Tips Antipenuaan
- Basahkan Muka terlebih dahulu sebelum mencuci muka dengan sabun untuk mengelakkan kulit daripada dihakis dan menjadi kering.
- Sewaktu mencuci muka, pastikan muka dicuci dengan bersih selama lebih kurang satu minit. Ini dapat mengeluarkan kekotoran yang tersekat di liang pori-pori dan menghilangkan minyak pada permukaan kulit muka.
- Ikut aturan penjagaan mula iaitu gunakan pencuci muka dahulu, diikuti dengan toner, serum untuk merawat dan akhir sekali krim penghalang sinaran matahari.
- Berikan sedikit masa selama lebih kurang 3 minit selepas memakai pelembap sebelum memakai krim penghalang matahari dan mekap. Ini untuk memastikan pelembap itu telah benar-benar meresap dalam kulit kita.
- Sebelum mengaplikasikan mekap, lalukan air sejuk pada muka untuk menutupi liang pori-pori.
- Gunakan krim penghalang matahari sepanjang masa pada siang hari.
- Dapatkan tidur yang secukupnya supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan kawasan sekeliling mata tidak sembab.
- Gunakan produk penjagaan muka yang bersesuaian dengan umur. Jika umur sudah mencecah 40-an, gunakan produk antipenuaan. Jika kulit berjerawat akibat perubahan hormon,gunakan produk antibakteria dan antijerawat yang bersesuaian.
- Jangan terlalu cepat berputus asa dengan sesuatu produk baru. Produk baru perlu diberi masa sekurang-kurangnya sebulan sebelum mendapatkan hasil yang diingini. Bagi produk antipenuaan pula, perlu dicuba selama 3 hingga 4 bulan sebelumm mendapat hasil kerana proses pertambahan kolagen mengambil masa agak lama
- Cuci mekap pada muka dahulu sebelum tidur. Jika muka tidak dibersihkan terlebih dahulu , kotoran dan kuman akan menyebabkan masalah jerawat pada kulit.
- Rawatan pada kulit tangan dan leher juga perlu dititikberatkan. Sapukan pelembap pada tangan dan leher untuk mengelakkan kulit kering dan berkedut. Sapukan juga krim pelindung matahari pada kedua-dua bahagian ini.
Itu sahaja tips yang Farah dapat kongsikan. Semoga tips ini memberi seribu manfaat kepada anda. Jangan mudah berputus asa atas segala usaha yang anda lakukan. Jika banyak bersabar dan berusaha, diakhirnya anda pasti dapat hasil yang terbaik yang anda tidak jangkakan..
Selamat Mencuba
Nak Cuba Produk Kecantikan Shaklee..?
Penjagaan luar dan dalam tanpa melakukan pemedahan. Tanpa perlu rasa sakit.
Penjagaan luar dan dalam tanpa melakukan pemedahan. Tanpa perlu rasa sakit.
Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee
Johor.
Thanks info nya :)
ReplyDeleteNonton film subtitle english