15 November 2014

Jenis Makanan Penyebab Alahan / Alergi

Setiap orang pasti tidak tahu jenis makanan yang boleh menyebabkan kita alah @ alergi kepada makanan tersebut. Farah alah kepada makanan laut seperti udang, kerang, kalau makan mesti gatal-gatal.. 

Lagi-lagi kalau makanan laut itu masih fresh / segar.. Tetapi macam kerang tuu, Farah makan juga sikit-sikit,untuk tambah darah.. Ape pon yang kita makan, harus beringat. Jangan sampai lupa kawan sebelah pula.. Gurau ja.. Jom kita kaji jenis dan tanda alahan @ alergi ini.




Maksud Alahan @ Alergi


Alahan @ Alergi bermaksud kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.




















Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Alahan 




  • Susu lembu.
  • Telur.
  • Kacang soya.
  • Gandum.
  • Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
  • Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).
  • Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.





Gejala @ Tanda Alahan



Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.



  • 'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
  • Kesukaran bernafas dan berdehit.
  • Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
  • Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
  • Perut yang sakit dan memulas.
  • 'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.
  • Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap makanan (food intolerance) dan penyakit-penyakit lain. Maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang tepat.





Bagaimana Alahan Makanan Dikenalpasti.?



  • Adalah terbaik berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan makanan. Jangan sesekali  membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan. Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau 'ujian suntikan kulit' (skin prick test) boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.




Langkah Rawatan Yang Berkesan



  • Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik  jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.
  • Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa, termasuklah:
  • Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan.
  • Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.
  • Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator' (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan (insertion of airway) juga  cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.
  • Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit dengan beransur-ansur (desensitising) pernah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.




Langkah Pencegahan




  • Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan. Oleh itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.
  • Elakkan makan makanan yang dikenal pasti yang menjadi penyebab alahan @ alergi
  • Ambil suplement yang benar-benar sesuai dan dapatkan nasihat dari pakar sebelum mengamalkan suplement tersebut.
  • Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.
  • Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap udang, udang karang dan ketam.
  • Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai masalah alahan mereka dan pihak sekolah perlu dimaklumkan. Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.



Suplement Shaklee Yang Boleh Membantu



850g : RM 150.00


544g : RM 113.75


180 biji : RM 92.50


120 biji : RM 33.75


700 biji : RM 97.50
300 biji : RM 53.75


60 biji : RM 91.25

Pilihan suplement di atas adalah untuk kegunaan 2 hingga 4 bulan. Kalau anda berkongsi kegunaan untuk seisi keluarga, pengunaan hanya bertahan untuk sebulan hingga 2 bulan sahaja. 
Berikut adalah senarai suplement yang dicadangkan. Walaubagaimana pun, saya boleh menyediakan pilihan suplement mengikut bajet dan keperluan anda.




Boleh Rujuk Disini Untuk Fungsi Setiap Produk 



Hendak Beli Sendiri Pun Boleh

Untuk mengetahui maklumat lanjut :-

FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.



21 comments:

  1. Betul tu sis... ramai yang tak tahu mereka alah sehinggalah mereka makan sesuatu yang boleh menyebabkan badan mengalami tindak balas tidak normal... Seeloknya dapatkan nasihat doktor mengenai supplemen yang boleh di ambil. In shaa Allah dengan pengambilan shaklee, kita dapat mengurangkan masalah alahan ini...


    Kisah Benar!!! Sembelit Ibu Muda Ketika Berpantang Undang Masalah Jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tuu... setakat ini dapat komen positif dari orang yang alergik ni setelah mereka mengunakan produk shkalee.
      produk shaklee yang mesra alam

      Delete
  2. Member saya memang alergik teruk. Doktor siap bagi dia list lagi apa yang dia perlu elakkan. Termasuklah kicap!

    JommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH

    ReplyDelete
  3. Asben sy alergik agak teruk. Makan ubt doktor pun dah tak jalan.Hdung & mata gatal2. Pagi2 kalau tak bersin tak sah. Sejak amik produk shaklee ni dah kurang alergik dia.

    Tips & Info Checklist: Apa yang perlu ada dalam 'Beg Hospital'?

    ReplyDelete
  4. Saya pun alah pada seafood. Tapi sejak dua menjak consistent ngan alfalfa ni dah jarang kena gatal2 ni. Memang best.

    KESAN KEKURANGAN COLLAGEN PADA TUBUH

    ReplyDelete
  5. Alfalfa mmg disarankan utk resdung jgk..klo dulu bangun je tido mesti bersin tp skrng alhamdulillah resdung semakin berkurangan dan jerawat pun malu2 nk munculkan diri di muka..

    bolehkah kurus dengan minyak ikan?

    ReplyDelete
  6. dulu saya pernah arlegik seafood...sekarang tidak lagi...alhamdulillah dah takde arlegik..boleh makan seafood sepuas-puas ye duk kat sabah nie..

    Bahayakah Plasenta Privia

    ReplyDelete
  7. Dulu ada kawan allergic satu muka bengkak sebab makn daging yang tak segar..sehari seblaum kawin..terpaksa dia berjemur dgn matahari untuk kurangkan bengkak..

    Ikan Budu

    ReplyDelete
  8. Saya pula start ada alergik selepas kawen..aneh.tak tahu apa punca alergik tp semestinya dr makanan. Ingatkan sy alah pada seafud tp pernah terjadi tanpa seafud pun sy dapat alergik. Susah nak jangka. Belum buat lagi ujian darah utk kenalpasti punca alergik..

    SELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah saya cuma alah kepada persekitaran saja.mujur x alah dengan makanan.hihi

    mitos-cantik-faktaauta

    ReplyDelete
  10. saya pon ada alahan juga. antaranya seafoodlah. tapi sejak amalkan supplement shaklee Alhamdulillah saya dah boleh makan seafood juga sikit-sikit..

    http://anakummicomel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..so far xde masalah alergik ni..mintak jauh la sbb mmg jns suka mkn..hihi

    ReplyDelete
  12. Cust Saya ambil alfalfa utk resdung, skali dgn allergic.. Alhamdulillah.. Nmpak kesannya.. Ambil juga bersama esp dan vitamin c..
    Cegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar

    ReplyDelete
  13. Tak tahu pun kadang2 kita ada alergic apa2..sampai dh terkena, baru chek balik apa yg kita makan..huhu

    ReplyDelete
  14. saya sendiri allergic dengan habuk....cukup kalah dengan benda2 yang berhabuk nie, kat rumah memang x boleh pasang karpet, kalau tak bersin x henti2. sejak ambil Alfalfa Shaklee dah semakin berkurangan allergic yer.

    ReplyDelete
  15. Teringaat masa kat kolej dulu..kwn 2 bilik alahan pada seefood..kesian sgt kat dia bengkak mukA dia.. smpai 1 mgu tak masuk kelas

    ReplyDelete
  16. Alergik nie boleh membawa mait kalu tak dirawat cepat. Ramai yang tidak tahu, ada sesetengah di kalzngan kita yang alergik dengan ubat. Saya alergik dengan antibiotik eritomisin. Bila makan saja ubat nie, perut akan luka dan muntah darah. So hati-hati dengan apa yang kita ambil.
    ajusyopz.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Saya allergi pada habuk... mesti bersin dan demam kalau terkena abuk. tapi saya amalkan Vita C dan Alfalfa... Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  18. sangat setuju, pemakanan harus dijaga terutaman pada ibu menyusu, bimbang nanti bayi yang akan mengalami alahan seperti exzema

    ReplyDelete
  19. Kebanyakan allergies dpt.dikurangkan dengan penyusuan susu ibu yang eksklusif di samping pengenalan kepada makanan pejal yang menurut saranan

    ReplyDelete
  20. Ada alergi habuk..berair mata dok bersin je..kena jaga kebersihan dan pemakanan untuk elakkan kesihatan terjejas.

    Tenaga Terlebih Tak Boleh Tidur

    ReplyDelete

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...