07 September 2018

5 Tips Elakkan Bayi Tersedak Susu

Assalamualaikum

Ingin menjadi seorang ibu menyusu yang berjaya, banyak ilmu yang perlu di pelajari. Kerana setiap ibu menyusu mempunyai pengalaman menyusu yang berbeza.

Pengalaman yang menyusu untuk Kecik juga berbeza. Antara anak pertama & anak kedua. Untuk diri Kecik, anak pertama tidak terlalu susah sepanjang tempoh penyusuannya sehingga dua tahun empat bulan. 

Cuma ada masalah puting pendek di awalnya. Jika ibu-ibu ada masalah yang sama boleh baca di sini >> Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan

Untuk anak kedua, Kecik rajin kena bengkak susu. Nak atasi masalah bengkak susu, boleh baca di sini >> Atasi MAsalah Bengkak Susu 

Okey sekarang kita belajar tentang ilmu bayi pula. Susu dah banyak, dah pandai menyusukan, kena tahu pula tentang bayi iaitu bayi tersedak susu.

Walaupun ibu direct menyusukan bayi, bayi masih ada risiko tersedak susu. Jadi AWAS ye.. 




Tips Elakkan Bayi Tersedak Susu


1. Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi walaupun kajian terkini menunjukkan kedudukan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah.

2. Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak/ berdiri (upright nursing position). Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak.

3. Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan
menekan payu dara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.

4. Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan bayi baju yang longgar. Jika dia memakai barut perut, longgarkan atau tanggalkannya.

5. Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar.


Antara Kes Kematian Bayi Tersedak Susu






Selamat maju jaya kepada semua ibu menyusu. Moga urusan ibu-ibbu dipermudahkan. Semoga susu ibu melimpah ruah. Semoga ibu-ibu berjaya menyusukan anak sehingga dua tahun.

Follow blog saya untuk dapatkan tips penyusuan yang lain. =) . Terima kasih..



Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik


ID 1116479

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...