25 October 2018

5 PETUA MUDAH TAMBAH SUSU BADAN SUPAYA ANDA TAK PERLU TOP UP SUSU FORMULA

Assalamualaikum

Urusan menyusukan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Nampak mudah tetapi sangat lah sukar untuk dilaksanakan.

Setiap pengalaman menyusu pastinya berbeza-beza. Hanya perlu usaha dan belajar untuk kita mencapai tahap penyusuan yang lebih baik.

Seperti Kecik sendiri, penyusuan anak yang sulung mengalami cabaran tersendiri iaitu masalah puting payudara pendek.

 Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan

Anak kedua pula, juga ada cabaran juga. Tapi pengalaman diri sendiri dan pengalaman ibu-ibu lain banyak membantu Kecik dalam urusan penyusuan anak kedua.

Apa juga cabaran yang ibu hadapi, jangan mudah mengalah dan teruskan usaha. Jangan terlalu fikir sampai kita hilang fokus untuk menyusukan.

Hari ini Kecik share petua mudah yang ibu boleh lakukan sebagai usaha untuk menyusukan bayi. 





5 PETUA MUDAH TAMBAH SUSU BADAN


#1. Kerap menyusu


Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. 

Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu. 

Jadi ibu-ibu semua jangan komplen ye bila bayi sekejap-sekejap nak menyusu. Kerana ianya sangat bagus utk meningkatkan penghasilan susu. Konsep susu ibu ini based on "demand and supply". Kalau baby nak menyusu, bagi saja....=)

#2. Amalan tradisi


Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. 

Kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.


#3. Makanan herba


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. 

Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.



#4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. 

Paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Soya berupaya meningkatkan penghasilan susu kerana ia mengandungi kandugan protein yang dapat membantu dalam penghasilan susu ibu.


#5. Posisi yang betul


Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.



Ini adalah antara 5 Petua Mudah Tambah Susu Badan yang ibu boleh amalkan. Semoga ia bermanfaat buat ibu semua. 

Yang paling utama adalah jaga pemakanan kita, kerana apa yang kita makan itulah yang anak kita akan dapat. 

Kandungan utama dalam susu ibu adalah protein, kalsium dan air. Maka banyakkan pengambilan protein, kalsium dan air dalam diet seharian.


Klik >> CARA POWER PUMPING 

Klik >> LIMA POSISI MENYUSU YANG SELESA

Klik >> SET MENYUSU TERBAIK 



❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479


WhatsApp : 01127794946



No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...