04 March 2020

PENYUSUAN | Punca Puting Rasa Pedih Ketika Menyusukan


Ketika bayi menghisap putting dan susu dikeluarkan, hormon oxytocin juga mula meningkat dalam darah. Hormon ini bertujuan memperbanyakkan susu dalam payudara dan ia juga akan memberikan satu pengalaman keibuaan yang menyenangkan.

Ada ibu yang akan berasa pedih pada bahagian puting ketika menyusukan bayi. Pada peringkat permulaan ia sebahagian daripada pengalaman yang biasa. Namun jika rasa sakit ini berlarutan sehingga beberapa hari, maka ia mungkin sesuatu yang tidak normal. Pemeriksaan haruslah dilakukan, dibimbangi oleh menyebabkan jangkitan kuman pada putting dan masuk ke dalam payudara.

APA PUNCA PUTING PEDIH?

Ada beberapa sebab yang menjadi punca puting menjadi sakit. 

Antaranya ialah disebabkan teknik yang salah ketika menyusukan anak. Ramai ibu yang melekapkan bayi mereka ke payudara dengan cara yang salah. Bayi menghisap puting di dalam mulutnya, sehinggakan bayi ini adakalanya tergigit puting sehingga menjadikannya luka dan menyebabkan rasa sakit.



Cara yang betul ialah dengan memasukkan keseluruhan areola (bahagian berwarna gelap pada payudara) ke dalam mulut bayi, dan bukan setakat bahagian puting sahaja. Jika berasa sakit ketika bayi menghisap puting, hentikan hisapan tersebut dengan meletakkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulut bayi. Ini akan melepaskan puting dari mulut bayi. Kemudian pastikan bayi membuka mulut seluasnya dan masukkan ke seluruh areola ke dalam mulut bayi.

Jika puting kita mengalami pedih dan merekah atau berdarah, boleh sapukan KRIM HERBAL BLEND SHAKLEE. Ia selamat walaupun dihisap oleh bayi. Bersihkan bekas sapuan krim sebelum memulakan penyusuan yang seterusnya. 

Jika tidak menyusukan, sapu krim herbal blend dan biarkan pada bahagian areolar dan puting dan tidak perlu dibersihkan. Krim ini mempunyai formula menthol yang menyejukkan diperkaya dengan ekstrak semula jadi termasuk rosemary, kamomil, minyak jagung dan salvia membantu untuk melegakan kulit. 


Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
RM37.50

Boleh juga sapukan minyak kelapa dara di bahagian puting yang sakit.

PUNCA PEDIH AKIBAT JANGKITAN FUNGUS

Rasa sakit pada puting ketika menyusukan juga boleh disebabkan oleh jangkitan fungus. Puting atau keseluruhan payudara menjadi merah dan merasa sakit. Rasa sakit ini boleh digambarkan sebagai rasa terbakar, pedih dan ada kalanya rasa gatal yang keterlaluan. Rasa sakit ini tidak hilang walaupun tidak menyusukan bayi. Sentuhan sedikit pada puting juga menyebabkan rasa sakit.

Ramai ibu yang diberikan ubat anti-fungus untuk dimakan dan disapukan pada puting. Namun jika berasa bimbang terhadap kesan sampingan pada bayi, boleh ambil sebiji vitamin c, sebiji garlic dan sapu krim herbal blend pada puting. Ia selamat untuk bayi dan ibu. Ini kerana tiga produk ini juga adalah antifungal.

Selain itu, puting mungkin mengalami masalah dermatitis yang menyebabkan rasa gatal dan kering. Dalam keadaan ini krim herbal blend digunakan sebagai pelembap.


Garlic Complex 60 tablet : RM 56.25
Sustained Release Vita-C Plus 180 tablet : RM 97.50


PUNCA PEDIH KERANA PEMILIHAN BRA YANG TIDAK SESUAI

Rasa pedih boleh juga disebabkan oleh penggunaan coli yang ketat atau lapik payudara yang tidak padan, sehingga memberi tekanan kepada bahagian puting. Lapik payudara yang tebal dan lapisan plastik pada coli juga menghalang kulit daripada pengudaraan dan memerangkap terlalu banyak lembapan sehingga puting menjadi luka atau dijangkiti kuman atau fungal.

Bagi mengelakkan masalah ini, belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi atau nipis bagi membolehkan pengudaraan. Jika bahagian puting merekah, sapukan sedikit krim herbal blend sebagai pelembap yang menyerap ke dalam puting dan payudara.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.



Nak buat belian online boleh klik >> NAK BELI ONLINE 
Atau boleh WhatsApp saya >> 01127794946 

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...