27 September 2018

7 Cara Banyakkan Susu Badan, jom ibu kita cuba!

Assalamualaikum

Susu ibu sememangnya makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan payudara dapat membekalkan antibodi supaya bayi dapat melawan jangkitan.

Jadi, ibu perlu tahu cara banyakkan susu badan agar anak dapat khasiatnya dalam tempoh dua tahun ini.

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu, tentunya penyusuan susu ibu ini akan menjadi momen terindah dalam hidup anda.

Bagi membantu anda memudahkan lagi penyusuan susu badan, di sini ada beberapa cara banyakkan susu badan yang boleh dipraktiskan setiap hari.

7 Cara Banyakkan Susu Badan




#1 – Bertenang jika susu berkurang

  • Tekanan merupakan PENYEBAB penghasilan susu terganggu dan berkurang.
  • Ketika menyusukan anak, jangan fikir negatif tapi sebaiknya anda mengimbas kembali detik-detik terindah dalam hidup anda. Sekaligus, susu badan juga akan bertambah laju, pekat dan banyak!
  • Bertenang juga boleh dilakukan dengan mendengar ayat-ayat Al-Quran sambil menyusukan bayi.



#2 – Letakkan minda dalam keadaan positif


  • Otak merupakan organ yang mempengaruhi tindakan manusia. Sebab itu, ibu menyusu jangan letakkan mindset yang susu akan berkurang.
  • Apa saja yang keluar dari fikiran anda akan dihantar ke anggota badan untuk bertindak.
  • Ibu harus sentiasa berfikiran positif dan niat untuk menyusukan anak sehingga umurnya dua tahun. 

#3 – Tahu apa maksud supply dan demand

  • Maksudnya, lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu dihasilkan. Perlu ada supply and demand di situ.
  • Susukan bayi sekerap mungkin ketika dia mahukannya. Susu yang terhasil itu adalah sangat mencukupi untuk bayi anda.
  • Susu yang diberikan secara terus melalui payudara sukar untuk disukat tapi anda boleh memerhatikan tingkah dan perlakuan bayi.
  • Jika dia masih merengek walaupun sudah menyusu. Itu tandanya dia mahu dibelai dan dimanja oleh ibunya.


#4 –  Jangan lupa perah susu badan

  • Jangan lupa perah susu badan banyak-banyak terutama ketika berpantang supaya stok susu sentiasa ada.
  • Simpan susu perahan dalam peti sejuk dengan baik dan tulis date siap-siap. Latihkan perah susu ini sejak berpantang lagi.
  • Jika bekerja, ambil sedikit ruang dan masa untuk memerah susu. Jika takut terlupa akibat busy sangat, set jam penggera atau buat jadual untuk lebih mudah.

#5 – Kosongkan payudara

  • Maksunya, kerap menyusukan bayi atau perah susu badan itu.
  • Jangan biarkan sehingga payudara membengkak, dikuatiri ibu akan alami demam atau masalah lain pula timbul. Payudara yang membengkak akan menyebabkan penghasilan susu semakin berkurangan.
  • Jika payudara kosong, susu dapat dihasilkan dengan lebih cepat


#6 – Makan penggalak susu badan atau milk booster

  • Susu ibu yang pekat adalah berkualiti dan tentunya buat bayi bertambah kenyang. Jadi, ibu boleh amalkan milk booster dalam pemakanan seharian.
  • Milk booster ini bukan hanya boleh didapati pada produk tertentu sahaja, tapi anda juga boleh dapatnya melalui pemakanan yang boleh merangsang penghasilan susu dengan lebih meriah.
  • Setiap ibu mempunyai kadar hormon yang berbeza. Jadi, anda perlu mencuba dahulu sesuatu makanan dan lihat adakah ia sesuai. Maksudnya susu bertambah atau tidak. Jika ya, makanan tersebut sesuai untuk tubuh anda.

#7 – Banyakkan minum air masak

  • Banyakkan minum air masak. Air merupakan agen penyokong melancarkan susu ibu.
  • Minum sekurang-kurangnya lapan ke 10 gelas setiap hari dalam tempoh masa tertentu.
  • Kalau nak keluar atau beriadah sekalipun, bawahlah bersama tiga liter air masak setiap hari dan jadikannya teman rapat anda.

Sekian sahaja tujuh cara banyakkan susu badan yang mudah untuk ibu menyusu ikut dan amalkan.

Selain Kecik amalkan pemakanan penggalak susu, Kecik juga amalkan milkbooster shaklee. Ini adalah yang terbaik. Kecik amalkan sejak tahun 2013. Alhamdulillah Kecik berjaya menyusukan anak sulung sehingga berusia dua tahun empat bulan dan ketika itu Kecik masih bekerja.

Sekarang giliran adik pula, dah berusia setahun empat bulan. Meh amalkan MilkBooster Shaklee . Klick >> MILKBOOSTER SHAKLEE







❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...