28 November 2019

Sauna Mampu Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Disebabkan baru lepas bersauna . Hari nie sis nak share kebaikan sauna 😊

Sis bersalin secara Ceaser pada 2013 dan 2017. Waktu berpantang, pantang seperti ibu-ibu yang bersalin normal, urut, tungku, pakai bengkung. Cuma mungkin lain sedikit dari segi penjagaan luka. 

Orang kata bila bersalin Ceaser, tang perut memang susah nak turun @ kempis. 2013, memang tak nampak sangat kesan perut buncit. Paling ketara masa bersalin 2017. 

Lepas habis pantang 44 hari, memang nampak sangat part perut seperti sis mengandung lagi. Memang ada yang tegur. Tapi sis abaikan atau sis jawab ya jek.. Malas nak layan kan.

Baru- baru nie, sis pergi urut satu badan sebab badan dah sakit sangat. Me Time laa konon nya. 

Terapis nie tawarkan sis buat Sauna Boreh atau Sauna Rempah . Sis pon On jelah, memang tak pernah buat kan. Nak try lah.. 

Sauna nie tak lama , perlu tahan dalam tuu selama 30 minit. PERLU BERTAHAN SELAMA 30 MINIT .. Sebab terapis nie kata dalam ramai-ramai pelanggan dia yang buat rawatan sauna nie, sis je yang bertahan selama 30 minit dalam tuu, yang lain semua mintak keluar awal sebab tak tahan 😤😤😤

Dia punya peluh, jangan cerita lah. macam baru lepas maraton. Lencun habis kain batik. 

Perubahan yang sis rasa sendiri adalah seluar LONGGAR , PERUT KEMPIS . wow.... sis teruja.. berkali-kali tengok perut sendiri kat cermin. AMAZING .teruja giler... rasa macam kenapa lahh baru hari nie sis bersauna... kenapa tak dari dulu.. hahahahahahaha..... Yessss... suami pon nampak perubahan tuu. mana tak nya. suami kena tahan telingan tiap kali sis ngadu pasal perut buncit sis nie.. 

Sis share kebaikan bersauna..


APA ITU SAUNA dan KEBAIKANNYA .


Sauna merupakan satu amalan yang sangat bagus untuk kesihatan badan.
Selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.

Ianya juga membawa banyak manfaat terhadap tahap kesihatan fizikal.

Sauna akan membuatkan badan berpeluh dengan banyak dan ianya dapat membantu mendetoksifikasi badan,

menenangkan minda dan membakar kalori pada masa yang sama.



Antara manfaat amalan bersauna kepada kesihatan diri adalah seperti berikut:


  • Mengurangkan stres

 stres boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres.

Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.


  • Melegakan otot 

Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam.

Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.


  • Kulit yang sihat dan berseri 

sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.


  • Detoksifikasi 

haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. 

Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.



  • Hipertermia 

apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi.


Jadi boleh laa luangkan sedikit masa untuk bersauna. Sebulan sekali pun dah okey. Dan mereka yang berada di kawasan Batu Pahat, Johor.  Boleh bersauna di ⇓⇓


G'Laila Hair & Beauty Spa Muslimah
 No.14A, Jalan Megah 1, Taman Megah, 83000 Batu Pahat, Johor.
Boleh terus klik link whatsapp nie yee ➤➤➤ http://glailaspa.wasap.my





2 comments:

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...