Terlebih dahulu Alhamdulillah Kecik berjaya menyusukan DzulFiQar sehingga usianya 2 tahun 4 bulan.. 6 bulan secara eksklusif & bulan ke 7 Kecik perkenalkan dengan makanan pejal..
Sekarang giliran adiknya pula Dhia baru berusia 1 tahun 2 bulan. 6 bulan secara eksklusif & bulan ke 7 perkenalkan dengan makanan pejal.
Rezeki anak susu badan masih meriah dengan bantuan SET MENYUSU SHAKLEE . Bantuan & sokongan suami juga penting dalam tempoh penyusuan..
Kelebihan Susu Ibu Untuk Anak & Ibu
1. Ibu Kurus
- Badan kita membakar hampir 20 kalori untuk menghasilkan 1 ounce susu ibu.
- 5 ounce sekali anak menyusu, 100 kalori sudah terbakar. Sehari berapa kali anak menyusu.? Cuba kira berapa banyak kalori terbakar dalam sehari..
- Selain itu, menyusukan baby juga dapat membantu mengecutkan rahim kita secara semulajadi. Seterusnya mengecutkan balik perut kita. Jadi, boleh la kita pakai balik jeans sebelum hamil dulu =)
2. Hubungan Yang Kuat Bersama Anak
- Sesibuk mana pun seorang ibu, waktu menyusukan anak, mesti tetap akan meluangkan masa. Bila waktu menyusukan, si anak akan didakap, dan berada sangat dekat dengan ibu.
- Mata si anak akan menatap wajah si ibu. Masa nilah kita bercakap-cakap dan meluahkan rasa sayang pada si anak. Inilah antara saat-saat paling manis dalam hidup. Walaupun anak belum tahu cakap, tapi dia seolah-olah faham apa yang kita cakapkan dan apa yang kita rasa pada waktu tu.
- Hargai waktu menyusukan itu sebaik mungkin.
3. Ketenangan
- Ibu-ibu nie, mudah rasa stress, penat, gelisah, tapi bila susukan anak : terus rasa hilang semua perasaan tu.. Kan.?
- Masa kita susukan tu, hormon prolaktin dan oksitosin dirembeskan.
- Hormon inilah sebenarnya yang membantu kita menenangkan perasaaan dan meningkatkan rasa kasih sayang antara ibu dan anak. Hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental kita
4. Lebih Jimat
- Ibu tak perlu bersusah payah fikir nak bagi susu cap apa yang bagus. Ada alahan ke tidak. Sebab kita dah tahu yang anak kita mendapat susu terbaik di dunia
- Satu lagi ciptaan Allah yang tiada tandingan adalah bilamana kandungan khasiat yang ada dalam susu ibu ini lengkap dan berubah-ubah ikut keperluan baby pada satu-satu masa. Kandungan khasiat yang ada pada susu ibu bila anaknya berusia 1 bulan tidak sama dengan bila anaknya berusia 3 bulan. Indahkan ciptaan Allah.?
5. Memudahkan Ibu & Ayah
- Ibu atau ayah tidak perlu bangun malam bancuh susu, tak perlu siapkan bakul untuk pergi travel, tak perlu siapkan air panas. Tak perlu risau expired date susu. Cuma perlu bawa ibu kemana-mana sahaja.
6. Memeliharan Kesihatan Anak
- Anak yang baru lahir sangat rapuh, tak boleh menghasilkan antibodi sendiri sehingga umurnya 2 tahun. Penyusuan ibu mempunyai kebaikan dimana antibodi baby disediakan sendiri di dalam badan si ibu.
- Antibodi ini akan dihasilkan mengikut keperluan anak yang menyusu. Tak perlu jumpe doktor untuk minta ubat antibiotik. Dengan izin Allah susu ibu boleh menyembuhkan.
7. Memberi Perlindungan Terhadap Ibu
- Kanser payudara
- Kanser ovari
- Kanser rahim
- Endometrium
- Osteoporosis
- Mengurangkan insulin bagi penghidap diabetis
Alhamdulillah banyak sangat kelebihan susu ibu nie. Baik untuk ibu dan juga anak. InsyaAllah. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dapat melalui pelbagai rintangan dengan kuat demi memberikan anak tersayang kita titisan emas ini.
No comments:
Post a Comment