14 July 2018

5 Cara Kurangkan Sakit Bengkak Susu

Bengkak susu. Ibu menyusu sangat takut bila dengar bengkak susu nie.. Kecik sendiri pun kena berkali-kali. Sampai demam. 

Bila kena bengkak susu, alamak,sakitnya. Berbenjol-benjol breast. Sampai demam. Penyusuan masih juga tetap diteruskan. Cuma kekerapan pump ditambah. Sakit,hanya Allah yang tahu. 

Ramai juga ibu menyusu yang pernah alami kan? Bagaimana nak mengurangkan masalah bengkak susu ni agaknya ye? Jom Kecik share tips.



Cara Kurangkan Bengkak Susu

Cara 1 : Pakai Coli Sesuai

  • Pakailah coli yang sepadan. Jangan pakai yang terlalu ketat terutamanya di waktu malam untuk membantu menyokong payudara anda sebaiknya.
  • Elakkan pakai coli yang ada besi. 


Cara 2 : Susukan Bayi Dengan Kerap

  • Susukan bayi setiap 2 ke 3 jam sekali. Disiplinkan diri tentang ini, kejutkan bayi anda jika mereka tidur untuk diberikan susu. Pastikan bayi menyusu di kedua-dua belah payudara setiap kali penyusuan.
  • Pastikan sebelah yang pertama tadi dihisap sepenuhnya sebelum beralih ke payudara sebelah lagi. Jika bayi sudah kenyang dengan satu payudara, perah atau pam susu selepas penyusuan.


Cara 3 : Mudahkan Aliran Susu

  • Bila berlakunya payudara bengkak, mungkin bayi sukar nak melekap pada aerola kerana kawasan ini menjadi keras. Perah dahulu guna tangan atau pam dahulu sehingga sekeliling aerola menjadi lembut.
  • Satu cara untuk memudahkan aliran susu adalah ibu mandi dengan air suam atau tuamkan sekeliling payudara dengan tuala panas di dada. Sesungguhnya ibu kena bersabar, mungkin agak mengambil masa.


Cara 4: Pam Payudara

  • Sesekali pam susu jika payudara dirasakan terlalu penuh dengan susu. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan bengkak susu yang lebih teruk.


Cara 5 : Urut Payudara

  • Semasa menyusukan bayi anda, urut dengan lembut sekitar payudara. Ini boleh membantu melancarkan lagi pengaliran susu ibu.
  • Boleh minta suami urutkan. Pengalaman Kecik sendiri, bila suami urut, cepat payudara yang bengkak akan cepat surut. Ibu kena tahan cikit sewaktu suami urut..  



Anggap ini adalah sementara dan fikir yang positif sahaja. Ibu akan melepasi fasa ini dan anggaplah ia sebahagian dari pengalaman manis menjadi seorang ibu menyusu.

Selamat Berjaya. =)


Sharing With Love

Kecik

ID 1116479




No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...