Penyusuan susu ibu itu adalah semula jadi dan mudah, tetapi ia satu kemahiran yang perlu dipelajari. Namun, perkara yang lebih penting adalah ibu perlu bersedia dari segi psikologi dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah ketika menyusukan bayi.
Penyusuan ibu secara eksklusif selama enam bulan terbukti membantu mencegah serangan alahan awal kepada bayi, selain membekalkan nutrisi terbaik untuk anak.
Susu ibu mengandungi semua khasiat diperlukan bayi untuk membantu perkembangan tahap imun tubuh mereka bagi melawan pelbagai penyakit termasuk alahan.
Untuk pengetahuan semua, pemberian susu ibu nie juga boleh diberikan kepada anak angkat. Tujuannya adalah untuk menghalalkan segala perbuatan anak dan juga ibu angkatnya. Demi menjaga aurat antara keluarga dengan anak angkat.
Kaedah Penyusuan Anak Angkat
Kaedah yang akan dilakukan ialah dengan memberikan hormon tertentu untuk mengaktifkan kelenjar susu dalam payudara.
Rawatan boleh mula dilakukan seawal enam bulan sebelum menerima anak angkat. Sebelum rawatan diberikan, ibu akan diperiksa kesihatan mereka terlebih dulu bagi mengelakkan kes tertentu seperti HIV .
Ibu susuan akan diberi ubat penggalak susu yang sesuai sehingga pengeluaran susu dalam jumlah mencukupi.
Ibu susuan tidak dapat menghasilkan kolostrum seperti ibu kandung, pengeluaran susu matang itu juga mempunyai khasiat sama seperti susu badan ibu hamil atau yang melahirkan bayi.
Ibu perlu mempelajari teknik memperbanyakkan pengeluaran susu seperti mengepam, pemakanan, posisi betul menyusukan bayi dan urutan.
Ibu susuan juga perlu menyusukan anak angkat yang berusia tidak lebih daripada dua tahun sehingga sekurang-kurangnya lima kali kenyang, barulah boleh menjadi anak susuannya.
“Berdasarkan maksud yang dipetik daripada Surah al-Baqarah ayat 233 menjelaskan, “Hendaklah kamu menyusukan bayi terbabit sehingga berumur dua tahun”
Sebagai ibu susuan, ibu perlu faham susu ibu tidak akan terhasil jika tidak mempunyai hormon tertentu yang menggalakkan pengeluaran susu seperti dimiliki secara semula jadi oleh wanita hamil.
Jika keputusan sudah dibuat dan bersedia menjadi ibu susuan, pasangan suami isteri seharusnya peka serta memenuhi keperluan bayi dengan sempurna.
Suami juga perlu memahami situasi, bertolak ansur serta memberi sokongan kepada isteri yang berhasrat menyusukan anak angkat mereka.
Persediaan mental dan rohani perlu bersedia kerana bukan mudah untuk mengambil anak susuan. Ibu bapa perlu mempunyai emosi yang kuat untuk mendidik dan membesarkan anak susuan agar dapat menjaga amanah Allah dengan sebaiknya di samping menjaga hukum atau nasab yang sudah ditetapkan.
Jadi jika ada yang ingin ambil anak angkat dan terus menjadi anak susuan, boleh berjumpa dengan pakar untuk dapatkan nasihat dan pemeriksaan selanjutnya.
Jangan beli ubat hormon untuk mengaktifkan penghasilan susu sesuka hati di farmasi atau kedai ubat. Bahaya tauu..
Kecik doakan tempoh penyusuan ibu-ibu semua berjalan dengan lancar. Nak dapatkan supplement penggalak susu ibu.? Boleh wasap Kecik .
❤ Sharing With Love ❤
Kecik
ID 1116479
WhatsApp : 01127794946
No comments:
Post a Comment