14 June 2016

Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa di Tanah Suci




Berada di Mekah pada musim Haji tidak sama dengan berada di Mekah pada musim umrah. Cabarannya lebih hebat. Cuaca disana juga tidak sama dengan cuaca di Malaysia. Walaupun Farah belum lagi pergi ke sana, tetapi setiap orang perlu memahami dan mengetahui sedikit sebanyak tentang ini supaya kita boleh berkongi hal ini kepada kaum kerabat kita @ orang disekeliling kita. Jom baca.




Panduan Penjagaan Kesihatan


  • Pakai pakaian yang sesuai dengan keadaan cuaca (sejuk atau panas)
  • Tutup mulut dan hidung dengan penutup mulut (mask) atau kain nipis apabila berada di kawasan berdebu.
  • Minum air (kosong/air zam-zam) setiap kali pulang dari masjid atau selepas berjalan. Minum 2-3 liter sehari khususnya apabila panas.
  • Makan makanan yang berzat
  • Setiasa menjaga kebersihan diri
  • Berhenti merokok
  • Jika batuk dan selesema berterusan selama 24 jam jemaah dinasihatkan segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.


Nasihat untuk jemaah haji


  1. Dalam Perjalanan Antara Jeddah / Madinah / Makkah
  2. Perjalanan di antara Jeddah ke Madinah mengambil msa kira-kira 8-10 jam, manakala Jeddah ke Makkah 2 jam (ketika menaiki bas).
  3. Jemaah haji dinasihatkan supaya membawa bekalan makanan/minuman yang mencukupi bersama ketika dalam perjalanan bas ini.
  4. Makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Madinah atau ke Makkah.
  5. Jika atuh sakit dalam perjalanan memberitahu pemandu untuk di bawa ke klinik yang berdekatan.
  6. Pihak waris/sahabat yang ikut sama diminta melaporkan dengan SEGERA kepada Dalil atau Pegawai Muassasah atau Pegawai Tabung Haji atau Klinik Malaysia di Madinah / Makkah JIKA;Terdapat Jemaah haji yang sakit teruk
  7. Dimasukkan ke Hospital Arab/Pusat Kesihatan
  8. Meninggal dunia dalam perjalanan
  9. Di Madinah
  10. Jangan dedahkan diri kepada cuaca yang panas atau sejuk begitu lama.
  11. (pilih masa yang sesuai, jika hendak membeli-belahi)
  12. Jangan kerap/selalu mandi apabila badan sedang panas.
  13. Bawa baju tebal (baju sejuk) untuk kegunaan di Madinah kerana cuaca sebelum wukuf adalah sejuk.
  14. Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal.
  15. Jagalah kesihatan semasa berada di Madinah. Jika sakit, hubungilah Klinik Malaysia.
  16. Bagi memudahkan jemaah mendapat rawatan, pihak Lembaga Tabung Haji telah menyediakan klinik zon di salah sebuah bangunan rumah jemaah haji di Madinah. Alamat-alamat klinik zon ini akan diberitahu kepada jemaah haji apabila mereka sampai di Madinah.
  17. Di Makkah
  18. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mudah didapati.
  19. Jangan makan makanan yang sudah disimpan lama dan sudah berbau basi. Makan dalam tempoh 2 jam setelah dibekalkan.
  20. Jangan makan makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
  21. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
  22. Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari. Badan akan kehilangan banyak air kerana keadaan cuaca yang panas dan sentiasa berpeluh
  23. Kurangkan aktivti yang menggunakan tenaga di dalam cuaca yang panas.
  24. Jangan dedahkan diri terlalu lama dalam cuaca panas. Ini boleh menyebabkan badan kekurangan air/garam yang boleh membawa kepada kejutan panas (heat stroke) dan membawa maut.
  25. Lapkan badan dengan tuala basah dan tidak perlu mandi di waktu tengahari.
  26. Jika sakit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
  27. Terdapat Klinik Maktab dikediaman jemaah haji. Jemaah akan dimaklumkan oleh Petugas Kebajikan dan Perubatan Tabung Haji lokasi Klinik Perubatan Malaysia.
  28. Di Arafah Dan Mina
  29. Jemaah Haji dinasihatkan membuat persiapan awal menjaga kesihatan. Pihak Berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan semua Rombongan Perubatan luar negara membuka hospital dan klinik di Arafah dan Mina.
  30. Pesakit-pesakit yang kritikal dan memerlukan oksigen berterusan dan 1/V Drips akan di bawa dengan ambulans dan bas Nagabah pada 9 Zulhijjah iaitu hanya untuk berwukuf, kemudian dimasukkan ke hospital semula dengan diiringi Petugas Perubatan.
  31. Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal.







 Sekiranya sakit,


  1. Beritahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah / rakan sebilik atau saudara mara supaya menghantar ke Klinik Maktab/Zon untuk menerima rawatan.
  2. Panggil doktor ke bilik bagi rawatan kecemasan.
  3. Pergi ke Klinik Maktab/Zon yang disediakan di tempat penginapan.
  4. Jika berlaku kecemasan di luar tempat penginapan segera ke Klinik Maktab Malaysia yang berhampiran.






Suplement Cadangan Untuk Bakal Haji Dan Umrah




Boleh Rujuk Disini Untuk Fungsi Setiap Produk 



Oder Sendiri 



Nak Harga Murah..? Set Bajet..? Boleh..

Hubungi Saya


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.

19 comments:

  1. Vitalea PD dan lagi 1 nutriferon mmg patuy ada jika ke tanah suci..selalunya jemaah akan sakit2 demam dan batuk jika di sana. Bila ambil supplement,gejala sakit dpt dikurangkan dan dpt beribadat dengan mudah insyallah

    UBATI MIGRAIN TANPA UBAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dapat membantu daripada ibadah terganggu kerana masalah kesihatan

      Delete
  2. Nutriferon wajib dibawa bersama sebab suhu kt sana berbeza dengan sini..

    laksam kelantan yang lazat

    ReplyDelete
  3. Wahhhh hebat, keperluan ke tanah suci juga diberi perhatian

    ReplyDelete
  4. Bagi mengerjakan ibadah haji ini badan hendaklah sentiasa sihat dan kuat selalu.

    ReplyDelete
  5. Insya Allah jika ad rezeki mahu ke tanah suci..aminn..

    Idea Kabinet Dapur

    ReplyDelete
  6. kesihatan semasa mengejakan ibadah memnag sangat penting, kalau sakit akan mengganggu ibadah kita.

    kelebihan kacang soya

    ReplyDelete
  7. Teringin nak ke tanah suci..insaaAllah suatu hari nanti....mudah-mudahan Allah mendengar kata hati ini. Kepada bakal jemaah haji jangan lupa bekalkan diri anda dengan vitamin shaklee agar senantiasa sihat dan boleh melakukan semua rukun haji dwngan baik dan sempurna.

    Karnival Upin ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah,suatu hari nanti pasti kita akan dijemput oleh NYA

      Delete
  8. Perubahan cuaca boleh mempengaruhi kesihatan. Jika antibodi rendah, demam selesema memang cepat serang. Dinasihatkan para jemaah sedia dengan vitamin untuk ke sana.

    ReplyDelete
  9. Haa..yg ni kebanyakkannya ada yang tak berapa nak ambil perhatian. Nutriferon, vitamin c wajib ada. Batuk dan selsema memng akan menyerang para jemaah di sana.

    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
  10. Ya Allah teringinnya nak.ke sana.. Nak tunaikan semua ibadat umrah dan Haji dgn sempurna.. Tanpa sakit.. Jadi Mmerlukan kpd makanan Kesihatan supaya kekal sihat.. Nutriferon Sg. Bagus sbb blh.mmbntu kekal sihat dgn izin Allah..
    Tips Atasi Kulit Kering

    ReplyDelete
  11. InshaAllah dapat sempurnakan ibadat dengan baik jika badan kita sihat. Tips berguna untuk para jemaah. TQ for sharing

    ReplyDelete
  12. wah!!panduan yang sangat bagus kepada bakal-bakal haji..semoga dipermudahkan kedua ibu bapa saya ke sana aamiin

    ReplyDelete
  13. Bagusnya info ni. Moga-moga kita dapat haji yang mabrur. InsyaAllah satu hari nanti dapat juga jejakkan kaki ke sana.
    Baca Tentang Set Berpantang Terbaik

    ReplyDelete
  14. Wah, bagus ni... Jemaah haji patut dapatkan set ni sebelum ke tanah suci... perubahan cuaca pasti sedikit sebanyak memberi kesan pada kita kan...

    Segmen Blogwalking Sampai Penat!

    ReplyDelete
  15. Bagus info ni..mana tau ada rezeki dijemput ke Baitullah

    Idam IPad Air 2

    ReplyDelete
  16. Good info.. semoga Allah murahkan rezki saya untuk hantar parents ke sana. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...