14 June 2016

Keluarga Atok is My Family

Cerita saya. Semalam pergi majlis khawin di FELDA NITAR 2, MERSING JOHOR. Perkhawinan sepupu dan majlis perkhawinan terakhir untuk keluarga di Nitar.. Selepas ini giliran siapa pula.. Hanya Allah penentu segalanya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan selamat semuanya.


Dalam kegembiraan pasti ada kesedihan. Kesedihan seketika, apabila salah seorang ahli keluarga besar datuk saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan dalam perjalanan ke majlis perkhawinan ini. Kemalangan tidak teruk, tetapi arwah mempunyai penyakit jantung,mungkin arwah terperanjat lalu pergi menghadap pencipta-NYA. Al-Fatihah. Semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aamiin..

( Ada cerita disebalik kisah ini yang Farah tidak dapat ceritakan kerana terlalu sedih. Walaupun tersilap dengar, kesannya amat menyentuh hati.. Kasih seorang ibu. Andai betul-betul terjadi, Angah doakan kesejahteraan ibu,selalu jaga kesihatan. Angah akan minta Allah jaga ibu sebaiknya. Semoga Allah lindungi semuanya )


Kepada sepupu ku, semoga datang ke alam rumah tangga. Semoga kamu tabah dan kuat harungi rintangan rumah tangga yang tiada penghujungnya. Semoga kalian sentiasa melengkapi antara satu sama lain. Dapat melahirkan anak yang soleh dan solehah. Aamiin..




Sekitar Majlis

Keluarga Atok & Pengantin



Pengantin




Kaum Hawa Berselfie





Kaum Adam Berselfie






Saya , Ibu , Adik Dan Fiqar




Masa gambar di ambil, ada sepupu yang sudah balik awal. Jadi tak dapat hentak ambil gambar mereka.. Maaf.. 
Sekian sahaja entry santai kali ini.. maaf sekiranya ada salah dan silap.. Kita jumpa di enrty yang lain pula...


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...