Teringat detik 12am 6 Jan 2013. Kesakitan mula terasa. Baring tak kena, duduk pun salah, jalan pun sakit. Itulah pengalaman pertama Farah sebagai seorang ibu hamil. Farah sudah 2 hari dimasukkan ke wad sebab tarikh bersalin sudah hampir tamat (overdue). Kesian melihat suami yang kena tidur di kerusi luar wad. Sebab hospital kerajaan, lelaki tak dibenarkan menjaga isteri di dalam wad.
Dalam tempoh Farah sakit jam 12 malam. Tempoh itu juga lah Farah berbalas sms dengan ibu dan suami. Pelbagai tips yang ibu suruh buat. Antaranya berjalan-jalan,rambut jangan diikat,lebihkan menyikat rambut. Dikesempatan itu juga, Farah bermaafan dengan ibu,ayah dan suami. Dalam waktu tu.,misi ada cek, dia kata belum lagi, baru 3cm..
Farah tahan sakit sampai lah jam 8 pagi. Seperti kebiasaannya, ibu hamil akan di panggil oleh doktor untuk pemeriksaan bukaan jalan. Beraturlah kami ibu-ibu nie. Adalah dalam 4,5 orang. Giliran Farah tiba,doktor beritahu jalan sudah buka 4cm dan sudah boleh di bawa ke dewan bersalin.
Di katil, Farah sms suami yang ketika itu baru keluar dari rumah untuk datang hospital. Farah yang suruh balik,tidur di rumah. Sambil kemas lah barang-barang Farah dan keperluan yang perlu dibawa ke dewan bersalin nanti, Farah makan sedikit roti dan minum susu yang diberikan oleh kakak katil sebelah. Untuk tenaga katanya, kan tak tidur 1 malam. Dah siap semuanya, suami pun dah sampai. Dia tolak Farah ke dewan bersalin.. Sempat lagi sms ibu. " Ibu doakan angah selamat "... Sayu hati..
Antara Yang Suami Perlu Buat
Terima kasih kepada suami yang banyak membantu. Bantuan tanpa perlu di suruh.
- Bawakan beg isteri - selain dari mengisi barangan bayi dan isteri, sebagai seorang suami ada baiknya jika anda membawa bersama baju sepersalinan untuk diri anda. Manakan tidak, proses nak mengeluarkan cahaya mata anda tu boleh menjadi sehingga 48 jam lamanya.
- Pegang barangan berharga isteri - selalunya orang tak bawa dah duit juta-juta nak pergi bersalin. Barang kemas pun kalau boleh biarlah bulan terakhir kehamilan tu tanggalkan siap2. Jadi suami kena jaga kad bank, IC, kad insuran dan kad2 yang anda tahu ia adalah penting dan tidak boleh hilang.
- Tenangkan isteri - sakit tu nak bersalin. Sekalipun tidak dapat melahirkan secara normal, mengeluarkan anak dari rahim tetap sakit. Jadi bukan salah si ibu lah kalau dia berbunyi2 mengeluh menahan kesakitan. Jadi di situlah peranan si bapa untuk tenangkan isteri. Tolong urut kat mana yang patut seperti urut kat bahagian kaki, usap2 kepala atau sekadar pegang tangan. Isteri anda tau sangat bahawa tidak banyak yang anda dapat lakukan untuk kurangkan kesakitan tapi sebenarnya banyak yang anda dapat lakukan untuk memberi dia ketenangan.
- Kalau perlukan apa-apa, dalam keadaan kesakitan tu, maka si suamilah yang akan mendapatkan sesuatu untuk kita.
- Jadilah seorang suami yang penuh dengan kata-kata semangat, "Umi boleh... sikit lagi... jangan mengalah umi... ingat ALLAH umi" dan lain-lain kata yang mungkin akan menjadikan isteri anda tiba-tiba ada power untuk teran keluar anak.Sokongan suami amat diperlukan
Suami Farah tak sempat nak buat yang nie, hanya mampu pengang erat tanganku setelah mendapat tahu bahawa isterinya perlu di bedah untuk menyelamatkan anak dan isterinya. ABBI, walaupun hanya genggaman tangan, itu sudah cukup itu tenangkan hati sayang ketika itu.
- Potong tali pusat - itupun kalau berani dan kalau dibenarkan oleh doktor dan misi lah. Seterusnya uruskanlah uri tu sebagaimana yang telah ditentukan. Semoga anak yang dilahirkan adalah anak yang soleh dan solehah.
Di saat sampai ke bilik pemedahan, hanya mampu menutup mata kerana terlalu letih setelah 1 malam tidak tidur.
Semoga anak yang dilahirkan adalah anak yang soleh dan solehah. Semoga diberi kemudahan untuk melahirkan. Aamiin....
Alhamdulillah sudah berusia setahun 11bulan anak ummi. Semoga anak ummi jadi anak yang soleh dan dapat menjaga ummi dan abbi bila kami sudah tua nanti.
Untuk suami ku sudah 3 tahun usia perkhawinan kita, terima kasih kerana sudi bersama diri ini yang serba kekurangan.
Semuanya berlaku dengan begitu cepat. Mohon maaf andai ada salah dan silap diri ini.
Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee
Johor.
No comments:
Post a Comment