Setiap ibu hamil pasti mempunyai impian untuk menyusukan bayi secara ekslusif sehingga bayi berusia 2tahun. Tapi sejauh mana usaha yang perlu ibu-ibu lakukan.?
Banyak yang ibu perlu pelajari dan lakukan bagi memastikan impian itu berjaya. Salah satu usaha bagi mencapai impian itu adalah dengan mendapat sokongan padu daripada Suami & Ahli Keluarga .
Tips Untuk Berjaya Dalam Penyusuan Secara Ekslusif
1. Mulakan Penyusuan Dengan Segera
- Seeloknya ibu mulakan penyusuan seawal yang boleh selepas bersalin. Anggaran 3 jam selepas bersalin. Bagi ibu yang bersalin secara ceaser ( pembedahan ), ibu boleh mulakan penyusuan selepas 6 jam bersalin.
- Ini kerana dalam tempoh tersebut bayi kita akan berasa lapar dan menyebabkannya mempunyai daya hisapan yang kuat.
- Jangan merasakan bahawa susu ibu tidak cukup untuk bayi pada waktu itu, harus diingat yang bayi hanya memerlukan kolostrum pada waktu tersebut. Ia dapat membantu bayi kita melindungi diri dari penyakit kerana kaya dengan antibodi.
- Perut bayi baru lahir adalah sebesar duit syiling 5sen. Kecil sahaja. Jadi tak perlu susu yang banyak dalam tempoh penyusuan tersebut.
2. Posisi Penyusuan Yang Betul
- Pelajari posisi penyusuan yang betul bagi mengelakkan puting ibu terluka.
- Jika tak pasti, boleh rujuk kepada jururawat untuk mengajar secara terus teknik penyusuan ini.
3. Konsep Penyusuan Asas
- Supply vs demand ini adalah konsep penyusuan asas. Semakin banyak susu yang diperlukan oleh bayi kita, semakin banyak susu yang akan dihasilkan.
- Oleh itu, susukan bayi mengikut permintaannya. Inshaa Allah, susu akan bertambah meriah dari sehari ke sehari.
4. Tiada Campuran Minuman Tambahan
- Bayi yang menyusu secara ekslusif tidak memerlukan air masak atau pelbagai jenis minuman / makanan tambahan.
- Ianya tidak sesuai untuk bayi sebelum usianya masuk 6 bulan.
- Ia juga akan mengganggu selera bayi untuk menyusu badan. Akhirnya ia akan mengurangkan penghasilan susu badan.
5. Puting Tiruan
- Lewatkan pengenalan kepada puting tiruan antara 4 - 6 minggu selepas kelahiran.
- Puting tiruan memerlukan daya hisapan yang lebih mudah berbanding puting ibu, jadi dikhuatiri bayi tidak berapa gemar hendak menyusu secara terus dari ibu.
6. Makan & Rehat Yang Cukup
- Untuk menghasilkan susu yang berkualiti, kita perlulah mengamalkan pemakanan yang seimbang.
- Ibu perlu mengamalkan pemakanan yang mengandungi kalori tambahan sehingga 500 kalori setiap hari & 8 gelas air sehari.
- Ibu juga perlu mendapatkan rehat yang mencukupi agar dapat mengelakkan stress.
- Bila stress, susu pun merajuk. Jadi, berehatlah dan kawal la emosi kita juga =)
Akhir sekali, ibu menyusu juga boleh amalkan beberapa zikir dan doa harian yang membantu membanyakkan susu ibu, In shaa Allah .
Selamat maju jaya kepada semua ibu menyusu. Moga usaha ibu-ibu semua dipermudahkan.
Sharing With Love ❤❤
KecikSangat
ID 1116479
No comments:
Post a Comment