09 March 2020

KEHAMILAN | 5 Punca Perut Kejang Ketika Hamil



Ada wanita yang tidak pernah mengalami sebarang masalah ketika hamil, sementara itu ada wanita yang kerap mengalami masalah. Antara masalah yang sering mengganggu adalah masalah kekejangan abdomen (cramp). Kekejangan ini mungkin adalah sesuatu yang normal, atau ia mungkin menunjukkan suatu masalah yang lebih serius.

Antara punca masalah kram ini adalah :



  • Perubahan Saiz Rahem Akibat Pertambahan Saiz Bayi

Usia bayi semakin bertambah, saiz mereka juga akan bertambah dalam Rahim. Ini menyebabkan rahem membesar dan mengalami tekanan. Ia ibarat belon. Semakin besar belon, semakin tinggi tekanan dalam belon itu. 

Tekanan ini menyebabkan otot rahem dan otot abdomen mengalami kram yang kuat, terutaa apabila bayi mula bergerak dan menendang. 

Cara melegakannya ialah dengan cara menuap dengan tuala yang direndamkan dengan air hangat (air yang tidak terlalu panas). Posisi ketika tidur yang betul juga dapat membantu mengurangkan kekejangan. 



  • Terdapat Banyak Gas Dalam Perut dan Usus

Apabila usia kehamilan semakin meningkat, penghasilan hormone progesterone dalam tubuh semakin meningkat. Ini membuatkan proses penghadaman semakin merosot dan menghasilkan gas yang lebih banyak dalam perut dan usus. 

Keadaan menjadi lebih teruk apabila saiz rahem semakin membesar yang menyempitkan ruang dalam abdomen. Tekanan dan rahem dan usus membuatkan kekejangan menjadi lebih teruk. 

Jadi pilihlah makanan yang mengandungi banyak serat bagi mengelakkan masalah ini.


  • Tekanan Akibat Pertambahan Berat Badan

Wanita yang sedang hamil akan mengalami kenaikan berat badan yang signifikan. Tubuh akan akan mengalami tekanan menahan beban sehingga wanita tidak kuat untuk berdiri terlalu lama. 

Penambahan berat badan akan memberikan tekanan ke semua tempat termasuk otot abdomen. Kadang kala sekadar batuk saya menyebabkan otot abdomen menjadi kejang.

Cara terbaik letakkan minyak angin pada abdomen atau dituamkan dengan tuala yang telah direndamkan dengan air hangat.

  • Perubahan Pada Posisi Rahem

Ketika bayi semakin membesar, posisi rahem boleh mencondong ke kanan atau ke kiri. Ini akan menyebabkan beberapa ligament akan tertarik. 

Ini menyebabkan rasa kejang, tidak selesa dan sakit dalam abdomen.

  • Hubungan Intim Yang Ekstrem

Kekejangan juga boleh berlaku apabila melakukan hubungan intim yang ekstrem. Boleh saja melakukan hubungan ini ketika hamil, terutama selepas memasuki trimester kedua, tetapi harus ada batasannya.

Ia dibenarkan terutama memasuki trimester kedua. Rasa kekejangan yang datang untuk masa yang singkat dan tiada menyebabkan pendarahan, ia adalah sesuatu yang normal ketika melakukan hubungan intim. 

Tetapi jika berpanjangan dan diikuti dengan pendarahan, ia mungkin tanda-tanda awal keguguran.

Inilah lima punca kekejangan di kalangan wanita yang hamil. Berjumpalah doctor untuk pemeriksaan lanjut jika kekejangan ini berlaku dengan kerap dan berulang.

Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu hamil. Semoga dipermudahkan urusan kehamilan dan juga urusan kelahiran. Semoga ibu dan bayi sihat dan selamat. AAmiinnnn.. 




No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...