17 November 2014

Tips Berhenti Merokok

Seorang perokok tegar pastinya sukar untuk berhenti merokok. Pakar juga tidak akan mengalakkan perokok berhenti merokok secara mendadak atau berhenti serta-merta kerana akan membahayakan perokok tersebut. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Farah sendiri ada pengalaman.. Farah cerita sedikit pengalaman Farah. Ikuti pengalaman Farah.

Kisah 1

Ayah Farah seorang perokok tegar suatu ketika dulu. Walaupun seorang perokok, ayah tidak akan merokok depan kami adik beradik.Ayah tidak pernah merokok di dalam rumah.  Dulu 1 hari boleh habis 2 kotak rokok. Masa itu,adik-beradik Farah cuma 3 orang termasuk Farah. Setelah 10 tahun baru lah adik beradik Farah bertambah menjadi 5 orang kesemuanya. Adik Farah yang bongsu,kalau cakap memang pedas telinga. Yela masa itu dia budak lagi. Setiap kali ayah lepas merokok,mesti adik akan cakap " ayah nie busuk lah,jangan cium adik " ..Lepas itu,kerajaan keluarkan iklan-iklan dekat telivision.Akibat merokok.. Dan setiap kali iklan rokok keluar dengan lancarnya adik cakap " hah ayah tengok,kalau ayah isap rokok ayah mati cepat " .. Alhamdulillah ayah mula kurangkan tabiat merokok secara perlahan-lahan.Mungkin sebab tak tahan adik asyik cakap macam itu.. Dan sekarang sudah hampir 10 tahun ayah tidak merokok lagi. 

Kisah 2

Kisah ini tentang Arwah Pak Long Farah, Abang kepada Ayah Farah. Dia juga seorang perokok tegar. Sangat tegar. Jenis rokok yang die hisap, rokok murah. Tak tahu lah jenis rokok jenama ape.  Dia berhenti secara tiba-tiba. Kami satu keluarga ada nasihat seorang perokok tidak boleh berhenti secara tiba-tiba,tetapi die degil. Dan akibatnya segala penyakit yang terkumpul dalam badan setelah sekian lama terpendam keluar.. Macam-macam pemyakit. Kecing manis,Darah Tinggi, Jantung, semua ada. Sampai doktor suruh die hisap rokok semula, tapi die tak nak sudah nekad katanya.Dan macam-macam rawatan terpaksa dia jalani. Tebuk sana,tebuk sini. Dan 20 November 2011 dia menghembuskan nafas terakhir. Tarikh dimana Farah dan suami disandingkan. Sungguh sedih.. 
Pak Long Dila rindu kamu !!! Semoga pak long tenang di sana. Al-Fatihah.






Mengapa saya harus berhenti merokok?



  • Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  • Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  • Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
  • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
  • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
  • Mendapat asma


kenaikan harga rokok


Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?




  1. Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  2. Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  3. Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  4. Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  5. Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  6. Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  7. Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  8. Meningkatkan deria bau dan rasa
  9. Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  10. Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  11. Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  12. Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  13. Meningkatkan kesuburan.
  14. Meningkatkan tahap 'kelakian'



Bagaimana hendak berhenti merokok?



  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok
  • Teknik berhenti merokok


Tip Berhenti Merokok 12 M :


  1. Melengah-lengahkan -Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjangTarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum airTerutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri Daripada orang yang merokok
  6. Mengelakkan diriDaripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  7. Mengunyah sesuatuSeperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  8. Membasuh tangan selalu
  9. Mandi dengan kerap
  10. Meregangkan otot
  11. Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  12. Meditasi
  13. Memohon doaBerdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Harga Rokok Terkini

Harga Rokok Winston Malaysia



Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.






Suplement Cadangan Yang Boleh Membantu Anda













Boleh Rujuk Disini Untuk Fungsi Setiap Produk 



Hendak Beli Sendiri Pun Boleh







Untuk mengetahui maklumat lanjut :-

FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.


19 comments:

  1. Saya paling tak suka bau rokok.....tak payah la merokok..tak elok untuk kesihatan..baik juga ade vivix ..boleh buat rokok rasa pahit. Kalau anda ada keluarga atau suami perokok...bagi vivix...insaaAllah boleh membantu mengatasi masalah anda .
    Gagal Bendung gejala Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah

    ReplyDelete
  2. Nasib baiklah suami akk bukan seorang perokok...wahai kaum lelaki jagalah kesihatan anda dengan sebaiknya, berhentilah merokok kerana merokok itu membahayakan kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Yang penting perokok tu mesti kuat semangat untuk berhenti merokok..pandangan sya..:)

    Belian Secara Online

    ReplyDelete
  4. Sy pun mcm kak nila..x suka bau rokok.rasa nak selesema je. Cuma pakcik2 ramai yg hisap rokok,bila batuk nauzubillah macam nak terkeluar jantung siap batuk berkahak lg..cuma tula, mereka tgah berhenti steo by step

    RESIPI DORAYAKI KEGEMARAN DORAEMON

    ReplyDelete
  5. Kepada perokok berhentilah merokok...syg buang duit mcm tu jer....berhentilah merokok demi org yang tersayang...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. .suami bukan seorang perokok..saya pun tak suka bau rokok..sbb risiko penghidu asap rokok lebih tinggi drpd perokok. .

    sirap merah untuk kesihatan

    ReplyDelete
  7. Merokok memang membahayakan kesihatan terutamanya keluarga tersayang yang menyedut asap rokok tu. Sayangi keluarga kita.
    Jom Lawat Blog Raikankasih 

    ReplyDelete
  8. Skrg ni jgn kata lelaki, perempuan pun dh ramai yang merokok huhuhhu

    ReplyDelete
  9. saya pon paling tak suka orang merokok nie...dahlaa bahayakan kesihatan..bakar duit plak tu

    Menangani Kanak-Kanak Hyperaktif

    ReplyDelete
  10. Seksanya dengan asap rokok nie. Saya memang lemas kalau tengok orang merokok. Rasa sesuatu yang menyekat pernafasan.

    JommSihatDanCantik -> PERJALANAN PENUAAN KULIT

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas perkongsian ni... Jom sama2 usahakan untuk perokok tegar ni agar dapat berhenti dari merokok. Yang bahaya kita dan dirinya juga kan...


    Resepi Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam

    ReplyDelete
  12. Mereka nk bhnti merokok.. Tapi nak benti je, akan sakit badan, smpai demam2.. Sakit badan sbb dah imun.. So, org tdekat dgnnya bberusahalah beli vivix utk mereka.. Dorg akn rasa kelainan nnt.. Insyaallah..
    JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!

    ReplyDelete
  13. Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan orang sekeliling, juga turut menghabiskan wang. Berhentilah merokok demi orang tersayang.
    Dapatkan Set Berpantang Terbaik di Pasaran

    ReplyDelete
  14. Memang susah nak berhenti merokok. Tapi fikirlah demi utk org tersayang. Pasti anda rasa merokok ni sgt merugikan.

    ReplyDelete
  15. Harga rokok naik lagi.. kena jugak ikhtiarkan supaya Mr love berhenti merokok.. boleh jugak duit beli rokok tu buat beli something yang sihat.. semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  16. Merokok memang membahayakan kesihatan, sayangi lah nyawa.....nasib baik hubby x merokok...

    ReplyDelete
  17. Payah nak advice perokok tegar..insan-insan tersayang ada yang merokok. Nak berhenti merokok ni kena ada keazaman yang kuat dan keinsafan.

    Guna penggendong lebih mudah dan selamat

    ReplyDelete
  18. Rokok bukan sahaja bahaya pada perokok tapi lebih bahaya pada penghidu bau asap rokok. Jangan jadikan keluarga kita korban

    ReplyDelete

7 Petua Mengatasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Assalamualaikum 😄 Keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara normal. Bagi wanita biasa, keguguran rambut sehari adalah dalam lingku...

Popular Posts