15 October 2018

5 Posisi Penyusuan Bagi Ibu Menyusu

Assalamualaikum

Menjadi seorang ibu yang menyusukan kena belajar posisi menyusukan dengan betul, supaya tidak berlaku puting payudara melecet atau luka.

Mendapatkan posisi yang sesuai akan membuatkannya mudah bagi anda untuk melekapkan bayi pada payudara anda.


Posisi Penyusuan Bagi Ibu Menyusu



Posisi Menyusukan Bayi Kembar :

memegang dua orang bayi dalam mana-mana gabungan posisi jika anda mempunyai anak kembar dan mahu menyusukan mereka serentak




Posisi Menyusukan Ketika Duduk :

memegang bayi di bawah ketiak

Posisi Menyusukan Ketika Baring:

berbaring dengan badan anda selari dengan badan bayi




Posisi Menyusukan Ketika Duduk :

memegang bayi merentasi paha anda, menggunakan tangan yang bertentangan dengan payudara yang dihisap oleh bayi




Posisi Menyusukan Ketika Duduk :

memegang bayi merentasi paha anda sambil menyokongnya menggunakan tangan pada belah yang sama dengan payudara yang dihisap bayi


Cari satu posisi yang sesuai untuk anda dan bayi anda, teruskanlah dengan posisi tersebut jika ibu dan bayi sudah selesa. Tetapi apabila bayi semakin besar dan anda sudah mahir, anda mungkin mahu menukar posisi. Ini bergantung kepada di mana anda berada dan apa yang anda lakukan ketika itu.

Posisi yang selesa dapat membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Proses penyusuan juga akan jadi lebih tenang dan damai . 

Semoga entry ini memberi ibu menyusu semua ilmu dan bermanfaat kepada ibu. Semoga penyusuan ibu semua dipermudahkan .








❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479



No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...