14 November 2014

Gaya Tidur Bayi

Bagi para ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata, pastinya anda kurang arif tentang waktu tidur bayi yang sebenar. Jom kita kaji waktu dan gaya tidur bayi yang sebenar.

Bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.




Gaya Tidur




Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.Farah paling suka tengok bayi tido.. Macam-macam memek muka yang boleh kita lihat. Walaupon anak sudah berusia setahun 10 bulan, memek muka yang menarik masih ada.. Kadang-kadang kaum ibu inilah yang suka kacau anak tidur. Betul tak.? Farah pon buat juga.


  • Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  • Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6 hingga 8 jam.
  • Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
  • Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Cadangan tempat tidur bayi:


  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibu bapa dan anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.


Jadikan Tidur Anak Lebih Selesa

  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  • Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
  • Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, bantuan muzik boleh membentuk jadual tidur berkala.
  • Bagi umat islam, boleh mainkan ayat-ayat suci Al-Quran. 






Sekian sahaja entry kali ini. Kita jumpa lagi di entry yang lain pula. 

(Rujukan dari Myhealty)





Info Promosi November 2014






90 Biji :  RM136.00 



Klik Disini Untuk Oder :-   OmegaGuard


Nak Lebih Promosi..? 
Hubungi Saya....


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.


29 comments:

  1. Anak saya semua tiga3 suka tidur meniarap..lau tidur dalm acon lagi suka..:)

    Epidural Analgesia

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini dear. Baby saya selalu tidur dwngan iringam yasin dari televisions. Alhamdulillah lena tidurnya.

    bibir , kulit dan kuku akan menjadi pucat bila ibu mengandung mengalami masalah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kite digalakkan memberi pendidikan agama di awal usia lagi.. cara untuk mengajar anak,macam tuu lah. sentiasa buka ayat - ayat suci Al-Quran. Boleh elak dari gangguan halus.

      Delete
  3. Seronok tengok bayi kecil tidur, rasa nak cubit-cubit aje pipinya yang comel itu.
    Ketahui Bahaya Sardin dalam Tin

    ReplyDelete
  4. anak saya semuanya suka sangat tidur meniarap...thanks untuk perkongsian info ini..

    makanan minda pintar

    ReplyDelete
  5. Orang kata kena pelbagaikan cara tidur.. tidur meniarap pun bagus. Elak dari bentuk kepala menjadi leper

    ReplyDelete
  6. Comel jer bila tgk mcm aksi, gaya baby tidur, anak dulu suka tidur cara meniarap, nyeyak jer..

    ReplyDelete
  7. Kalau saya pulak, nak bagi anak tidur lama sikit saya akan bagi anak tidur meniarap. Kalau tak sekejap je.

    JommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bedung anak mase awal2 kelahiran tuu... baru nyeyak dan lame die tido.. kalau sekrg nie, die tdo mengiring.. kalau tido bawah ketiak mak die, lagi lame lah die tido...kan

      Delete
  8. Doakan sy dapat rasa utk tengok ragam baby..still menunggu dan berusaha.

    Resipi Puding Roti untuk Teatime or Supper

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah syira.. pasti akan tiba masanya.. terus berusaha ya... jangan putus asa..

      Delete
  9. Rindu saat-saat anak masa baby..memang banyak gaya tidur anak masa baby..sekarang dah besar lain pulak gayanya..sampai nak jatuh katil..hehe


    Nebulizer Dengan MyImam

    ReplyDelete
  10. Oh memang suka tgk baby tidur. Time ni la rasa paling geram nak cium baby.

    ReplyDelete
  11. Teringat sewaktu anak-anak masih kecil... rindu pula saat2 seperti itu...

    Tips Supaya Anak Cepat Bercakap

    ReplyDelete
  12. bayi ni tidur macam2 aksi...anak2 saya..suka saya peluk..tepuk2...xsampai 5 minit terus lena...syarat kena tutup lampu bilik..pasang lampu tidur...

    Tips Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin

    ReplyDelete
  13. Ketiga2 anak2 saya punya gaya tidur yang tersendiri.. pelbagai gaya, pelbagai aksi. Suka gak ambil gambar diorang tidur. Ada yang menonggeng, ada yang terlentang sambil depa kan kaki tangan, ada yang meniarap macam superman.. hahaha.. tapi setiap pagi bangun mesti diorang semua dah melekat kat saya macam magnet. Sorang kat kaki, sorang kat sisi, sorang kat tangan.. hmmm, i will miss this moments..

    ReplyDelete
  14. Suka nengok baby tidur... wajah bayi semasa tidur adalah wajah yang paling innocent sekali..


    Rahsia Anak Jarang Sakit

    ReplyDelete
  15. Suka tengok baby tidur...macam comel je...itulah alam kehidupan baby yang tenang dan damai sentiasa dipeluk, sentiasa dibelai.

    ReplyDelete
  16. Anak saya tido lasak betul..pernah jatuh dari katil semasa tidor.

    ReplyDelete
  17. Saya Suka Tgk bby tgk bby tdur.. Kalau anak sndiri Rasanya Mmg tenung jela anak tu.. Pastu amik gambar.. Hehe.. Terapi al Quran yg terbaik..
    CARA NAK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH

    ReplyDelete
  18. anak saya start umur 2 bulan saya ajar tidur meniarap..alhamdulillah sejak tidur meniarap,tidurnya lena tidak mudah terkejut dengar bunyi bising

    ReplyDelete
  19. saya sudah biasakan anak-anak tidur dalam gelap pada waktu malam.. jadi, tak pernah lagi la berjaga waktu malam sebab baby ajak main.. macam-macam ragam kalau tengok anak-anak tido, orang kata musing ketam sekali.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tidak digalakkan tidur dalam keadaan yang terang... suasa samar2 xapa...

      Delete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...