastikan sebelah yang pertama tadi dihisap sepenuhnya sebelum beralih ke payudara sebelah lagi. Jika bayi sudah kenyang dengan satu payudara, perah atau pam susu selepas penyusuan.
Cara 3 : Mudahkan Aliran Susu
Bila berlakunya payudara bengkak, mungkin bayi sukar nak melekap pada aerola kerana kawasan ini menjadi keras. Perah dahulu guna tangan atau pam dahulu sehingga sekeliling aerola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan aliran susu adalah ibu mandi dengan air suam atau tuamkan sekeliling payudara dengan tuala panas di dada. Sesungguhnya ibu kena bersabar, mungkin agak mengambil masa.
Cara 4: Pam Payudara
Sesekali pam susu jika payudara dirasakan terlalu penuh dengan susu. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan bengkak susu yang lebih teruk.
Cara 5 : Urut Payudara
Semasa menyusukan bayi anda, urut dengan lembut sekitar payudara. Ini boleh membantu melancarkan lagi pengaliran susu ibu.
Boleh minta suami urutkan. Pengalaman Kecik sendiri, bila suami urut, cepat payudara yang bengkak akan cepat surut. Ibu kena tahan cikit sewaktu suami urut..
Anggap ini adalah sementara dan fikir yang positif sahaja. Ibu akan melepasi fasa ini dan anggaplah ia sebahagian dari pengalaman manis menjadi seorang ibu menyusu. Selamat Berjaya. =)
Assalamualaikum Sepanjang perjalanan menyusukan anak dengan susu ibu, tentu mommies pernah dimomokkan dengan pelbagai mitos mengenai susu ibu. Biasanya ia diberitahu oleh orang tua-tua yang mungkin mereka dengar daripada nenek moyang terdahulu. Lucunya mitos tersebut masih ada lagi yang dipercayai oleh sesetengah ibu. Bahkan mereka tidak tahu bahawa mitos tersebut tidak betul sama sekali. Lebih kasihan mereka berpegang teguh dengan mitos nenek moyang tersebut sehingga menyebabkan misi menyusukan anak tidak berjaya. Maka, ibu-ibu dinasihatkan mencari ilmu tentang penyusuan daripada sumber yang betul. Janganlah disebabkan kedegilan diri sendiri, anak anda tidak mendapat haknya untuk minum susu ibu!
Mitos Penyusuan Susu Ibu
1. Susu daripada payudara bengkak adalah basi Masalah bengkak payudara terjadi akibat liang saluran susu tersumbat. Ia akan membuatkan pengeluaran susu ibu tidak lancar sekaligus boleh membuatkan ibu diserang demam. Selepas masalah bengkak tersebut berkurangan, susu ibu yang tersumbat akan keluar dengan lancar. Menurut orang tua-tua, susu tersebut tidak boleh diberi kepada bayi sebaliknya perlu dibuang kerana kononnya ia basi. Namun, ia hanyalah mitos, tiada bukti sains yang telah membuktikan kenyataan tersebut. Bahkan adalah lebih baik, ibu terus memberikan bayi susu tersebut supaya tiada lagi berlaku masalah bengkak susu. 2. Kanan nasi, kiri air Pernahkah anda diberitahu tentang kandungan susu ibu bagi payudara sebelah kanan dan kiri oleh ibu atau nenek anda? Mereka memberitahu payudara sebelah kanan mengandungi nasi dan payudara sebelah kiri pula mengandungi air. Sebenarnya ia adalah mitos. Hakikatnya kandungan kedua belah payudara adalah sama. Paling penting setiap kali sesi penyusuan, ibu perlu susukan bayi pada sebelah payudara sehingga ia benar-benar kosong sebelum beralih kepada payudara yang sebelah lagi. 3. Susu cair tak berkhasiat “Eh cairnya susu kau, tak kenyang anak kau nanti.” Mungkin anda pernah ditegur sedemikian apabila melihat hasil susu yang dipam sangat cair. Hakikatnya susu ibu sentiasa berkhasiat untuk si kecil biarpun ia cair dan tidak pekat. Untuk pengetahuan anda, susu ibu sememangnya mempunyai dua peringkat iaitu dikenali sebagai foremilk dan hindmilk. Foremilk adalah susu cair yang dihasilkan pada bahagian awal dan kandungan lemaknya adalah rendah. Manakala hindmilk pula susu pekat yang terhasil di akhir penyusuan dan kandungan lemaknya adalah tinggi. Bayi memerlukan kedua kandungan susu tersebut untuk membantunya membesar sihat dan cerdas. 4. Susu kolostrum kena buang sebab susu basi Sebelum mengetahui tentang khasiat sebenar susu kolostrum yang dihasilkan sebaik sahaja ibu melahirkan anak, ramai ibu yang membuang susu. Susu cair tak berkhasiat Untuk pengetahuan anda, susu ibu sememangnya mempunyai dua peringkat iaitu dikenali sebagai foremilk dan hindmilk. Foremilk adalah susu cair yang dihasilkan pada bahagian awal dan kandungan lemaknya adalah rendah. Hindmilk pula susu pekat yang terhasil di akhir penyusuan dan kandungan lemaknya adalah tinggi. Bayi memerlukan kedua kandungan susu tersebut untuk membantunya membesar sihat dan cerdas.su pekat berwarna kekuningan tersebut. Kononnya ia dikatakan susu basi yang tidak elok diberikan kepada bayi baharu lahir. Sebenarnya kolostrum adalah susu yang terhasil pada akhir kehamilan dan beberapa hari selepas melahirkan anak. Ia pekat, melekit dan berwarna kekuningan. Ia mengandungi tinggi karbohidrat , protein dan rendah lemak serta tinggi antibodi tetapi terhasil dalam kuantiti yang sangat sedikit. Ia membantu pembuangan najis pertama bayi, membuang lebihan bilirubin dan melindungi bayi daripada jangkitan kuman. 5. Tak boleh susukan anak bila ibu tidak sihat Pernah tak anda ditegur oleh orang tua agar menghentikan penyusuan susu ibu sekiranya anda tidak sihat seperti demam, selesema atau batuk? Menurut mitos orang tua, ibu yang sakit tidak boleh menyusukan anak kerana akan menyebabkan anak turut dijangkiti penyakit tersebut. Ia sama sekali salah! Ibu yang jatuh sakit (demam, cirit-birit, sakit gigi, selesema dan sebagainya) masih boleh menyusukan anak. Jika sakit yang dihidapi ibu memerlukan ubat, antibiotik dan sebagainya, maklumkan kepada doktor yang anda sedang menyusu anak. Biasanya doktor akan memberikan ubat yang dosnya selamat buat ibu menyusu anak. Sebenarnya jika bayi berhampiran dengan ibu yang tidak sihat, ia mendedahkan dia kepada risiko jangkitan kuman daripada ibu yang tidak sihat sebab itu anak mungkin akan jatuh sakit juga tetapi bukannya disebabkan oleh penyusuan susu ibu! Jadi hapuskan mitos-mitos ini daripada fikiran anda semua. Teruskan usaha dan impian untuk mencapai penyusuan anak sehingga usia dua tahun. Semoga ibu-ibu menyusu dapat mencapai impian tersebut dan dipermudahkan urusan. Bagi yang ada masalah Puting Tengelam, ini adalah penyelesaian nya >> Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan
Assalamualaikum Ingin menjadi seorang ibu menyusu yang berjaya, banyak ilmu yang perlu di pelajari. Kerana setiap ibu menyusu mempunyai pengalaman menyusu yang berbeza. Pengalaman yang menyusu untuk Kecik juga berbeza. Antara anak pertama & anak kedua. Untuk diri Kecik, anak pertama tidak terlalu susah sepanjang tempoh penyusuannya sehingga dua tahun empat bulan. Cuma ada masalah puting pendek di awalnya. Jika ibu-ibu ada masalah yang sama boleh baca di sini >> Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan
Untuk anak kedua, Kecik rajin kena bengkak susu. Nak atasi masalah bengkak susu, boleh baca di sini >> Atasi MAsalah Bengkak Susu Okey sekarang kita belajar tentang ilmu bayi pula. Susu dah banyak, dah pandai menyusukan, kena tahu pula tentang bayi iaitu bayi tersedak susu. Walaupun ibu direct menyusukan bayi, bayi masih ada risiko tersedak susu. Jadi AWAS ye..
Tips Elakkan Bayi Tersedak Susu
1. Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi walaupun kajian terkini menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah. 2. Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak/ berdiri (upright nursing position). Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak. 3. Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan payu dara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak. 4. Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar. Jika dia memakai barut perut, longgarkan atau tanggalkannya. 5. Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar.
Antara Kes Kematian Bayi Tersedak Susu
Selamat maju jaya kepada semua ibu menyusu. Moga urusan ibu-ibbu dipermudahkan. Semoga susu ibu melimpah ruah. Semoga ibu-ibu berjaya menyusukan anak sehingga dua tahun. Follow blog saya untuk dapatkan tips penyusuan yang lain. =) . Terima kasih..
Assalamualaikum Ilmu penyusuan yang tiada penghujungnya. Setiap kelahiran berbeza pengalaman, berbeza masalah.
Jadi hari ni Kecik nak share tentang lima kesalahan yang perlu ibu menyusu elakkan secara umumnya.
Kesalahan Penyusuan Yang Ibu Menyusu Perlu Elakkan
1. Biarkan susu penuh baru nak pam Ada ibu yang tunggu susu sampai penuh, sampai bengkak susu baru nak pam, terutama kepada ibu bekerja. Jangan sampai susu penuh baru nak pam tau, sebab bila kita kerap tunggu susu penuh baru nak pam, badan kita akan menghasilkan sejenis protein, iaitu 'feedback inhibitor of lactation' (FIL). FIL ni akan hantar signal supaya kelenjar susu jangan hasilkan susu banyak-banyak dah sebab nampak macam susu ni dah lebih dari sepatutnya. Jadi, kalenjar susu pun perlahan-lahan akan kurangkan penghasilan susu. Lama-lama, susu akan jadi makin sikit. So, ibu-ibu jangan tunggu payudara penuh baru nak pam, tapi pam lah ikut jadual. 2. Ibu berada dalam dalam keadaan stress dan letih Sebenarnya ada banyak benda yang ibu-ibu nie berfikir. Lauk belum masak, rumah belum kemas, kain belum basuh, kain belum lipat, anak nak tu, anak nak ni, aish macam-macam la. =) Walaupun nampak kecik, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kepada emosi ibu. Settle kerja rumah, badan dah penat, Suami pulak buat-buat tak nampak, lagi la bertambah stress ibu-ibu. Jadi, sangat penting sokongan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Suami kena tolong jugak isteri, ringankan beban isteri kat rumah supaya isteri dapat rehat dan tak perlu nak fikir banyak sangat benda. At least, ibu tak perlu fikir, rumah belum kemas, kain belum basuh, at least dah ringan beban tu sikit kan. Hehe Yang penting, suami isteri kena sama-sama bertoleransi untuk jayakan proses penyusuan ni. 3. Ibu terlampau risau tentang proses penyusuan Ada ibu terlampau risau, betul ke tak lekapan susu anak aku ni, anak aku ni cukup susu ke tak, anak aku ni kenyang ke tak minum susu ibu. Ibu-ibu ragu dan risau tentang proses penyusuan menyebabkan emosi ibu terganggu. Ibu tak perlu terlampau risau tentang proses penyusuan. Proses lekapan yang betul, kalau tak pasti sangat, boleh tanya pakar penyusuan tengok betul ke tak cara kita menyusu tu. Pastikan proses penyusuan adalah sesuatu yang menggembirakan. 4. Ibu tak jaga makan Bila kita menyusu baby ni, special sangat sebab kita makan untuk 2 orang. Apa yg kita makan, anak kita pun dapat. Kalau kita makan pedas, baby kita pun rasa sama, sampai ada baby yg sakit perut bila mak dia makan pedas banyak-banyak kan. Sepanjang penyusuan, ibu-ibu digalakkan makan makanan seimbang. Kalau ada ibu yang tak makan sayur, belajar lah makan sayur demi baby anda. Makan sayur, makan buah setiap hari supaya baby kita dapat vitamin yang diperlukan dan dapat susu terbaik. Ibu-ibu elakkan makanan yang tak berkhasiat dan makanan proses dan mengamalkan gaya hidup sihat. 5. Ibu cepat putus asa apabila susu drop dan terus bagi susu formula Sifat seorang ibu, ingin bagi yang terbaik untuk anak. Ada ketika, susu ibu drop dan keluar sikit je. Dalam hati ibu, takut anak lapar dan terus bagi susu formula. Malangnya, bila dah start bagi susu formula, susu makin drop sebab baby dah tak hisap susu dengan mak. Sebaiknya, teruskan bagi baby minum dengan lebih kerap. Ibu jugak perlu buat kerja lebih dengan pam susu supaya penghasilan susu akan jadi lebih banyak. Jangan cepat putus asa, cari lah kawan yang boleh support kita untuk teruskan proses penyusuan supaya kita dapat bagi susu terbaik untuk anak kita. Kecik doakan supaya kita semua dapat susukan baby sepenuh nya sehingga umur 2 tahun.
Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?
Pilihan Yang Boleh Anda Lakukan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu. 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari. 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan. 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut. 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda. 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu. 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih. 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba. 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya. 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu. 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari. 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi. 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu. 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu. 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi. 19: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari. 20: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.
Selamat Mencuba Semua.
Susah.? Tak ada masa.? Saya Ada Cara Mudah.. Amalkan Setiap Hari Dan Jangan Mudah Berputus Asa.
Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan
Mengenai Shaklee.
Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.
Saya bukan LC (Kaunselor laktasi) yang bertauliah.. tetapi seringkali ibu-ibu di alam maya menyuarakan luahan hati…”sedih kak..susu makin kurang.. awal2 dulu banyakk…” atau ada jugak yang mengadu macam ni.. “sedih..susu kurang lepas makan pil antibiotik demam aritu”, dan banyak lagilah…. Apalah daya kuasa saya nak menjadikan susu ibu banyak.. Siapa lah saya juga nak memberi syarahan panjang lebar.. Apa yang saya kongsikan hanyalah pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan yang lebih senior. Kawan-kawan di alam maya atau pun di alam realiti.. Dan jangan salah anggap, pengambilan supplemen bukannya jalan penamat atau satu-satunya jalan untuk menambahkan penghasilan susu ibu.. Pengambilan supplemen hanya akan meningkatkan taraf kesihatan si ibu… Disamping memperkayakan lagi nutrisi susu ibu (enriched your breastmilk) yang telah pun semulajadi kaya dengan nutrisi hasil ciptaan Allah Maha Bijaksana… Jadi…buat ibu yang sedang bersedih berduka lara… hapuskan kesedihan anda…tips2 di bawah ini anda perlu lakukan. Perlu ada keazaman yang tinggi untuk mengembalikan semula penghasilan susu ibu yang merundum.
Tips-tips Mudah 1.Tambahkan kekerapan mengepam (atau direct feeding)
jika boleh setiap 2 jam sekali.
2.Lakukan power-pumping
Lebih efektif dibuat time malam kerana hormon prolaktin lebih tinggi time2mcm ni.(ada budget lebih.beli pump yg jenis double pumping)
Menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi.
4.Banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein
(soya,ayam,ikan,daging,etc) dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan. Tahukah anda protin dari unsur soya mengambil masa kurang setengah jam untuk diuraikan dan diserap badan. berbanding protin dari unsur seperti ayam daging ikan yang mengambil masa berjam-jam untuk terurai… Jadi pemilihan protin soya yang berkualiti tinggi amat digalakkan.
5.Perlu Banyak Minum Air
sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan perbanyakkan makanan yang mengandungi sup
6.Banyakkan berehat.
Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
7.Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja
Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
8.Elakkann
Apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.sebabtu pengambilan supplemen dapat membantu secara tidak langsung. Mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium
Lakukan tips ini secara konsisten dalam masa 1-2minggu.. Dan lihat hasilnya.. Jangan lupa berzikir beristigfar berdoa.. Amalkan zikir Ya Matin70x hembus ke susu mohon dimurahkan rezeki susu ibu…Kerana segala-segalanya adalah dariNya.. Dan rahmat Allah amat luas bagi hamba-hambaNya yang rajin berdoa dan beristigfar……Anda Pasti boleh… InsyaAllah…. Klik >> Tips Atasi Masalah Bengkak Susu Klik >> Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan Klik >> SET MENYUSU TERBAIK
Assalamualaikum Sebenarnya menyusukan anak adalah proses menguruskan badan selepas melahirkan. Bila ibu rasa lapar, seharusnya ibu minum air masak sebanyaknya. Ramai ibu menyusu yang gagal kurus dalam proses menyusu kerana makan, makan dan makan lagi bila rasa lapar. Ini boleh menyebabkan badan seumpama dipam-pam. =) Di sebabkan ramai yang tanya macam mana Kecik boleh kekal kurus walaupun sama-sama menyusukan. Kecik amalkan tips ini untuk kekalkan berat badan. Ibu-ibu boleh amalkan ye..
Tips Kurus Dalam Tempoh Penyusuan
1. Minum Air Masak / Mineral
Pastikan air kosong sentiasa berada di sisi ibu.
Terus minum air kosong bila mana rasa lapar itu muncul terutama selepas selesai proses penyusuan.
Ia juga membantu mengekalkan bekalan susu ibu secara berterusan.
2. Makanan Seimbang
Makan makanan seimbang penting tauu. Selain bantu mempercepatkan proses kurus, Khasiat yang ibu dapat akan disalurkan kepada bayi.
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk memudahkan proses pencernaan.. Jadi usus kita pun sihat . =)
3. Senaman Ringan
Senaman nie, ibu-ibu biasa buat. Seperti kemas rumah..
Bagi ibu bekerja, gunakan tangga untuk naik & turun pejabat.. Jika ada bawa barabg yang berat, baru lah gunakan lift.
4. Supplement Pembakar Lemak
Yang nie, semestinya Kecik akan suggest pada ibu-ibu. Ambil LECITHIN untuk mempercepatkan proses membakar lemak-lemak tepu. Lemak yang dah lama terkumpul dalam badan kita.
Selain itu, Lecithin ini membantu ibu dalam menyelesaikan masalah bengkak susu.
Lesitin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang menguraikan lemak menjadi molekulmolekul kecil untuk penghadaman.
Testimoni Lecithin Shaklee
Teringat dulu masa belum kenal lechithin. Dah buat semua tips tapi tak surut juga bengkak susu. bengkak macam ada batu. Tahan sakit lebih 24jam. Tapi sekarang ambil Lecthin jekkk.. =)
Betul. saya dah cuba. Dulu makan 3 biji pagi, 3 biji malam. Kesan agak lambat. Tapi alhamdulillah tetap turun. Sekarang ambil 6 biji terus pagi sebelum makan. Kesan, ketara sangat. Lagi cepat berat turun.
Assalamualaikum Sekarang nie ramai ibu-ibu yang mencari milkbooster atau makanan tambahan untuk ibu menyusukan agar susu menjadi banyak dan cukup untuk anak tersayang. Ibu-ibu juga perlu tahu keperluan yang perlu ada sepanjang tempoh penyusuan. Pemilihan pam susu, tempat menyimpan susu, kekuatan mental dan fizikal, cara kendalikan susu untuk bagi pada pengasuh, masalah-masalah yang akan timbul. Semua penting untuk memudahkan urusan sepanjang tempoh penyusuan nanti. Di sini Kecik nak cerita tentang Set Menyusu Shaklee..
Set Penyusuan Shaklee ni terdiri daripada:
Vitalea with Iron Formula – 120 Biji
B-Complex with Folic Acid – 120 Biji
Sustained Release Vitamin C -180 Biji
Ostematrix – 120 Biji
ESP – 850 gram
Alfalfa small- 330 Biji
VitaLea Shaklee
Vitalea Shaklee adalah multivitamin pertama di dunia. Ia melengkapkan nutrisi harian ibu yang lompong. Kebanyakan khasiat makanan akan hilang semasa kita memasak dan sebagainya.
B Complex Shaklee
B-Complex yang mengandungi Vitamin B6 akan melegakan saraf kita dan seterusnya akan mengurangkan stress.
Sustained Release Vitamin C Shaklee
Vitamin C meningkatkan imun sistem ibu dan anak. Bila kita penat dan stress, imun sistem akan menjadi rendah dan seterusnya akan meningkatkan kebarangkalian kita untuk diserang pelbagai penyakit. Sustained Release Vitamin C adalah istimewa kerana Vitamin C yang terkandung di dalamnya akan dilepaskan secara perlahan-lahan. Ini akan memastikan badan kita mempunyai bekalan Vitamin C yang mencukupi dalam jangka masa yang panjang.
Ostematrix Shaklee
Ostematrix bukan sahaja membuatkan keperluan Kalsium badan mencukupi, namun sakit dan sengal badan selepas bangun dari tidur hampir tiada. Proses pembuangan air besar juga menjadi mudah.
ESP Soy Protien
ESP kaya dengan protein, ia bukan sahaja membanyakkan susu. Malah ESP membantu ibu kekal bertenaga sampai malam. Tiada lagi moody, tiada lagi mengadu keletihan.
Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa yang dikatakan sebagai raja tumbuhan juga memberi impak positif. Ada yang mengatakan Alfalfa ini sebagai perapat, hanya yang dah cuba je yang tahu kesannya =) Set Menyusu Shaklee adalah milkbooster yang wajib anda pilih. Bukan sekadar susu meriah, namun kesihatan pun optimum. Milkbooster ini boleh diamalkan seawal kehamilan lagi bagi membantu menggalakan sel-sel susu bekerja. Kecuali Alfalfa. Alfalfa kena makan selepas sahaja bersalin. Hargai tempoh emas anda sepanjang tempoh penyusuan..
Testimoni Set Menyusu Shaklee
Ini adalah testimoni Kecik sendiri. Kecik kenal shaklee bermula dari set pantang shaklee. Dalam set tersebut ada Zinc, Alfalfa, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C dan B-Complex. Fikir beli set pantang kan.? Bukan set menyusu. Tapi memang boleh terus dijadikan set menyusu kerana produk yang sama ada dalam set menyusu. Susu memang sangat banyak, sampai kena bengkak susu berkali-kali. Orang lain makan Alfalfa 5-10 biji,. Kecik makan 3 biji sehari.. Tapi alhamdulillah, susu memang sangat banyak.. Dan Kecik berjaya menyusukan anak sehingga anak 2 tahun 4 bulan. Ketika itu, Kecik masih bekerja. Dulu tahun 2013. Sekarang Adiknya pula lahir 2017. 2018 dah setahun, masih lagi menyusu badan, alhamdulillah. Kedua-duanya lahir secara czer. Amalkan lah Set Menyusu Shaklee nie selama yang boleh. Sebab nama jekk Set Menyusu, kebaikan produk yang ada dalam set ini bukan fokus untuk menyusu sahaja. Malah untuk kesihatan ibu yang optimum..
Masih boleh menyusukan kerana bayi menyusu bukan dengan puting payudara tetapi pelekapan yang betul pada areola. Areola itu adalah lingkaran gelap di sekeliling payudara. Bayi tidak menghisap susu dari puting tetapi dari areola.
Ibu-ibu yang ada masalah puting pendek tidak perlu risau kerana anda masih boleh menyusu badan dengan jayanya walaupun menghadapi keadaan puting istimewa.
Anda ada pilihan untuk perbaiki keadaan ini walau ia sebenarnya tidak digalakkan dan hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja.
Jenis Breast
Cara Untuk Atasi Masalah Puting Breast Pendek
Gunakan Breast Shell atau Nipple Shield
Breast shell diperbuat dari plastik. Ia biasanya dipakai oleh ibu bersama di dalam bra untuk memperbaiki masalah inverted nipple atau flat nipple.
Tekanan dari shell tersebut boleh membantu mengeluarkan puting bagi inverted nipple.
Breast shell biasanya digunakan setengah jam sebelum penyusuan ia dipakai bersama bra. Ia dikatakan dapat beri tekanan pada payudara untuk membuatkan puting yang tenggelam kembali semula ke bentuk asal.
Nipple Shield. Ia dipakai semasa menyusukan bayi anda dan gunakan ia dengan merujuk dahulu kepada pakar laktasi anda.
Ia tidak seharusnya digunakan dalam tempoh masa yang panjang kerana dibimbangi akan bergantung pada nipple shield ini sepanjang masa.
Kebiasaan ia diguna untuk membantu bayi menyusu dengan pelekapan yang betul, bantu bayi pramatang yang sukar untuk menyusu dengan baik atau membantu sementara payudara yang luka akibat latch yang tidak sempurna.
Ia dikatakan boleh membantu kerana keujudan puting palsu (nipple shield tadi) dapat membuatkan bayi anda dapat menghisap dengan lebih baik.
Namun ia juga tidak digalakkan kerana ia tidak membantu dari segi penyusuan terutama ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Pengalaman Diriku Mempunyai Masalah Puting Pendek
Farah sendiri mempunyai masalah ini. Lepas lahirkan Fiqar, Farah tidak terus menyusukan anak kerana tidak berpengalaman dan puting pendek.
Selama 4 hari di wad, Farah tidak menyusukan. Hanya beri air putih untuk anak. Nasib anak tidak meragam. Setelah kembali ke rumah, baru lah mula proses penyusuan.
Anak tak menyusu secara terus kerana puting breast pendek, Farah dah cuba guna Nipple Shield dan Breast shell tetapi anak tetap tak mahu menyusu. Puas paksa.Sampai mengangis anak. Breast bengkak. Farah terpaksa pump dan beri anak susu guna botol susu.
Akhirnya ibu Farah dapat idea macam mana nak bagi anak menyusu secara terus. Caranya… Farah guna puting botol susu.
Dengan puting botol jenis ini lah yang Farah guna untuk menyusukan. Agak pelik,tetapi ini lah iktiar terakhir yang Farah cuba. Sangat berkesan walaupun agak memalukan dan juga menyusahkan. Mula-mula akan rasa sakit,tapi demi anak,ku gagahi juga.
Farah guna puting ini sehingga Fiqar berusia 4 bulan. Ketika itu, puting breast sudah timbul dan Fiqar sudah boleh menyusu tanpa menggunakan puting botol.
Memang down,malu sebab menjadi seorang ibu yang tidak sempurna. Terima kasih kepada suami dan ibu sebab sokong dan bagi semangat untuk Farah menyusukan Fiqar dengan susu ibu. Farah berjaya menyusukan Fiqar sehingga usia 2 tahun 4 bulan.
Cara guna : Sambungkan puting susu botol ini dekat puting. Alaskan kain dibawah breast kerana susu akan tumpah. Kena sentiasa pegang puting itu supaya tidak tertanggal. Beri anak menyusu seperti biasa.
** teknik ini agak sakit kerana ia memberi tekanan kepada puting. Perlu sentiasa bawa puting susu ini kemana sahaja untuk penyusuan. Jika malu berhadapan dengan orang lain, boleh pump susu sebelum berjalan.
Semoga dapat membantu para ibu yang sedang menghadapi keadaan ini. Ibu yang menghadapi puting pendek masih boleh menghasilkan susu yang banyak sepertimana ibu yang lain.
Kerana susu yang banyak itu bukan sahaja kerana milk booster tetapi boleh didapati dengan kawalan minda dan pemahaman ibu yang mendalam tentang konsep demand & supply.
Farah mengamalkan Milk Booster ESP + Alfalfa Complex ( Set Penyusuan Shaklee ) untuk menggalakkan lagi penghasilan susu ibu. Rajin pump dan kosongkan breast juga salah satu cara menggalakkan lagi penghasilan susu ibu.
Boleh tengok video nie ye, untuk lebih paham teknik yang saya lakukan