Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.
Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.
Punca Pedih Hulu Hati Ketika Hamil
Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut.
Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.
Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.
Atasi Pedih Hulu Hati Ketika Hamil
- Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
- Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
- Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
- Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
- Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
- Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
- Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
- Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.
Kesan Makan Ubat Pedih Ulu Hati
Sesetengah ubat jenis antacid atau alginate yang boleh dibeli tanpa preskripsi dapat melegakan pedih ulu hati. Namun, periksalah dahulu dengan pakai obstetrik anda atau ahli farmasi. Anda perlu memastikan ianya selamat diambil semasa hamil dan ia merupakan rawatan yang betul untuk simptom-simptom anda.
Sesetengah ubat untuk pedih ulu hati boleh menyebabkan sakit perut, manakala sesetengah yang lainnya perlu dielakkan jika anda berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi atau praeklampsia.
Alginates membentuk lapisan perlindungan pada dinding perut dan esofagus. Ia lebih berkesan untuk simptom-simptom reflaks. Antacid pula meneutralkan asid perut dan berguna sebagai langkah berjaga-jaga. Tidak kira yang mana satu yang disyorkan kepada anda, pastikan anda tidak mengambil lebih daripada dos yang disyorkan.
Alginates membentuk lapisan perlindungan pada dinding perut dan esofagus. Ia lebih berkesan untuk simptom-simptom reflaks. Antacid pula meneutralkan asid perut dan berguna sebagai langkah berjaga-jaga. Tidak kira yang mana satu yang disyorkan kepada anda, pastikan anda tidak mengambil lebih daripada dos yang disyorkan.
Mengambil antacid pada waktu makan atau sebelum tidur mungkin dapat membantu mengelakkan pedih ulu hati.
Namun, jika anda turut mengambil pil zat besi, anda tidak boleh mengambil antacid pada waktu yang sama. Ini kerana, antacid boleh mengganggu penyerapan zat besi jika diambil dalam tempoh dua jam daripada pengambilan pil zat besi.
Jika perubahan yang dilakukan serta rawatan-rawatan yang anda jalani tidak dapat menyelesaikan masalah ini, hubungilah doktor anda. Beliau mungkin boleh mencadangkan langkah seterusnya.
Rawatan Lanjutan
- Pedih ulu hati biasanya bergerak dari belakang tulang dada hingga ke tekak. Sebaliknya, jika anda merasa sakit pada bahagian atas abdomen, di bawah tulang rusuk, ini mungkin tanda praeklampsia.
- Jika kesakitan itu berlaku pada bahagian kanan atas abdomen dan anda rasa loya, ini mungkin menandakan masalah hati yang berkaitan dengan kehamilan anda.
- Ada kemungkinan anda mengalami masalah pencernaan yang tidak berkaitan dengan kehamilan, seperti ulcer peptik.
- Jika anda rasa sukar untuk makan, berat badan anda menurun atau anda bimbang mengenai simptom-simptom lain seperti yang dinyatakan di atas, jumpalah doktor anda
Rujukan :- Babycenter
Supplement Cadangan
Peppermint Ginger Plus 90 biji ~ RM45.00 |
Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee
Johor.
No comments:
Post a Comment