Muhammad Dzulfiqar Shah adalah anak pertama Farah. Berusia setahun 11 bulan. Usia Fiqar 11 bulan, dia sudah pandai berjalan jatuh. Gigi juga sudah mulai tumbuh. Orang-orang tua cakap,kalau gigi dah tumbuh mesti lambat cakap. Farah dan suami mengambil keputusan untuk sentiasa mengajar Fiqar bercakap. Dan perkataan pertama Fiqar pada usia setahun lebih adalah MAK. Ini kerana setiap hari Fiqar sentiasa terdedah dengan panggilan tersebut di rumah penjaganya. Sesiapa sahaja dia akan panggil MAK.
Dan sekarang pelbagai perkataan yang sudah Fiqar sebut. Alhamdulillah. Farah dan suami akan terus berusaha supaya Fiqar boleh bertutur dengan lancar.
Antara Tips Yang Farah Lakukan
- Bertutur kata lembut,
- Tersenyum dan
- Memberikan perhatian atas reaksi anak anda kerana bayi normal mampu memahami dan merasakan komunikasi berdasarkan respon dua hala dan gerakan tubuh anda seawal 8 minggu.
- Respon apabila bayi anda menangis dan cuba
- Menenangkannya agar keperluan bayi anda dipenuhi bagi mengelakkan frustasi..
- Belajar isyarat bayi anda agar bayi anda berasa selamat dan selesa.
- Menyanyi bersana anak anda !!Lagu merupakan cara terbaik mendedahkan anak anda dengan pelbagai kosa kata baru samada bahasa inggeris atau melayu. Ianya cara mudah dan menyeronokkan
- Membuat ekspresi muka dapat membuat bayi anda ketawa..Bayi dalam 6bulan ke bawah mendapat pelbagai bentuk pelajaran seperti cara menyuarakan isihati mereka melalui mimik muka dan gerakan badan.Oleh itu,luangkan masa bermain bersama anak-anak anda untuk mendorong kemampuan mereka bertutur dan bercakap..
- Bayi juga mampu belajar melalui rutin dan pengulangan pola..Rajinkan diri anda bercakap dengan bayi anda dan ulangi sebutan atau perkataan yang sama ketika rutin contohnya, ketika waktu makan anda boleh mengulang sebutan "nyam-nyam' untuk sedap atau anda boleh selalu membahasakan diri anda "mama" setiap kali bercakap dengan anak anda!
( ummi dan abbi adalah panggilan Fiqar untuk kami )
- Mengulang sebutan mereka bagi memberikan mereka motivasi bertutur,selain itu berikan mereka ciuman,tepukan dan kata -kata pujian
- Menyebut perkataan yang betul kerana anak anda mula belajar dan meniru anda pada ketika ini
- Jika anda anda buku bergambar,boleh tunjukkan dan terangkan kepada anak-anak anda dengan cara mudah walaupun dia masih belum mengerti sepenuhnya
- Semakin memperkenalkan anak anda dengan pelbagai bunyi dan objek samada melalui buku,atau menunjukkan dalam situasi sebenar ketika berjalan-jalan seperti 'dog','flower'
- Menunjukkan pelbagai gambar berwarna dan menarik perhatian anak kecil anda
- Memperkenalkan dengan angka dalam keadaan santai contohnya mengira 1- 10 ketika menaiki tangga sebelum tidur agar anak anda tidak terasa tertekan dan gembira sambil membuat aktiviti rutinnya tanpa menyedari dirinya sedang mempelajari sesuatu yang baru.
Semoga tips di atas dapat membantu para ibu bapa sekalian dalam mengajar anak anda bertutur. Tips yang di beri mungkin sedikit berbeza dengan orang lain. Setiap anak tidak sama sikap dan perangainya. Apa juga kita sebagai ibu bapa perlu mendidik dengan apa cara jua. LEBIHKAN MASA BERSAMA ANAK AGAR ANDA DAPAT MENGENALI SIKAP ANAK ANDA.
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
Johor.
No comments:
Post a Comment