11 October 2018

Makna Penyusuan yang Eksklusif Yang Perlu Ibu Menyusu Tahu

Assalamualaikum

Semua ibu digalakkan menyusukan anak secara eksklusif sejak lahir sampai 6 BULAN.



Apakah Penyusuan yang Eksklusif?

Bermaksud hanya bagi susu ibu sahaja selama 6 bulan.


  • Tidak boleh bagi air.
  • Tidak boleh bagi air bergula.
  • Tidak boleh bagi bubur.
  • Tidak boleh bagi nestum.
  • Tidak boleh bagi makanan langsung.
  • Tidak boleh tambah susu formula. 
  • Tidak boleh tambah susu kambing.
  • Tidak boleh tambah susu lembu.
  • Tak boleh bagi minum jus.
  • Tak boleh bagi pisang.
  • Tak boleh bagi milo.


Kenapa Perlu Eksklusif Breastfeeding (EBF)


Kajian menunjukkan jika :


  • EBF selama 4 bulan jika dibandingkan dengan susu formula atau penyusuan tidak eksklusif, jangkitan kuman Paru-paru dikurangkan 72%. Jika EBF 6 bulan, dikurang lagi sebanyak 4 kali ganda.


  • EBF selama 3 bulan mengurangkan jangkitan kuman di dalam telinga sebanyak 50%, tetapi EBF 6 bulan boleh mengelak jangkitan kerongkong dan telinga yang lebih serious.
  • Penyusuan ibu saja mengurangkan kejadian Sudden Infant Death Syndrome sebanyak 45% tetapi EBF mengurangkan sebanyak 73%.


  • EBF selama 3-4 bulan mengurangkan asthma, eczema dan alahan kulit sebanyak 27%.


  • EBF 3 bulan mengurangkan risiko anak mendapat diabetes di masa depan selama 30%


  • EBF 6 bulan mengurangkan risiko leukaemia sebanyak 20%.


Kenapa Perlu 6 bulan EBF?


Selepas 6 bulan, bayi memerlukan lebih zat dan makanan yang lain untuk melengkap kan keperluannya selain daripada susu ibu saja.

Susu ibu perlu diteruskan secara sambilan tetapi bukan secara eksklusif.

Berikan makanan yang lembut dan lumat sambil menyusu. Tukarkan menu setiap hari supaya bayi mendapat zat-zat daripada pelbagai sumber yang lain untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang.

Tambah dengan penyusuan ibu mengikut selera anak yang membesar. Ada anak-anak yang ada selera makan yang baik, maka ibu boleh beransur-ansur mengurangkan penyusuan ibu untuk menggalakkan anak makan.

Ada anak-anak yang cerewet sedikit maka teruskan penyusuan sambil menggalakkan anak mencuba makanan yang lain.

Pada umur 8-9 bulan ke atas bayi mula belajar menyuap diri sendiri dengan makanan kecil 'finger food' kerana mula memahirkan diri untuk memetik dan memegang dengan jari-jari nya. Ini juga membantu perkembangan bayi dari segi 'hand-eye-coordination'.

Bayi juga belajar cara menguyah makanan dan dibiasakan dengan macam-macam rasa pemakanan. Ada yang mengatakan jika bayi mula makan lambat, selepas usia satu tahun, bayi itu mungkin akan lebih cerewet nak makan sebab tak biasa.

Ibu-ibu juga digalakkan untuk meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun atau lebih secara sambilan jika boleh, tetapi TIDAK secara eksklusif. Paling kurang sekali sehingga satu tahun jika anak-anak memakan makanan seimbang dengan cukup.

Susu lembu segar atau susu kambing segar (bukan yang mentah) hanya boleh diberikan selepas usia satu tahun. 

Anak kecil 12-24 bulan memerlukan di antara 1000-1400 kcal sehari bergantung kepada kecergasan dan aktiviti nya. Kalori banyak ini bersamaan dengan 1500ml atau 8 cawan mug susu ibu sehari. 

Susu ibu sebanyak ini mengandungi hanya 15mg protein dan 0.5mg calcium, tidak cukup untuk anak kecil yang aktif. Keperluannya sehari ialah 30mg protein, 700mg calcium dan 7mg zat besi serta zat-zat lain yang hanya boleh didapati dalam makanan seimbang.


Tanda-tanda bayi yang baru lahir yang tidak mendapat cukup susu ibu dan kelaparan:


  1. Tidak habis menyusu selepas 30 minit, kemudian minta lagi susu ibu dengan lebih kerap daripada setiap 2 jam dan sentiasa menangis.
  2. Bayi yang letih tidak bermaya dan tidur lama.
  3. Suhu badannya rendah, sawan, tangannya terketar, kulit warna kebiruan kerana kandungan gula dalam darah yang rendah (Hypoglycaemia)
  4. Nappynya kering selama 6 jam atau sedikit saja kencingnya
  5. Jaundice


Jika bayi anda menunjukkan perubahan ini, sila bawa ke hospital dengan segera.


Akhir sekali, jangan kecam ibu yang tidak boleh menyusukan bayinya sampai 2 tahun. Teruskan usaha ibu-ibu semua untuk menjayakan proses penyusuan bayi anda.

Kecik doakan ibu semua berjaya mencapai impian unutk menyusukan bayi sehingga berusia 2 tahun.






❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479


No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...