Masih boleh menyusukan kerana bayi menyusu bukan dengan puting payudara tetapi pelekapan yang betul pada areola. Areola itu adalah lingkaran gelap di sekeliling payudara. Bayi tidak menghisap susu dari puting tetapi dari areola.
Ibu-ibu yang ada masalah puting pendek tidak perlu risau kerana anda masih boleh menyusu badan dengan jayanya walaupun menghadapi keadaan puting istimewa.
Anda ada pilihan untuk perbaiki keadaan ini walau ia sebenarnya tidak digalakkan dan hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja.
Jenis Breast
Cara Untuk Atasi Masalah Puting Breast Pendek
Gunakan Breast Shell atau Nipple Shield
Breast shell diperbuat dari plastik. Ia biasanya dipakai oleh ibu bersama di dalam bra untuk memperbaiki masalah inverted nipple atau flat nipple.
Tekanan dari shell tersebut boleh membantu mengeluarkan puting bagi inverted nipple.
Breast shell biasanya digunakan setengah jam sebelum penyusuan ia dipakai bersama bra. Ia dikatakan dapat beri tekanan pada payudara untuk membuatkan puting yang tenggelam kembali semula ke bentuk asal.
Nipple Shield. Ia dipakai semasa menyusukan bayi anda dan gunakan ia dengan merujuk dahulu kepada pakar laktasi anda.
Ia tidak seharusnya digunakan dalam tempoh masa yang panjang kerana dibimbangi akan bergantung pada nipple shield ini sepanjang masa.
Kebiasaan ia diguna untuk membantu bayi menyusu dengan pelekapan yang betul, bantu bayi pramatang yang sukar untuk menyusu dengan baik atau membantu sementara payudara yang luka akibat latch yang tidak sempurna.
Ia dikatakan boleh membantu kerana keujudan puting palsu (nipple shield tadi) dapat membuatkan bayi anda dapat menghisap dengan lebih baik.
Namun ia juga tidak digalakkan kerana ia tidak membantu dari segi penyusuan terutama ibu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Pengalaman Diriku Mempunyai Masalah Puting Pendek
Farah sendiri mempunyai masalah ini. Lepas lahirkan Fiqar, Farah tidak terus menyusukan anak kerana tidak berpengalaman dan puting pendek.
Selama 4 hari di wad, Farah tidak menyusukan. Hanya beri air putih untuk anak. Nasib anak tidak meragam. Setelah kembali ke rumah, baru lah mula proses penyusuan.
Anak tak menyusu secara terus kerana puting breast pendek, Farah dah cuba guna Nipple Shield dan Breast shell tetapi anak tetap tak mahu menyusu. Puas paksa.Sampai mengangis anak. Breast bengkak. Farah terpaksa pump dan beri anak susu guna botol susu.
Akhirnya ibu Farah dapat idea macam mana nak bagi anak menyusu secara terus. Caranya… Farah guna puting botol susu.
Dengan puting botol jenis ini lah yang Farah guna untuk menyusukan. Agak pelik,tetapi ini lah iktiar terakhir yang Farah cuba. Sangat berkesan walaupun agak memalukan dan juga menyusahkan. Mula-mula akan rasa sakit,tapi demi anak,ku gagahi juga.
Farah guna puting ini sehingga Fiqar berusia 4 bulan. Ketika itu, puting breast sudah timbul dan Fiqar sudah boleh menyusu tanpa menggunakan puting botol.
Memang down,malu sebab menjadi seorang ibu yang tidak sempurna. Terima kasih kepada suami dan ibu sebab sokong dan bagi semangat untuk Farah menyusukan Fiqar dengan susu ibu. Farah berjaya menyusukan Fiqar sehingga usia 2 tahun 4 bulan.
Cara guna : Sambungkan puting susu botol ini dekat puting. Alaskan kain dibawah breast kerana susu akan tumpah. Kena sentiasa pegang puting itu supaya tidak tertanggal. Beri anak menyusu seperti biasa.
** teknik ini agak sakit kerana ia memberi tekanan kepada puting. Perlu sentiasa bawa puting susu ini kemana sahaja untuk penyusuan. Jika malu berhadapan dengan orang lain, boleh pump susu sebelum berjalan.
Semoga dapat membantu para ibu yang sedang menghadapi keadaan ini. Ibu yang menghadapi puting pendek masih boleh menghasilkan susu yang banyak sepertimana ibu yang lain.
Kerana susu yang banyak itu bukan sahaja kerana milk booster tetapi boleh didapati dengan kawalan minda dan pemahaman ibu yang mendalam tentang konsep demand & supply.
Boleh tengok video nie ye, untuk lebih paham teknik yang saya lakukan
↓↓↓
❤ Sharing With Love ❤
No comments:
Post a Comment