19 October 2018

7 Perkara Yang Ibu Menyusu Perlu Belajar

Assalamualaikum

Indahnya menjadi seorang ibu yang berjaya menyusukan anaknya enam bulan secara eklusif dan di teruskan sehingga usia dua tahun.

Tetapi sebelum ke tahap seterusnya, ibu menyusu perlu ambil tahu tujuh perkara ini. Penting tauuu...



TIPS PENTING BUAT IBU YANG PERTAMA KALI MENYUSU BADAN


#1 MANFAATKAN ‘SKIN-TO-SKIN CONTACT’

Selepas bayi selamat dilahirkan, biasanya doktor atau jururawat akan memberi peluang untuk memegang bayi buat seketika. Walaupun terlalu letih ketika ini, jangan sia-siakan peluang ini untuk berhubung dengan bayi.

Cara ini dapat membantu kepada kejayaan untuk menyusu badan dengan sempurna hingga selesai tempoh menyusu. Ibu boleh juga cuba menyusukan bayi sejurus selepas bayi dilahirkan, tetapi jangan risau jika susu anda masih belum keluar ketika itu.

#2. EKSPERIMEN POSISI PALING SELESA

Pada beberapa hari pertama, ibu tidak perlu begitu risau jika susu yang dihasilkan belum begitu banyak. Susu kolostrum ini penuh dengan khasiat dan imuniti yang sangat menakjubkan buat kesihatan bayi sehingga ia dikenali sebagai ‘titisan emas’.

Pada awalnya, ibu akan berasa kekok untuk memegang dan menyusukan bayi. Jangan berputus asa. 

Fokuskan kepada cara menyusu badan yang betul dengan bereksperimen beberapa posisi sehinggalah ibu berasa selesa.

Klik >> LIMA POSISI MENYUSU YANG SELESA

#3. PAKAI PAKAIAN SELESA

Salah satu trik untuk mendapatkan cara menyusu badan yang selesa adalah dengan memastikan anda berdua dalam keadaan selesa.

Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai, duduk di tempat yang selesa, dan pastikan anda sudah menyediakan bra menyusu seawal mungkin untuk membantu memudahkan penyusuan.

#4. MENGENAL PASTI TANDA BAYI LAPAR

Kenalpasti tanda bayi lapar supaya ibu dapat belajar menyusu badan dalam keadaan yang tenang. Apabila bayi sudah meragam dan menangis dengan kuat, sukar untuk bayi belajar melekap dengan baik.

Perhatikan tanda pergerakan pada mulut bayi dan cepatlah merespon terhadap rengekannya.

#5. PRAKTIS MENGEPAM

Selain daripada digunakan untuk memerah susu, pam susu juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan payudara daripada bengkak atau tersumbat.

Ia juga membantu melancarkan aliran susu ibu dan meningkatkan produksi agar cukup untuk bayi.

Tak perlu rasa teragak-agak untuk cuba menggunakannya seawal beberapa hari pertama, lebih-lebih lagi jika ibu bakal kembali bekerja. Lebih senang untuk menggunakannya nanti.

#6. MASALAH PUTING MELECET

Masalah puting melecet bukan saja dialami oleh ibu yang baru, tetapi juga ibu yang sudah berpengalaman. Ia boleh berpunca daripada masalah lekapan yang tidak elok, atau gigitan oleh bayi yang sedang tumbuh gigi.

Hampir kesemua ibu yang menyusu akan mengalami masalah ini. Ibu bukanlah keseorangan. 

Cuba dapatkan krim yang sesuai untuk membantu melegakan kesakitan dan seeloknya teruskan menyusu bayi. Jika terlalu sakit, ibu boleh mengepam dan menyusukan bayi menggunakan susu perahan.

Kecik gunakan krim Herbal Blend Shaklee untuk rawat masalah puting melecet. Ia nya selamat dan tidak membahayakan bila bayi masuk mulut untuk menyusu.

#7. ‘NIPPLE CONFUSION’

Waktu yang elok untuk  melatih bayi menggunakan puting tiruan atau botol susu pada usia sekitar 4-6 minggu, atau 2 minggu sebelum  kembali bekerja.

Jika ibu memperkenalkan botol susu terlalu awal, dikhuatiri bayi akan keliru terhadap puting dan sukar untuk belajar melekap dengan betul pada payudara. 

Akibatnya, ada bayi yang langsung tidak mahu menyusu badan apabila telah selesa dengan puting tiruan.


Ibu perlu kekalkan diet seimbang dan minumlah banyak air kosong setiap hari. Ibu juga boleh amalkan supplemen untuk membantu ibu kekal bertenaga dalam tempoh penyusuan dan juga membantu penghasilan susu ibu yang baik.

Klik >> SET MENYUSU TERBAIK 

Amalkan meminum segelas air sebelum dan selepas menyusu badan. Selain memberi tenaga, ia membantu ibu untuk memproduksikan susu yang mencukupi buat bayi. 

Selain itu, lakukan perahan atau ‘power pumping’ dengan kerap untuk mengekalkan produksi susu badan anda setiap hari.

Klik >> CARA POWER PUMPING 





❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...