11 August 2018

8 Cara Atasi Masalah Susu Ibu Merundum

Saya bukan LC (Kaunselor laktasi) yang bertauliah.. tetapi seringkali ibu-ibu di alam maya menyuarakan luahan hati…”sedih kak..susu makin kurang.. awal2 dulu banyakk…” atau ada jugak yang mengadu macam ni.. “sedih..susu kurang lepas makan pil antibiotik demam aritu”, dan banyak lagilah….

Apalah daya kuasa saya nak menjadikan susu ibu banyak.. Siapa lah saya juga nak memberi syarahan panjang lebar.. 

Apa yang saya kongsikan hanyalah pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan yang lebih senior. Kawan-kawan di alam maya atau pun di alam realiti..

Dan jangan salah anggap, pengambilan supplemen bukannya jalan penamat atau satu-satunya jalan untuk menambahkan penghasilan susu ibu.. Pengambilan supplemen hanya akan meningkatkan taraf kesihatan si ibu…

Disamping memperkayakan lagi nutrisi susu ibu (enriched your breastmilk) yang telah pun semulajadi kaya dengan nutrisi hasil ciptaan Allah Maha Bijaksana…

Jadi…buat ibu yang sedang bersedih berduka lara… hapuskan kesedihan anda…tips2 di bawah ini anda perlu lakukan. Perlu ada keazaman yang tinggi untuk mengembalikan semula penghasilan susu ibu yang merundum.




Tips-tips Mudah

1.Tambahkan kekerapan mengepam (atau direct feeding) 

  •  jika boleh setiap 2 jam sekali.


2.Lakukan power-pumping 

  • Lebih efektif dibuat time malam kerana hormon prolaktin lebih tinggi time2mcm ni.(ada budget lebih.beli pump yg jenis double pumping)

POWER PUMPING KEMBALIKAN SUSU YANG DAH KERING


3.Pastikan bayi menyusu 

  • Menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  • tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi.


4.Banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein

  • (soya,ayam,ikan,daging,etc) dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan. Tahukah anda protin dari unsur soya mengambil masa kurang setengah jam untuk diuraikan dan diserap badan. berbanding protin dari unsur seperti ayam daging ikan yang mengambil masa berjam-jam untuk terurai… Jadi pemilihan protin soya yang berkualiti tinggi amat digalakkan.


5.Perlu Banyak Minum Air 

  • sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan perbanyakkan makanan yang mengandungi sup


6.Banyakkan berehat.

  • Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama


7.Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja 

  • Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok


8.Elakkann 

  • Apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.sebabtu pengambilan supplemen dapat membantu secara tidak langsung. Mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium


Lakukan tips ini secara konsisten dalam masa 1-2minggu.. Dan lihat hasilnya.. Jangan lupa berzikir beristigfar berdoa..

Amalkan zikir Ya Matin70x hembus ke susu mohon dimurahkan rezeki susu ibu…Kerana segala-segalanya adalah dariNya..

Dan rahmat Allah amat luas bagi hamba-hambaNya yang rajin berdoa dan beristigfar……Anda Pasti boleh… InsyaAllah….


Klik >> Tips Atasi Masalah Bengkak Susu

Klik >> Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan

Klik >> SET MENYUSU TERBAIK


Sharing With Love

Kecik


ID 1116479

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...