28 September 2018

Hargai Tulang Anda dengan Nutrien Pembina-Tulang : OsteMatrix™

Assalaualaikum

Sempena bulan promosi Ostematrix nie, Kecik nak share beberapa testimoni ostematrix.


Hargai Tulang Anda dengan Nutrien Pembina-Tulang OsteMatrix™

Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien pembinatulang untuk memastikan ia kekal sihat sepanjang masa.

Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Tubuh anda membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur anda meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. 

Hakikat inilah menjadikannya penting untuk anda membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina-tulang yang berkualiti.

Anda Memerlukan Lebih Daripada Kalsium untuk Tulang Yang Kuat

  • Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang
  • Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
  • Boron - Membantu metabolisme tulang
  • Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
  • Kuprum, Zink and Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang



Keistimewaan Ostematrix Shaklee



Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix® menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12-jam. 

Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.


Testimoni Ostematrix


#1 . Puan Zarith 

Masa mengandungkan Zuyyin, anak pertama dulu, Zarith minum 2 cawan susu, makan 2 cawan yogurt, makan 7 biji badam SETIAP HARI. Ditambah dengan ikan bilis dan pelbagai lagi makanan yang tinggi kalsium sebab orang kata kalau tak cukup kalsium takut gigi patah bila mengandung.

Namun, setiap malam kaki tetap cramp, menangis bangun kejut En. Suami kesayangan mintak tlg urutkan. Siap pakai stokin, sapu minyak panas pun masih kejang kaki. Sampai sekarang pun En. Suami masih ingat peristiwa kena kejut malam tarikkan kaki dan urut-urut kaki.

Siksanya rasa. Nak tidur pun cuak, sebab dah tau apa yang bakal berlaku. 
Tapi sejak mengandungkan Zayra, anak ke-2 dulu, Zarith dah kenal Ostematrix. Kalsium yang dirumus dengan magnesium dan Vitamin D yang dapat membantu penyerapan Kalsium yg optimum ke dalam badan kita.

Jadi setiap malam memang takkan lupa ambil Ostematrix. Sampailah sekarang, dah anak 4 ni, dah jadi satu kemestian ambil Ostematrix.
Kesannya? 
Amazingly Alhamdulillah memang langsung takde kena cramp kaki. Dan ia memang menjadi sumber kalsium utama Zarith. 

Yang syoknya, dengan kehadiran magnesium, ia bantu melembutkan otot-otot kita yang tegang. Bantu kita tidur nyenyak, dan mudah membuang air besar.
Banyakkk sangat keistimewaan si Ostematrix ni yang menjadikan ianya salah satu kesayangan Zarith. 


#2 Puan Fuzza Nisa

Sembelit semasa hamil dan berpantang amat menyeksakan. Hanya yang mengalami yg mengetahui keperitannya. Boleh jadi trauma and fobia kot.

Alhamdulillah semasa hamil anak kedua dan ketiga kak fuzza tak alami dah masalah ini. 

Banyakkan minum air masak dan juga ambil buah-buahan dan sayuran yg tinggi fiber disamping amalkan OsteMatrix.


#3 Puan Nila

Ostematrix sesuai sangat diambik oleh mereka yang tak suka minum susu. Macam kaknil ni tak suka minum susu, susah sangat nak telan susu. Tapi dengan adanya Ostematrix amat memudahkan kaknil dapatkan khasiat kalsium.


#4 Puan Azrin Mohd

Hari ni banyak sangat urusan di luar. Badan pun penat betul rasanya. Kaki tangan semua rasa lenguh.

So before tidur ambil dulu Ostematrix.

Bagi saya Ostematrix ni macam “tukang urut” masa kita tidur. Bangun esok lenguh-lenguh hilang.

Tidur pun lebih lena.
Betul-betul macam lepas kena urut.


Siapa yang selalu lenguh-lenguh badan wajib ada Ostematrix di rumah.


Jadi apa tunggu lagi.? Buat belian ostematrix sekarang. Promosi beli 3 botol ostematrix akan dapat less 5% . Sah sehingga 30 September 2018 sahaja. Lepas tuu tak ada less dah.. 
Grab sekarang tau.. Whatsapp Kecik untuk belian.




❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479


WhatsApp : 01127794946

27 September 2018

7 Cara Banyakkan Susu Badan, jom ibu kita cuba!

Assalamualaikum

Susu ibu sememangnya makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan payudara dapat membekalkan antibodi supaya bayi dapat melawan jangkitan.

Jadi, ibu perlu tahu cara banyakkan susu badan agar anak dapat khasiatnya dalam tempoh dua tahun ini.

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu, tentunya penyusuan susu ibu ini akan menjadi momen terindah dalam hidup anda.

Bagi membantu anda memudahkan lagi penyusuan susu badan, di sini ada beberapa cara banyakkan susu badan yang boleh dipraktiskan setiap hari.

7 Cara Banyakkan Susu Badan




#1 – Bertenang jika susu berkurang

  • Tekanan merupakan PENYEBAB penghasilan susu terganggu dan berkurang.
  • Ketika menyusukan anak, jangan fikir negatif tapi sebaiknya anda mengimbas kembali detik-detik terindah dalam hidup anda. Sekaligus, susu badan juga akan bertambah laju, pekat dan banyak!
  • Bertenang juga boleh dilakukan dengan mendengar ayat-ayat Al-Quran sambil menyusukan bayi.



#2 – Letakkan minda dalam keadaan positif


  • Otak merupakan organ yang mempengaruhi tindakan manusia. Sebab itu, ibu menyusu jangan letakkan mindset yang susu akan berkurang.
  • Apa saja yang keluar dari fikiran anda akan dihantar ke anggota badan untuk bertindak.
  • Ibu harus sentiasa berfikiran positif dan niat untuk menyusukan anak sehingga umurnya dua tahun. 

#3 – Tahu apa maksud supply dan demand

  • Maksudnya, lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu dihasilkan. Perlu ada supply and demand di situ.
  • Susukan bayi sekerap mungkin ketika dia mahukannya. Susu yang terhasil itu adalah sangat mencukupi untuk bayi anda.
  • Susu yang diberikan secara terus melalui payudara sukar untuk disukat tapi anda boleh memerhatikan tingkah dan perlakuan bayi.
  • Jika dia masih merengek walaupun sudah menyusu. Itu tandanya dia mahu dibelai dan dimanja oleh ibunya.


#4 –  Jangan lupa perah susu badan

  • Jangan lupa perah susu badan banyak-banyak terutama ketika berpantang supaya stok susu sentiasa ada.
  • Simpan susu perahan dalam peti sejuk dengan baik dan tulis date siap-siap. Latihkan perah susu ini sejak berpantang lagi.
  • Jika bekerja, ambil sedikit ruang dan masa untuk memerah susu. Jika takut terlupa akibat busy sangat, set jam penggera atau buat jadual untuk lebih mudah.

#5 – Kosongkan payudara

  • Maksunya, kerap menyusukan bayi atau perah susu badan itu.
  • Jangan biarkan sehingga payudara membengkak, dikuatiri ibu akan alami demam atau masalah lain pula timbul. Payudara yang membengkak akan menyebabkan penghasilan susu semakin berkurangan.
  • Jika payudara kosong, susu dapat dihasilkan dengan lebih cepat


#6 – Makan penggalak susu badan atau milk booster

  • Susu ibu yang pekat adalah berkualiti dan tentunya buat bayi bertambah kenyang. Jadi, ibu boleh amalkan milk booster dalam pemakanan seharian.
  • Milk booster ini bukan hanya boleh didapati pada produk tertentu sahaja, tapi anda juga boleh dapatnya melalui pemakanan yang boleh merangsang penghasilan susu dengan lebih meriah.
  • Setiap ibu mempunyai kadar hormon yang berbeza. Jadi, anda perlu mencuba dahulu sesuatu makanan dan lihat adakah ia sesuai. Maksudnya susu bertambah atau tidak. Jika ya, makanan tersebut sesuai untuk tubuh anda.

#7 – Banyakkan minum air masak

  • Banyakkan minum air masak. Air merupakan agen penyokong melancarkan susu ibu.
  • Minum sekurang-kurangnya lapan ke 10 gelas setiap hari dalam tempoh masa tertentu.
  • Kalau nak keluar atau beriadah sekalipun, bawahlah bersama tiga liter air masak setiap hari dan jadikannya teman rapat anda.

Sekian sahaja tujuh cara banyakkan susu badan yang mudah untuk ibu menyusu ikut dan amalkan.

Selain Kecik amalkan pemakanan penggalak susu, Kecik juga amalkan milkbooster shaklee. Ini adalah yang terbaik. Kecik amalkan sejak tahun 2013. Alhamdulillah Kecik berjaya menyusukan anak sulung sehingga berusia dua tahun empat bulan dan ketika itu Kecik masih bekerja.

Sekarang giliran adik pula, dah berusia setahun empat bulan. Meh amalkan MilkBooster Shaklee . Klick >> MILKBOOSTER SHAKLEE







❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

26 September 2018

Anda boleh bina bisnes Shaklee tanpa perlu :-

Assalamualaikum & selamat petang semua!

Khas buat anda yang nak jana pendapatan sampingan. Saya nak offer anda jual produk paling viral - SHAKLEE!


Anda boleh bina bisnes Shaklee TANPA perlu:-


  • modal yang banyak. Cuma RM75.00 untuk registration sahaja.
  • berhenti kerja sekarang kerana anda boleh lakukan secara part time.
  • simpan stok kerana ia terus dipos dari warehouse kepada customer anda.



Apa yang anda bakal dapat?


  • ‼️ peluang jana income 3,4,5 hingga 6 angka sebulan.
  • ‼️ peluang melancong percuma ke destinasi ternama dunia.
  • ‼️ bimbingan dan sokongan dari mentor dan support group yg tinggi motivasi dan prestasi.
  • ‼️ marketing tools disediakan
  • ‼️ saya sendiri akan membimbing anda. Berpengalaman selama 3 tahun menjalani kehidupan cara Shaklee.


Adakah anda yang saya cari?


  • student yang nak cari duit poket
  • stay at home mums/surirumah yang nak cari duit simpanan
  • wanita bekerjaya yang nak cari duit lebih
  • kaum bapa yang nak tambah pendapatan
  • kaki travel yang nak kumpul duit travel lagi
  • anda yang sedang baca ni



Jom sertai ProjekDuitKepukKepuk




❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

25 September 2018

pemberian susu ibu nie juga boleh diberikan kepada anak angkat

Assalamualaikum

Penyusuan susu ibu itu adalah semula jadi dan mudah, tetapi ia satu kemahiran yang perlu dipelajari. Namun, perkara yang lebih penting adalah ibu perlu bersedia dari segi psikologi dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah ketika menyusukan bayi.

Penyusuan ibu secara eksklusif selama enam bulan terbukti membantu mencegah serangan alahan awal kepada bayi, selain membekalkan nutrisi terbaik untuk anak.


Susu ibu mengandungi semua khasiat diperlukan bayi untuk membantu perkembangan tahap imun tubuh mereka bagi melawan pelbagai penyakit termasuk alahan.

Untuk pengetahuan semua, pemberian susu ibu nie juga boleh diberikan kepada anak angkat. Tujuannya adalah untuk menghalalkan segala perbuatan anak dan juga ibu angkatnya. Demi menjaga aurat antara keluarga dengan anak angkat.

Kaedah Penyusuan Anak Angkat


Kaedah yang akan dilakukan ialah dengan memberikan hormon tertentu untuk mengaktifkan kelenjar susu dalam payudara.


Rawatan boleh mula dilakukan seawal enam bulan sebelum menerima anak angkat. Sebelum rawatan diberikan, ibu akan diperiksa kesihatan mereka terlebih dulu bagi mengelakkan kes tertentu seperti HIV .

Ibu susuan akan diberi ubat penggalak susu yang sesuai sehingga pengeluaran susu dalam jumlah mencukupi.

Ibu susuan tidak dapat menghasilkan kolostrum seperti ibu kandung, pengeluaran susu matang itu juga mempunyai khasiat sama seperti susu badan ibu hamil atau yang melahirkan bayi.

Ibu perlu mempelajari teknik memperbanyakkan pengeluaran susu seperti mengepam, pemakanan, posisi betul menyusukan bayi dan urutan.

Ibu susuan juga perlu menyusukan anak angkat yang berusia tidak lebih daripada dua tahun sehingga sekurang-kurangnya lima kali kenyang, barulah boleh menjadi anak susuannya.


“Berdasarkan maksud yang dipetik daripada Surah al-Baqarah ayat 233 menjelaskan, “Hendaklah kamu menyusukan bayi terbabit sehingga berumur dua tahun”

Sebagai ibu susuan, ibu perlu faham susu ibu tidak akan terhasil jika tidak mempunyai hormon tertentu yang menggalakkan pengeluaran susu seperti dimiliki secara semula jadi oleh wanita hamil.

Jika keputusan sudah dibuat dan bersedia menjadi ibu susuan, pasangan suami isteri seharusnya peka serta memenuhi keperluan bayi dengan sempurna.


Suami juga perlu memahami situasi, bertolak ansur serta memberi sokongan kepada isteri yang berhasrat menyusukan anak angkat mereka.

Persediaan mental dan rohani perlu bersedia kerana bukan mudah untuk mengambil anak susuan. Ibu bapa perlu mempunyai emosi yang kuat untuk mendidik dan membesarkan anak susuan agar dapat menjaga amanah Allah dengan sebaiknya di samping menjaga hukum atau nasab yang sudah ditetapkan.

Jadi jika ada yang ingin ambil anak angkat dan terus menjadi anak susuan, boleh berjumpa dengan pakar untuk dapatkan nasihat dan pemeriksaan selanjutnya.



Jangan beli ubat hormon untuk mengaktifkan penghasilan susu sesuka hati di farmasi atau kedai ubat. Bahaya tauu..

Kecik doakan tempoh penyusuan ibu-ibu semua berjalan dengan lancar. Nak dapatkan supplement penggalak susu ibu.? Boleh wasap Kecik .


❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

24 September 2018

Asal ada kemahuan... Disitu ada highway!! Kenapa highway?

Assalamualaikum

Teringat kisah saya dulu.
Join shaklee masa pregnant dhani
Naik supervisor masa dalam pantang dhani
Naik master masa dalam pantang Dania.

Ngeeee 😍😍😍
Asal ada kemahuan... Disitu banyak highway!!
Kenapa highway?

Sebab jalannya mudah. Penunjuk jalan sudah ada. Just follow aje. Kadang2 penat.. Berhenti jap dkt R&R. Buang air, beli makanan, solat, ambil udara segar, hilangkan rasa mengantuk... Then sambung balik journey.

Tapi tu laa.. Masalah kebanyakan orang.. X sempat sampai destinasi dah keluar exit mana2 dulu. Melencong ke tempat lain.. Mungkin dia boring dan x sabar kot sbb pemandangan dkt highway ni boring.. Sama aje kiri kanan.. Pokok, hutan.. Pokok.. hutan.. Sekali sekala aje view lain sket..

Dan normallah perjalanan.. Kadang hujan, kadang panas, kadang tayar pancit, kadang tempuh jem, kadang jumpa eksiden, kadang jumpa driver yg x reti bahasa pentingkan diri sendiri.. Kadang nampak driver lain mengantuk makan jalan.. Macam2 lagilah.. Cuma kena berhati2, bersabar, plan perjalanan baik2, dan teruskan bergerak. Yelah.. Destinasi dah ada.. Sayang kalau x bergerak ke destinasi tu.

***
#KisahInspirasiMasterIta






❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479


WhatsApp : 01127794946

21 September 2018

4 Tip Penyusuan Agar Ibu Lebih Bersedia Tempuh Fasa Menyusukan

Assalamualaikum

Bila sudah bergelar ibu, kita mungkin menanti-nantikan untuk penyusuan bayi secara ekslisif. Seperti yang disarankan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun (atau lebih) di samping memberi makanan pelengkap . 

Ia adalah sumber nutrien yang terbaik untuk bayi anda dan merupakan cara semula jadi untuk menyusukan mereka. Tidak sabar kan nak memulakan proses ini. 

Mungkin nampak mudah seperti mendekatkan anak anda kepada payudara anda. Tetapi sebenarnya ibu mungkin dapati menyusu adalah satu cabaran. 

Tip Penyusuan Agar Ibu Lebih Bersedia Tempuh Fasa Menyusukan



#1. Sediakan payudara anda


Ibu-ibu boleh merehat dan menyediakan payudara dengan mengurutnya. 

Usap payudara dalam gerakan membulat, dari luar payudara dan bergerak ke dalam. Ulang dari sudut lain dan teruskan proses sehingga meliputi seluruh payudara.


#2. Bersedia dari segi mental

Persediaan mental dan emosi adalah penting dalam apa jua perkara. Apabila ibu cuba untuk menyusukan anak buat pertama kalinya, ia memerlukan kesabaran dan pelbagai langkah untuk dipelajari demi anak dan diri sendiri.

Salah satu cara permulaannya adalah dengan mengajar diri untuk berehat; badan kita sudah mempunyai segala-galanya yang diperlukan untuk menyusu anak. 

Beritahu diri bahawa proses penyusuan bukannya dalam sekelip mata dan jangan salahkan diri sendiri jika ia tidak berlaku serta-merta. 

Langkah seterusnya; bersabar. 

Menghasilkan susu memerlukan  masa, sama seperti anak yang belajar untuk melekap. Jangan rasa bimbang dan tertekan. 

Cari tempat yang tenang tanpa sebarang gangguan. Tarik nafas panjang dan dengar muzik yang tenang untuk ketenteraman diri. Apa yang lebih penting, berikan proses sedikit masa. Beritahu diri bukan semua pengalaman penyusuan ibu adalah sama.


#3. Memahami puting anda

Tidak semua puting adalah sama. Mungkin mempunyai puting rata atau terbalik. Kita menyusukan bayi dengan payudara, bukan hanya dengan puting.

Jika penyusuan menggunakan puting, cara ini boleh menyebabkan puting ibu luka.

Jika bayi tidak boleh melekap, terdapat beberapa perkara yang ibu boleh cuba. 

Boleh cuba menggunakan pam payudara untuk menarik keluar puting. 

Klik >>  Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan

Klik >> Teknik Lekapan Yang Betul, Elak Puting Melecet


#4. Elakkan makanan yang tidak elok

Diet penyusuan anda perlu seimbang dan mengandungi banyak kalsium. Ambil produk tenusu seperti susu atau yogurt. 

Elakkan kafein dan alkohol, kerana ia boleh masuk ke dalam susu anda. Jika memerlukan sebarang ubat, jumpa dengan pakar kesihatan .


Susu ibu merupakan salah satu sumber nutrien semula jadi yang terbaik untuk bayi anda. 

Kajian juga menunjukkan penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu seperti obesiti atau diabetes. 



Jika menghadapi cabaran untuk menghasilkan susu ibu, janganlah salahkan diri. Setiap ibu menyusu pasti ada pengalaman menyusukan tersendiri.

Ibu boleh join group-group ibu menyusu untuk dapatkan lebih cerita pengalaman menyusukan daripada ibu-ibu yang lain.


Boleh baca pelbagai tips menyusu dan pengalaman menyusukan daripada ibu menyusu yang lain. Klick >> Tips & Kisah Menyusukan 



❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479

20 September 2018

Peserta Trip Free Shaklee Dapat Vitamin Free Untuk Kekal Cergas, Ceria & Boleh Menikmati Keindahan Perjalanan Dengan Hati Senang.

Assalamualaikum

Trip Free Shaklee

Kalau nak tau, bila trip bersama shaklee, kita selalunya dapat layanan VIP.

Banyak benda la kalau nak hurai, semua special.

Antara yang special juga adalah shaklee sediakan vitamin setiap pagi sebelum kita nak keluar jalan-jalan.

Ambillah sebanyak mana pun, macam-macam jenis ada.

Dah makan vitamin free semua pun cergas ceria, boleh menikmati keindahan perjalanan dengan hati senang.

Sampai macam tu sekali ye shaklee jaga kita.

Kebajikan dan keselesaan kita jadi priority.
suka tak kalau kita dilayan sebegini?

Untuk dapat keistimewaan ni bukan susah.
hanya layakkan diri je dalam trip.

Kita kerja keras, sampai masa kalau dapat peluang trip free, pasti akan rasa segalanya berbaloi-baloi.

Untuk capai, kena berani.  Tak boleh buat seadanya.

Tak pelah kalau orang cop muka kita ni ada cop mohor shaklee pun.

Tak dosa pun kan☺️

Berjuang untuk impian diri sendiri, why not.

Melainkan kita memang nak berada dalam takuk sama je, then tak perlu buat perubahan.

Nak berubah, kena bergerak!



Jadi pada sesiapa yang nak bersama-sama saya dalam berjuang mendapatkan free trip shaklee nie, Jom wasap Kecik .. 


❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

19 September 2018

3 Tips Mudah Untuk Meransang Penghasilan Susu Ibu

Assalamualaikum

Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberi susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya.

Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.

Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur 6 bulan dan ke atas.

Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Bagi bayi yang menyusu susu ibu, bayi tidak perlu diberikan air masak dalam masa 6 bulan yang pertama.


Tips Meransang Penghasilan Susu Ibu


#1 Mind Set

Especially bakal ibu yang 1st time nak jadi ibu. Apa kata set kat fikiran tu dari awal tahu mengandung. 

Tiap-tiap hari cakap dengan baby dalam rahim, beritahu baby dalam rahim bahawa ibu akan menyusukan kamu bila kamu dilahirkan. 

Buat setiap hari sampai baby dilahirkan. Insyaallah, niat kita tu Allah akan permudahkan.

#2 Amalkan Milk Booster

Makan makanan yang boleh tambah susu. Contohnya, minum milo, makan kurma, halba.

Disamping amalkan pemakanan penggalak susu, Kecik amalkan milkbooster shaklee.. 

7 Jenis Makanan Penggalak Susu Ibu


#3 Support Dari Family

Family support sangat penting. Terutama suami. Suami kena banyak beri sokongan pada isteri. Jangan buat emosi isteri terganggu, bila stress susu akan drop. 

Ibu pun sama jangan stress. Masa menyusukan anak kita rileks je okay.


Sebenarnya tiada istilah susu tak ada. Setiap ibu yang hamil pasti akan ada susu. Susu terhasil seawal 7 bulan mengandung. Ibu kena kerap menyusu barulah susu akan terhasil. More you give, more you get. 


Semoga apa yang Kecik share ni memberi manfaat pada bakal ibu menyusu semua.





❤ Sharing With Love ❤

Kecik

ID 1116479

18 September 2018

Bila kita tak konsisten dengan bisnes apa jadi?

Assalamualaikum

Kita takkan dapat apa yang kita harap. Tapi kita akan dapat apa yang kita kerjakan.

Betul sangat kan? siapalah yang tak perlu berusaha dalam dunia ni? semua orang pun perlu berusaha untuk capai apa yang dia nak. tak semudah dengan hanya kita fikir je, terus boleh dapat. memang tak ada.

Tapi nak usaha konsisten ni payah kata sesetengah orang. Sebab itulah kita kena belajar. Salah satunya adalah belajar dari pengalaman.

Bila kita tak konsisten dengan bisnes apa jadi? Kita tak dapat apa yang kita nak kan? Kita hanya dapat harapan, tapi tak dapat hasilnya. 

Jadi sebab itu tipsnya adalah kena belajar dari pengalaman. Kita belajar dengan tak konsisten itu membuatkan bisnes kita tak seperti yang kita harap. Apa yang kontra dari itu? 

Bermakna kalau kita konsisten mesti dapat hasilnya kan? kalau kita masih tak belajar, benda sama akan diulang-ulang. Benda sama juga kita akan buat silap.

Kena ingat, belajar dari pengalaman itu pertama.
Keduanya adalah betulkan kesilapan atau kekurangan itu.
Dan barulah kita makin hampir dengan apa yang kita mahu.

1. belajar dari pengalaman
2. betulkan dan improve kekurangan

Semoga kita semua berjaya dengan apa juga kerja yang kita lakukan. 



Nak join bisnes shaklee? Meh wasap Kecik.


Sharing With Love

Kecik

ID 1116479



WhatsApp : 01127794946

17 September 2018

Pilihan Set Menyusu Mengikut Keperluan

Assalamualaikum

Hari ini Kecik nak perkenalkan Set Menyusu Shaklee yang boleh ibu menyusu amalkan untuk melengkapkan keperluan nutrisi susu ibu yang memberi manfaat untuk si ibu dan juga bayi.

Terdapat 3 jenis set menyusu yang Kecik syorkan, ketiga-ketiga ini boleh digunakan mengikut keperluan masing-masing.


Set Menyusu Shaklee

  • Set Asas (RM290.00)
  • Set Lengkap (RM533.00)
  • Set Premium (RM670.00)



  • Vitalea with Iron Formula – 120 Biji
  • B-Complex with Folic Acid – 120 Biji
  • Sustained Release Vitamin C -180 Biji
  • Ostematrix – 120 Biji
  • ESP – 850 gram
  • Alfalfa small- 330 Biji
  • Omega Guard - 90 Biji

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee



#1 VitaLea Shaklee

Vitalea Shaklee adalah multivitamin pertama di dunia. Ia melengkapkan nutrisi harian ibu yang lompong. Kebanyakan khasiat makanan akan hilang semasa kita memasak dan sebagainya.


#2 B Complex Shaklee

B-Complex  yang mengandungi Vitamin B6 akan melegakan saraf kita dan seterusnya akan mengurangkan stress.


#3 Sustained Release Vitamin C Shaklee 

Vitamin C  meningkatkan imun sistem ibu dan anak. Bila kita penat dan stress, imun sistem akan menjadi rendah dan seterusnya akan meningkatkan kebarangkalian kita untuk diserang pelbagai penyakit. 

Sustained Release Vitamin C adalah istimewa kerana Vitamin C yang terkandung di dalamnya akan dilepaskan secara perlahan-lahan. Ini akan memastikan badan kita mempunyai bekalan Vitamin C yang mencukupi dalam jangka masa yang panjang.


#4 Ostematrix Shaklee

Ostematrix bukan sahaja membuatkan keperluan Kalsium badan mencukupi, namun sakit dan sengal badan selepas bangun dari tidur hampir tiada. 

Proses pembuangan air besar juga menjadi mudah.


#5 ESP Soy Protien

ESP kaya dengan protein, ia bukan sahaja membanyakkan susu. Malah ESP membantu ibu kekal bertenaga sampai malam. Tiada lagi moody, tiada lagi mengadu keletihan.



#6 Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa yang dikatakan sebagai raja tumbuhan juga memberi impak positif. Ada yang mengatakan Alfalfa ini sebagai perapat, hanya yang dah cuba je yang tahu kesannya =)


#7 OmegaGuard Shaklee

Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan – asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan ibu dan juga anak.


Nak lebih penjimatan.? Boleh terus wasap Kecik untuk belian Set Menyusu Shaklee dengan harga yang lebih jimat. =)


Sharing With Love

Kecik

ID 1116479



WhatsApp : 01127794946

14 September 2018

Chewable-C Plus . Kecil & Ringan .

Assalamualaikum

Vitamin c baru dari Shaklee nie jenis kunyah. Yang biasa tu, kena telan. Tapi yang ni kunyah (chewable) jadi anda ada pilihan vitamin c nie, chewable nie untuk mereka yang suka nak kunyah-kunyah berbanding telan.

Ada juga orang yang memang tak suka telan atau hadapi masalah nak telan tablet, boleh ambil peluang ni. Kunyah je terus dapat khasiat. Boleh je letak dalam beg tangan dan bawa ke mana-mana. 

Ringan dan kecil je tak menyusahkan. Dari dok kunyah gula-gula, yang ni kalau kunyah dapat manfaat berganda. Lagi-lagi yang biasa memandu berjalan jauhkan, nak kunyah-kunyah buat hilang mengantuk tuu kan.. 

Nie Kecik kongsi kelebihan bila kita amalkan vitamin c nie.

Kelebihan Vitamin C Chewable 



  • Merangsang kolagen badan

Bila bertambah usia, kolagen dalam badan makin berkurangan. Pipi pun makin kendur, keluar pula kedut. Garis halus mula membiak.

Itu tanda kolagen semakin hilang dari badan. Vitamin C nie merangsang kolagen ni supaya pipi lambat kedut, kolagen mantain, Garis halus malu nak keluar.

Sebab tuu ada yang sanggup cucuk vitamin c di muka, ini laa tujuannya. Jangn main cucuk-cucuk ye,tak selamat dan tiada kelulusan KKM..


  • Mengawal kesan sunburn akibat panahan matahari

Panahan uva dan uvb dari matahari ni bukan isu kecil tau. Sebab ia boleh merosakkan kulit kita. Kalau dah setiap hari kena panahan mentari, memanglah cepat je muka rosak.

Selain dari pakai sunblock sebagai pelindung matahari, korang kena jaga dari dalam juga iaitu dengan amalkan vitamin c chewable ni.


  • Mengurangkan kesan eyebag atau hitam bawah mata

Ramai orang ada masalah ni. Eyebag nie sinonim betul lah dengan wanita terutama yang jenis tak cukup tidur tu. Sibuk dengan anak kecil, dengan keluarga kan. Tapi jangan sampai kita lupa nak jaga diri sendiri. 

Pentingnya jaga diri untuk sentiasa kelihatan menawan di mata suami terutaanya.

Yang ada masalah eyebag, boleh amal vitamin c ni dan rasa perbezaannya.


  • Memutihkan kulit

Vitamin C boleh berikan kesan cerah pada kulit anda. Kalau tak cerah takdelah orang sibuk nak cucuk vitamin c semata nak putih.

Amalkan vitamin c ni je untuk kekalkan dan buatkan kulit korang lebih putih.


  • Mempercepat pemulihan luka

Ini sangat membantu terutama yang baru lepas buat operation. Sebab itulah wanita lepas bersalin memang dicadangkan ambil vitamin c. 

Nak bagi cepat baik luka tu. Kalau luka lambat baik masalah juga kan.

Amalkan pengambilan vitamin c untuk memulihkan luka dengan cepat.


Jadi apa tunggu lagi, meh la reramai amalkan vitamin c nie. 



Murah jek. Sebotol RM 51.25 . 90 biji . Kos postage RM 8.00

Boleh wasap Kecik Untuk belian Chewable-C Plus Shaklee nie >>  NAK BELI CHEWABLE NIE!!



Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...