26 February 2020

KEHAMILAN | Kebaikan Asid Folik Kepada Kesuburan & Kehamilan


Ramai yang tahu bahawa folic acid dapat membantu mereka untuk cepat hamil. Harus diingat bahawa folic acid bukanlah ubat ajaib bagi kesuburan.

Jadi janganlah terlalu mengharap ‘keajaiban’nya. Namun terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa folic acid boleh membantu kesuburan dan memberi faedah pada bayi yang berada dalam rahem.

Folic acid bukanlah ubat yang dicipta untuk merawat kesuburan. Folic acid (atau disebut juga folate) adalah vitamin semulajadi yang dicipta Allah dengan pelbagai faedah. 

Ia yang juga dikenali sebagai vitamin B9 sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel.

Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahem untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahem mungkin akan terjejas.

Pada tahun 1960 pakar-pakar perubatan mula mendapat bukti dalam kajian mereka bahawa kekurangan folic acid dalam tubuh wanita hamil boleh dikaitkan dengan penyakit akibat kandungan folic acid yang rendah pada bayi mereka. (rujuk Lanska, DJ. (2009). "Chapter 30: Historical aspects of the major neurological vitamin deficiency disorders: the water-soluble B vitamins". Handbook Clinical Neurology 95: 445–76.)

Oleh itu supplemen folic acid harus diberikan kepada wanita hamil sebaik sahaja disahkan hamil (sama ada melalui ujian air kencing atau pun ultrasound). Namun bagi kehamilan yang tidak dirancangkan, wanita berkenaan dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari. 

Ia harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ada beberapa kajian yang menunjukkan supplemen folic acid akan mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect. (rujuk : Shaw GM, Schaffer D, Velie EM, Morland K, Harris JA (1995). "Periconceptional vitamin use, dietary folate, and the occurrence of neural tube defects". Epidemiology 6 (3): 219–226)

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan supplemen folic acid ketika hamil, boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat anak yang mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah (lip and palate palate), kecacatan jantung (congenital heart disease), dan risiko lahir pramatang. (rujuk : Goh, YI; Koren, G (2008). "Folic acid in pregnancy and fetal outcomes". J. Obstet. Gynaecol 28 (1): 3–13.)


Mengapa pengambilan folic acid harus dimulakan sejak mula disahkan hamil? 

Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahem berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua, iaitu berusia melebihi 13 minggu, pengambilan folic acid boleh dihentikan.

Namun ia tidak menjadi mudarat jika pengambilannya diteruskan. Dos yang perlu diambil bagi wanita biasa ialah 400 microgram (0.4 mg) sehari. Bagi wanita yang hamil pula, dosnya ialah 600–800 micrograms. (rujuk : Health Professionals Recommendations, Folic Acid, NCBDDD, CDC Centre for Disease Control and Prevention, US).

Namun dos yang diberikan boleh ditingkatkan, bergantung kepada penilaian doktor yang merawat terutama jika wanita hamil itu mempunyai risiko yang tinggi iaitu :


  1. Mengalami masalah kecacatan pada bayi pada kehamilan yang lepas.
  2. Suami atau wanita itu sendiri mengalami masalah NTD.
  3. Wanita itu mengambil ubat sawan (epilepsy).
  4. Wanita itu mempunyai penyakit ceoliac disease, diabetes, sickle cell anaemia, atau thalassaemia.


Kekurangan folic acid ketika hamil juga boleh meningkatkan risiko kelahiran pamatang, perkembangan fizikal bayi dalam rahem yang terencat, dan menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah yang akan menyebabkan keguguran secara tiba-tiba atau kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti pendarahan disebabkan oleh placental abruption atau sawan ketika hamil (pre eclampsia). (rujuk : Scholl, TO; Johnson, WG (2000). "Folic acid: influence on the outcome of pregnancy.". The American journal of clinical nutrition 71 (5 Suppl): 1295S–1303S).

Sekurang-kurangnya wanita yang hamil harus mengambil makanan yang ditambah dengan folic acid atau makanan yang kaya dengan folate bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat kecacatan. (rujuk Wilton, DC; Foureur, MJ (2010). "A survey of folic acid use in primigravid women.". Women and birth : journal of the Australian College of Midwives 23 (2): 67–73.)

Folic acid dan kesuburan wanita dan lelaki

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Selalunya wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh masalah ini. Untuk mengurangkan risiko ini, para suami juga dinasihatkan untuk mengambil folic acid antara 700 – 1 000 mcg sehari. (rujuk : Young, SS; Eskenazi, B; Marchetti, FM; Block, G; Wyrobek, AJ (2008). "The association of folate, zinc and antioxidant intake with sperm aneuploidy in healthy non-smoking men". Human reproduction (Oxford, England)23 (5): 1–9.)

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ ke dalam rahem. Oleh itu bagi pasangan yang agak sukar mendapatkan zuriat, perlu mengambil supplemen folic acid sebagai usaha untuk merawat masalah kesuburan.

Ia bukanlah rawatan yang definitif, tetapi ia satu langkah yang membantu. Ia haruslah disertai dengan banyak berdoa kepada Allah. Jika masih tidak berjaya, harus berjumpa dengan pakar kerana mungkin masalah kesuburan yang dihadapi telah menjadi sesuatu yang lebih parah. (rujuk : Ebisch IM, Thomas CM, Peters WH, Braat DD, Steegers-Theunissen RP (2007). "The importance of folate, zinc and antioxidants in the pathogenesis and prevention of subfertility".Hum Reprod Update 13 (2): 163–74.)

Jika mengambil folic acid dengan kadar yang banyak, kemungkinan untuk mengalami keracunan akibat pengambilan dos folic acid yang berlebihan agak rendah kerana folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil folik asid secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Oleh itu dos yang disyorkan untuk pengambilan folic acid yang maksima ialah 1 000 mcg (1mg) bagi lelaki dan wanita dewasa, sementara bagi wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan bayi adalah 800 µg (0.8 mg).

RM58.75

B-Complex 120 kapsul 


Shaklee B-Complex with Folic Acid

Shaklee B-Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.


Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

B-Complex Shaklee mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten.


Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.

Ambil 1 tablet sehari selepas makan.











Nak buat belian online boleh klik >> NAK BELI ONLINE 
Atau boleh WhatsApp saya >> 01127794946 

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...