Bila sudah bergelar ibu, kita mungkin menanti-nantikan untuk penyusuan bayi secara ekslisif. Seperti yang disarankan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun (atau lebih) di samping memberi makanan pelengkap .
Ia adalah sumber nutrien yang terbaik untuk bayi anda dan merupakan cara semula jadi untuk menyusukan mereka. Tidak sabar kan nak memulakan proses ini.
Mungkin nampak mudah seperti mendekatkan anak anda kepada payudara anda. Tetapi sebenarnya ibu mungkin dapati menyusu adalah satu cabaran.
Tip Penyusuan Agar Ibu Lebih Bersedia Tempuh Fasa Menyusukan
#1. Sediakan payudara anda
Ibu-ibu boleh merehat dan menyediakan payudara dengan mengurutnya.
Usap payudara dalam gerakan membulat, dari luar payudara dan bergerak ke dalam. Ulang dari sudut lain dan teruskan proses sehingga meliputi seluruh payudara.
#2. Bersedia dari segi mental
Persediaan mental dan emosi adalah penting dalam apa jua perkara. Apabila ibu cuba untuk menyusukan anak buat pertama kalinya, ia memerlukan kesabaran dan pelbagai langkah untuk dipelajari demi anak dan diri sendiri.
Salah satu cara permulaannya adalah dengan mengajar diri untuk berehat; badan kita sudah mempunyai segala-galanya yang diperlukan untuk menyusu anak.
Beritahu diri bahawa proses penyusuan bukannya dalam sekelip mata dan jangan salahkan diri sendiri jika ia tidak berlaku serta-merta.
Langkah seterusnya; bersabar.
Menghasilkan susu memerlukan masa, sama seperti anak yang belajar untuk melekap. Jangan rasa bimbang dan tertekan.
Cari tempat yang tenang tanpa sebarang gangguan. Tarik nafas panjang dan dengar muzik yang tenang untuk ketenteraman diri. Apa yang lebih penting, berikan proses sedikit masa. Beritahu diri bukan semua pengalaman penyusuan ibu adalah sama.
#3. Memahami puting anda
Tidak semua puting adalah sama. Mungkin mempunyai puting rata atau terbalik. Kita menyusukan bayi dengan payudara, bukan hanya dengan puting.
Jika penyusuan menggunakan puting, cara ini boleh menyebabkan puting ibu luka.
Jika bayi tidak boleh melekap, terdapat beberapa perkara yang ibu boleh cuba.
Boleh cuba menggunakan pam payudara untuk menarik keluar puting.
Klik >> Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan
Klik >> Teknik Lekapan Yang Betul, Elak Puting Melecet
#4. Elakkan makanan yang tidak elok
Diet penyusuan anda perlu seimbang dan mengandungi banyak kalsium. Ambil produk tenusu seperti susu atau yogurt.
Elakkan kafein dan alkohol, kerana ia boleh masuk ke dalam susu anda. Jika memerlukan sebarang ubat, jumpa dengan pakar kesihatan .
Susu ibu merupakan salah satu sumber nutrien semula jadi yang terbaik untuk bayi anda.
Kajian juga menunjukkan penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu seperti obesiti atau diabetes.
Jika menghadapi cabaran untuk menghasilkan susu ibu, janganlah salahkan diri. Setiap ibu menyusu pasti ada pengalaman menyusukan tersendiri.
Ibu boleh join group-group ibu menyusu untuk dapatkan lebih cerita pengalaman menyusukan daripada ibu-ibu yang lain.
Boleh baca pelbagai tips menyusu dan pengalaman menyusukan daripada ibu menyusu yang lain. Klick >> Tips & Kisah Menyusukan
❤ Sharing With Love ❤
Kecik
ID 1116479
No comments:
Post a Comment