13 September 2018

5 CARA MEMULAKAN PENYUSUAN PERTAMA BAYI AGAR TAK KEKOK

Assalamualaikum


Normal sebenarnya jika anda rasa sedikit berdebar dan kekok bila mahu menyusukan bayi buat kali pertama. 

Semuanya serba tak kena. 

Mula la fikir macam mana nak pegang bayi yang comel tu, macam mana nak kejutkan dia dan macam mana nak bagi dia buka mulut. 

Tenang ibu. Tarik nafas dan lapangkan fikiran.

Kecik kongsikan  Cara Memulakan Penyusuan Pertama Bayi Agar Anda Tak Kekok.




LIMA CARA MEMULAKAN PENYUSUAN PERTAMA BAYI AGAR TAK KEKOK


  • Relaks. 


Jika Perlu ambil nafas panjang supaya anda boleh bertenang. Selalunya saya akan buat keputusan sama ada mahu menyusukan secara mengiring atau pun duduk. 

Tapi masa awal-awal dulu memang sepenuhnya duduk kerana saya tak yakin. Jadi apa saya buat adalah mencari dinding untuk tegakkan postur badan.

Kemudian letak bantal kiri dan kanan tangan menyendal siku.



  • Pangku bayi dalam posisi yang selesa. 
Setelah rasa selesa baru saya akan riba bayi dan letakkan bantal yang nipis di bawahnya untuk mengelakkan saya rasa lenguh meriba.

Lagi satu kelebihannya ia akan memastikan bayi sentiasa dalam posisi yang betul dan saya tidak perlu menunduk.

Ingat, ketika menyusukan anda harus membawa bayi kepada anda (payudara) bukan anda yang menunduk kepada bayi.

Ini penting bagi mengelakkan anda sakit belakang dan urat susu bersimpul.
ibu yang hamil & menyusu memerlukan banyak kalsium.

Kalau tak cukup, jadilah macam ibu muda ini. Lebih kesian, gejala kekurangan kalsium membuatkan gigi anaknya juga decay...

  • Perlahan-lahan, sentuh bibir bayi dengan puting anda. 
Bau puting mampu membuatkan bayi membuka mulut. Ia adalah tindakan refleks yang terhasil apabila perkara ini di lakukan.

  • Tunggu sehingga mulut bayi terbuka luas sebelum membiarkan bayi memasukkan payudara ke dalam mulut.
Langkah ini penting bagi memastikan bayi melekap dengan betul bagi mengelakkan masalah puting luka dan berdarah.

Ibu-ibu boleh pastikan dengan memeriksa 4 tanda berikut:



  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Bibir bawah terjuih keluar.
  • Dagu menyentuh (atau hampir) payudara
  • Lebih banyak bahagian areola kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bawah.

Pelekapan  yang betul juga membantu bayi anda menghisap sebanyak mungkin susu dan mendapat susu yang secukupnya.

  • Jangan bimbang jika penyusuan kali pertama tidak berjalan dengan lancar. 

Anda telah memperkenalkan payudara anda kepada bayi. Dan anda berdua boleh mencubanya lagi.

Agak-agak rasa yang tak kena, boleh dapatkan nasihat dari kawan-kawan yang pro-penyusuan untuk membantu anda. Saya jamin mereka sudi meluangkan masa dan berkongsi semangat dengan ada.



Setiap penyusuan mesti ada cabarannya. Seperti Kecik juga ada cabaran dalam penyusuan. 


Ini adalah cabaran Kecik, Bagi yang ada masalah Puting Tengelam, ini adalah penyelesaian nya >>  Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan

Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...