17 August 2018

5 Kesilapan Yang Perlu Ibu Menyusu Tahu

Assalamualaikum

Ilmu penyusuan yang tiada penghujungnya. Setiap kelahiran berbeza pengalaman, berbeza masalah.


Jadi hari ni Kecik nak share tentang lima kesalahan yang perlu ibu menyusu elakkan secara umumnya.

Kesalahan Penyusuan Yang Ibu Menyusu Perlu Elakkan


1. Biarkan susu penuh baru nak pam

Ada ibu yang tunggu susu sampai penuh, sampai bengkak susu baru nak pam, terutama kepada ibu bekerja. 

Jangan sampai susu penuh baru nak pam tau, sebab bila kita kerap tunggu susu penuh baru nak pam, badan kita akan menghasilkan sejenis protein, iaitu 'feedback inhibitor of lactation' (FIL).

FIL ni akan hantar signal supaya kelenjar susu jangan hasilkan susu banyak-banyak dah sebab nampak macam susu ni dah lebih dari sepatutnya.

Jadi, kalenjar susu pun perlahan-lahan akan kurangkan penghasilan susu. Lama-lama, susu akan jadi makin sikit. 

So, ibu-ibu jangan tunggu payudara penuh baru nak pam, tapi pam lah ikut jadual.


2. Ibu berada dalam dalam keadaan stress dan letih

Sebenarnya ada banyak benda yang ibu-ibu nie berfikir. Lauk belum masak, rumah belum kemas, kain belum basuh, kain belum lipat, anak nak tu, anak nak ni, aish macam-macam la. =)

Walaupun nampak kecik, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kepada emosi ibu. Settle kerja rumah, badan dah penat, Suami pulak buat-buat tak nampak, lagi la bertambah stress ibu-ibu.

Jadi, sangat penting sokongan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Suami kena tolong jugak isteri, ringankan beban isteri kat rumah supaya isteri dapat rehat dan tak perlu nak fikir banyak sangat benda.

At least, ibu tak perlu fikir, rumah belum kemas, kain belum basuh, at least dah ringan beban tu sikit kan. Hehe

Yang penting, suami isteri kena sama-sama bertoleransi untuk jayakan proses penyusuan ni.


3. Ibu terlampau risau tentang proses penyusuan

Ada ibu terlampau risau, betul ke tak lekapan susu anak aku ni, anak aku ni cukup susu ke tak, anak aku ni kenyang ke tak minum susu ibu.

Ibu-ibu ragu dan risau tentang proses penyusuan menyebabkan emosi ibu terganggu. Ibu tak perlu terlampau risau tentang proses penyusuan.

Proses lekapan yang betul, kalau tak pasti sangat, boleh tanya pakar penyusuan tengok betul ke tak cara kita menyusu tu.

Pastikan proses penyusuan adalah sesuatu yang menggembirakan.


4. Ibu tak jaga makan

Bila kita menyusu baby ni, special sangat sebab kita makan untuk 2 orang. Apa yg kita makan, anak kita pun dapat. Kalau kita makan pedas, baby kita pun rasa sama, sampai ada baby yg sakit perut bila mak dia makan pedas banyak-banyak kan.

Sepanjang penyusuan, ibu-ibu digalakkan makan makanan seimbang. Kalau ada ibu yang tak makan sayur, belajar lah makan sayur demi baby anda.

Makan sayur, makan buah setiap hari supaya baby kita dapat vitamin yang diperlukan dan dapat susu terbaik. Ibu-ibu elakkan makanan yang tak berkhasiat dan makanan proses dan mengamalkan gaya hidup sihat.


5. Ibu cepat putus asa apabila susu drop dan terus bagi susu formula

Sifat seorang ibu, ingin bagi yang terbaik untuk anak. Ada ketika, susu ibu drop dan keluar sikit je. Dalam hati ibu, takut anak lapar dan terus bagi susu formula.

Malangnya, bila dah start bagi susu formula, susu makin drop sebab baby dah tak hisap susu dengan mak.

Sebaiknya, teruskan bagi baby minum dengan lebih kerap. Ibu jugak perlu buat kerja lebih dengan pam susu supaya penghasilan susu akan jadi lebih banyak.

Jangan cepat putus asa, cari lah kawan yang boleh support kita untuk teruskan proses penyusuan supaya kita dapat bagi susu terbaik untuk anak kita.

Kecik doakan supaya kita semua dapat susukan baby sepenuh nya sehingga umur 2 tahun. 




Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...