29 October 2018

3 Teknik Pam Bantu Tambah Susu Ibu

Assalamualaikum.

Hari ini Kecik nak share cara pam yang paling berkesan untuk tambah susu badan dengan cepat dan mudahh.

Sesuai untuk ibu yang nak kembali bertugas untuk buat stok susu untuk di bekalkan kepada pengasuh.

Selamat mencuba tauuu ibu semua.


Teknik Pam Bantu Tambah Susu Ibu


#1 . Praktikkan Power Pumping untuk Bantu Tambah Demand

Power pumping adalah teknik untuk meransang payudara anda untuk menghasilkan satu permintaan yang lebih tinggi terhadap penghasilan susu yang lebih banyak. 

Ia dilakukan untuk meniru kekerapan penyusuan bayi yang mengalami peralihan bulan atau lebih dikenali sebagai ‘growth spurt’ yang mana kehendak bayi menyusu akan menjadi kebiasaanya lebih tinggi berbanding situasi normal secara berkelompok (cluster-like manner).

Cara lakukan Power Pumping klik >> POWER PUMPING


#2 . Pam atau Perah Sambil Menyusukan Bayi

Tandem nursing dan pumping, atau menyusukan bayi sambil memerah susu dapat meningkatkan refleks pengeluaran susu kerana kedua-dua payudara anda bekerja dengan serentak. 

Jadi, payudara anda akan berjaya untuk dikosongkan dengan lebih efisien. Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu untuk meningkatkan demand (permintaan susu) dan seterusnya meningkatkan kadar penghasilan susu anda.


#3 . Pam atau Perah Selepas Sesi Penyusuan

Dengan mempraktiskan pam atau perah selepas sesi penyusuan berupaya untuk memberi isyarat kepada badan ibu supaya menghasilkan lebih banyak susu. 

Ini juga memastikan payudara susu anda dapat dikosongkan dengan sempurna selepas sesi penyusuan.

Ibu boleh praktikkannya dalam masa 30 mins – 1 jam selepas menyusu adalah waktu yang terbaik. Sebaiknya jangan menunggu lama selepas menyusu bagi memerah. Pam ekstra 10 – 15 mins setiap payudara untuk bantu rangsang demand anda!


Okey sekian sahaja 3 teknik pam mudah yang boleh membantu merangsangkan lagi penghasilan susu ibu. 

Teruskan usaha untuk perjalanan penyusuan ibu semua. Kecik doakan ibu semua di murahkan rezeki menyusu . 

Klik >> LIMA POSISI MENYUSU YANG SELESA

Klik >> SET MENYUSU TERBAIK 



❤ Sharing With Love ❤

Kecik


ID 1116479

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...