27 November 2019

Pentingnya Protein Dalam Badan

Pentingnya protein dalam badan adalah kerana ia akan membentuk rambut, kuku, tulang dan otot dalam badan kita.

Sebab itu, ketika kehamilan, ibu-ibu hamil perlu tingkatkan sumber protein dalam badan supaya pembentukan janin dalam kandungan akan lebih sempurna. Plus dengan vitamin yang lain seperti asid folic, vitamin c, zat besi, b complex. 

Okey kita bercerita tentang protien. Walaupun dah berusia, sumber protien masih penting untuk badan supaya kuku kita xmudah rapuh, tulang masih kuat, rambut tak gugur.

Ini kes baru berusia 20an, dah mula hadapi masalah, kuku, masalah sakit belakang, bisa-bisa sendi, rambut gugur. 

Kita tak nak berlaku semua tuu dalam diri kita. So, kita kena mula amalkan protein.

Protein ada 2 jenis, protein berasaskan haiwan & protein berasaskan tumbuhan. 




Jom baca fungsi sebenar protein nie,


  • Tenaga

ia pemberi tenaga segera kepada badan dan juga penyelamat jika kita kehilangan tenaga. 

Bila badan kita kekurangan kalori, ia dapat diselamatkan oleh protein dari badan.


  • Otot

mereka yang nak turunkan berat badan. Bila berat badan turun, badan akan menggeleber jika kita tak cukup protein. 

Jadi protein ini bantu bahagian yang menggeleber nie menjadi lebih tegap dan proses penurunan berat tuu lebih cantik.


  • Tulang

Ia bantu untuk ketumpatan tulang di mana akan menjauhkan risiko osteoporosis (tulang rapuh). Di tambah dengan pengambilan kalsium ia akan bekerjasama untuk menjaga tulang kita.

Jangan fikir tulang je, terus fokus pada kalsium semata.. Protein pun kena ambil juga.


  • Menguatkan sistem pertahanan badan

protein terbina dari amino asid. Amino asid inilah yang boleh merangsang sistem imun untuk melawan jangkitan. Ia akan menghapuskan kuman sebelum ia dapat menyerang badan kita.


  • Menghilangkan rasa mengidam yang tidak menentu

craving pada makanan ni bukannya datang dari perut, tapi dari otak kita yang mahukan makanan. Kajian menunjukkan bila kita mengambil protein yang mencukupi, ia dapat hilangkan perasaan craving itu tadi.


  • Bakar lemak

pengambilan protein yang mencukupi dapat meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma badan meningkat, lemak dapat dibakar dengan lebih baik.


  • Jantung

pengambilan protein dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam badan. Bila kolesterol jahat berkurangan, kuranglah risiko untuk terkena masalah jantung.


  • Percepatkan penyembuhan luka

ia boleh mengurangkan keradangan dan bina tisu baru yang telah rosak akibat luka. sebab itulah ia sangat sesuai diambil oleh mereka yang baru lepas bersalin atau yang alami luka akibat pembedahan atau kemalangan.


  • Pengangkut nutrien


protein bertindak sebagai pengangkut nutrien ke seluruh badan kita. Ia membawa vitamin, gula, mineral, kolesterol, oksigen masuk ke dalam sel dan tisu badan. Lebih istimewa ada jenis protein yang boleh menyimpan zat besi di mana akan digunakan bila perlu.

Pilih sumber protein yang selamat. Protein dari tumbuhan perlu cari yang organik atau Non-GMO . Protein dari haiwan, perlu dikawal dan juga perlu mencari yang organik supaya tidak menghadapi masalah lain.

Pilihan protein terbaik semestinya ESP Soy Protein yang berasaskan Kacang Soya Non-GMO dan mengandungi kesemua asid amino lengkap. 






No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...