29 May 2016

Kenali Ketulan Di Payudara : Dulu Ketulan Di Payudara Saya Besar, Sekarang Ketulan Itu Dah Semakin Kecil

Wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri sesudah sahaja habis kitaran haid pada setiap bulan. Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti. 

Tidak semua benjolan di payudara itu adalah kanser. Ada banyak sebab atau punca benjolan atau ketumbuhan di payudara. 




Kenali Benjolan Di Payudara


Kanser payudara


  • benjolan selalunya tidak disertai dengan kesakitan di payudara. Sesetengah pesakit mempunyai perubahan pada kulit seperti kemerahan (erythematous), kulit tegang, atau tertarik kelihatan seperti lesung pipit (dimpling). 
  • Benjolan keras yang kekal atau membesar tidak berkaitan dengan putaran haid atau dikalangan wanita menopause.

Fibroadenosis 


  • Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadangkala beserta dengan sakit dan saiz akan berubah-ubah mengikut kitaran haid.

Galactocele (Bengkak Susu) 



  • Benjolan yang terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.

Breast cyst 



  • benjolan yang lembut. Boleh diketemui di kalangan semua umur pesakit.

Fibroadenoma 



  • ketumbuhan yang sering berlaku dikalangan wanita berusia kurang dari 30 tahun. Biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara.

Cara Pemeriksaan Payudara ( Lakukan Sendiri )

Cara Kenalpasti Perubahan Payudara


  1. Bentuk payudara yang berbeza. Sama ada besar atau kecil sebelah.
  2. Puting payudara yang terbalik (inversion)
  3. Perubahan kulit payudara yang baru atau berterusan.
  4. Bendalir dari puting payudara – warna, kuantiti, kekerapan.
  5. Ketumbuhan – jangkamasa, saiz, kesakitan, lokasi di payudara.
  6. Kaitan antara ketumbuhan dan kitaran haid.
Cara Pemeriksaan Payudara Yang Betul

Golongan Yang Berisiko Terkena Kanser Payudara

  • Umur melebihi 40 tahun bagi yang belum menopause dan melebihi 50tahun bagi sesakit yang sudah menopause
  • Sejarah ketumbuhan di payudara yang dilaporkan sebagai atypia (sel yang tidak normal dan berpotensi membawa sel kanser)
  • Sejarah kanser payudara di dalam keluarga dan mempunyai kejanggalan genetik seperti BRCA1 and BRCA2
  • Pesakit yang pernah menerima radioterapi seperti “Hodgkin Lymphoma”.
  • Kandungan pertama pada usia melebihi 30 tahun
  • Tidak menyusukan anak (Memberi susu ibu – menyusukan anak selama setahun akan melindungi daripada kanser payudara)
  • Penggunaan hormon estrogen atau “hormone replacement therapy”.
  • Kedatangan haid pertama pada usia kurang dari 12 tahun
  • Menopause pada usia melebihi 55 tahun.

Rawatan Kanser Payudara

Rawatan adalah berdasarkan jenis dan tahap penyakit. Punca penyakit hanya dapat dipastikan setelah sejarah penyakit, pemeriksaan klinikal dan ujian lanjutan dijalankan. 

Antara rawatan ketumbuhan di payudara adalah pembedahan, sama ada pembedahan pembuangan seluruh payudara beserta pembedahan kelenjar ketiak (mastectomy with axillary lymph node dissection) atau pembuangan ketulan di payudara sahaja (excision biopsy/wide local excision). 

Jenis pembedahan adalah tergantung kepada hasil biopsi atau sitologi. Rawatan suslan termasuklah rawatan kemoterapi, radioterapi dan lain-lain.

Selain it, anda juga boleh cuba amalkan sesudu ViViX setiap hari. 


Saya sebenarnya ada masalah kesihatan sampai sekarang nie.. saya ada ketumbuhan dekat payudara saya. sebelum ini saya ada buat pemedahan buang ketulan dekat payudara dulu. 

Bila check doktor balik, ada lagi ketulan. Doktor kata nak buat operation. saya fikir tidak lagi. saya cuba ubat lain. Mak saya suruh saya cuba makan consume vivix dan gla. 

mula-mula tindak balas lambat sedikit. saya mula makan ubat nie dalam hujung bulan 3. lama-lama saya rasa tindak blas. ada berubahan dalam diri. dulu ketulan saya besar, sekarang ketulan semakin kecil.

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...