24 February 2020

Tips Merancang Menu Sihat Untuk Anak-anak Bawa Ke Sekolah


Masa makan adalah masa untuk anak anda beristirehat bersama keluarga dan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah. Ia adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak.

Hidangan yang disediakan di rumah adalah lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang menu. Merancang menu adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama jika anda membuat persediaan awal dan teratur.

Anda perlu rancang 3 menu hidangan utama dan 2 menu snek sehari untuk memastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Rancang menu hidangan utama dan snek untuk jangka masa seminggu. 

Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada setiap 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jika terdapat kumpulan makanan yang tidak dimasukkan dalam menu hidangan utama, ia boleh dimasukkan dalam menu snek. Sebagai contoh, buah dimasukkan dalam menu snek.


Waktu makan juga perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak akan ke sekolah dan balik dari sekolah. Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan jangan tergesa-gesa. Lazimnya, anak pasti letih apabila pulang dari sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar.

Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama


  • Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
  • Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh (contoh: campurkan beras perang dengan beras putih).
  • Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. (contoh : tomato dalam ayam masak merah).
  • Tambahkan satu sajian makanan daripada kumpulan ikan, ayam,daging atau telur serta kekacang seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam resipi ayam masak kicap atau campurkan tempe dalam sambal ikan bilis.

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek


  • Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap sajian snek.
  • Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih.
  • Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Perancangan menu sihat adalah penting untuk kanak-kanak sekolah kerana :





  • Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian sepanjang hari.
  • Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang seimbang.
  • Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.
  • Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.
  • Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disediakan awal.




No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...