08 July 2018

Power Pumping Kembalikan Susu Yang Dah Kering!!

Assalamualaikum,


Ada ibu yang menyusukan akan mengalami saat kemeruduman susu pada satu masa. 

Jika niat ibu-ibu ingin terus menyusukan,ibu perlu lakukan sesuatu yang sewajarnya dan susu kembali meriah.

Ibu-ibu boleh mengamalkan Set Penyusuan Shaklee dan lakukan power pumping setiap hari!





Power Pumping Untuk Siapa?



  • Ibu yang mengalami susu merudum – ini terjadi akibat datang bulan, emosi dan hormon yang tidak stabil, kurang mengepam, dan sebagainya
  • Ibu yang telah berhenti menyusukan anaknya tetapi ingin menyusukan kembali anaknya itu
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – Teknik ni digunakan untuk merangsang kembali penghasilan susu.

Cara Power Pumping Yang Betul



Power pumping ni boleh di buat tanpa sebarang alasan.


  • Single pump : Pump 10 minit payudara kanan, kemudian pam 10 minit kiri, kembali ke sebelah kanan dan pam lagi 10 min. Proses ini berterusan selama satu jam.
  • Double Pump : Pump 10 minit kedua-dua belah payudara serentak, rehat 10 minit, sambung lagi 10 minit. Proses ini juga berterusan selama satu jam.

Adalah sangat digalakkan buat power pumping pada awal pagi sekitar pukul 2-3 pagi kerana pada waktu itu hormon oxytoxin yang dirembeskan adalah yang paling banyak. 

Ibu-ibu jangan kecewa kalau yang keluar hanyalah setitis dua susu ataupun yang paling menyedihkan hanya pam keluar angin je. Ia mengambil masa lebih kurang 2 minggu.




Gabungan bersama SET MENYUSU SHAKLEE , sokongan suami & keluarga, insyaAllah proses Power Pumping ini akan berjaya.

Selamat mencuba ibu-ibu semua..



Sharing With Love

Kecik

ID 1116479








No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...