Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts
Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts

03 July 2018

Promosi Collagen Powder Harga Lebih Menjimatkan!

Assalamualaikum . Selamat Datang Julai 2018 . Alhamdulillah masih bernafas dengan kesihatan yang baik. Moga kalian juga berada dalam lindungan Allah & di beri kesihatan yang baik.

Hari nie Kecik nak bagitahu tentang promosi Julai yang Shaklee beri. 
Promosi yang ramai orang tertunggu-tunggu. Collagen Powder =)




Bukan senang nak tunggu Collagen ni ada offer tau. Beli 6 PERCUMA 1 atau boleh juga beli 2 dan dapatkan diskaun 5%. Jimat kan =)

Kecik nak kongsi sedikit kebaikan bila kita amalkan Collagen nie. Collagen dalam badan kita akan mula hilang sedikit demi sedikit pada usia 25 tahun.

Bila kolagen kurang dalam badan, mula lah muka kita keluar jeragat, masalah sakit lutut, kulit kendur, rambut gugur .. Sangat sesuai kita amalkan Collagen Powder ni.

Ha, jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ni. Hubungi Kecik sebelum terlambat =)


Sharing With Love

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

30 June 2016

Lutut Mak Semakin Baik & Sudah Boleh Sujud Tanpa Perlu Tahan Guna Tangan,

Orang kita di Malaysia terutamanya golongan muda tidak mengambil serius tentang sakit lutut dan menganggap sakit tersebut mudah dirawat dan akan sembuh dengan sendirinya. 

Sakit lutut juga dikenali sebagai Osteoarthritis (OA). Juga dikenali sebagai arthritis terutama di bahagian lutut.

Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). 

Sakit lutut boleh terkena kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu.

Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting. Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas. 

Mungkin kita tidak selesa untuk berjalan, menaiki tangga, berlari sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga mungkin terganggu. 

Ketidakselesaan ini semuanya akan berlaku, jika kita tidak mengubati sakit lutut dengan segera.

Image result for sakit lutut

Punca Sakit Lutut Boleh Berlaku

#1 Umur Semakin Meningkat


  • Semakin lama kita hidup di dunia, semakin kita dimamah usia. Umur semakin meningkat merupakan factor utama sakit lutut terjadi. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan. 
  • Antara simpton-simpton pelincir lutut kering dan berkurangan ialah tidak dapat berdiri lama, tidak mampu membengkokkan lutut dalam masa yang panjang dan memerlukan bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian.
  • Oleh itu, semakin umur meningkat, semakin sukar untuk kita mencegah kekurangan tulang rawan. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yg sihat seperti perbanyakkan minum susu untuk tulang serta mengamalkan pengambilan vitamin  C.


#2 Berat Badan Berlebihan @ Obesiti


  • Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan kita semakin bertambah atau berlebihan. 
  • Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya Osteoartritis, tulang rawan akan rosak dengan lebih cepat. Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada sendi-sendi yang menampung tubuh seperti lutut dan punggung. 
  • Jadi, jika anda berlebihan berat badan, kurangkanlah berat badan anda ke paras ideal sebagai langkah pertama mengatasi masalah sakit lutut.
  • Penyakit-penyakit lain ini termasuk reumatoid artritis (penyakit radang kronik yang menjejas sendi-sendi di tangan dan kaki) dan gout (sakit perit, bengkak dan merah di sendi-sendi yang biasa dialami kaum lelaki).


#3 Baka atau Keturunan


  • Termasuk dengan mutasi genetik yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA. Atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut. 
  • Jika ada anggota keluarga anda pernah mengalaminya, maka risiko anda menghidapi sakit lutut juga adalah tinggi. Faktor keturunan juga terjadinya masalah ini. 
  • Genetik yang ada pada pada ibubapa berkemungkinan ia terkena kepada anak-anak.Namun, daripada 5 adik beradik besar kemungkinan hanya 2 orang saja yang akan mewarisi penyakit ini. 
  • Terdapat kes ibu bapa mendapat penyakit ini, dan turun kepada anak-anaknya sehingga cucu-cicitnya juga mendapat penyakit yang sama. Sakit lutut bukanlah penyakit yang serius.
  • Namun jika tidak dicegah dan dirawat akan menyebabkan kelumpuhan sehingga tidak mampu berdiri.


#4 Jantina ( wanita lebih berpotensi )


  • Wanita lebih sering sakit lutut berbanding lelaki. Sakit lutut lebih banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. 
  • Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. 
  • Tekanan ini akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak. 
  • Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki disebabkan hormon, peningkatan kadar kolesterol, faktor pemakanan dan selepas putus haid.


#5 Tekanan Sendi Berpanjangan


  • Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih) seperti mencangkuk dan melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.  
  • Ini terjadi apabila pekerja itu membuat kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barangan yang berat, duduk terlalu lama, berdiri secara berterusan dan mengakibatkan tekanan pada sendi.
  • Pekerjaan seperti angkat barang berat, bawa lori terlalu lama dan bertani merupakan factor utama sakit sendi ini terjadi. 
  • Melakukan sesuatu pekerjaan terlalu lama mengakibatkan lenguh-lenguh kerana  tekanan berterusan kepada sendi.


#6 Cedera / Trauma


  • Khusus untuk atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. 
  • Pemain bola sepak, takraw dan tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, exercise yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi. 
  • Digalakkan sebelum dan selepas bersukan melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukan badan. Aktiviti ini supaya atlet tidak mengalami kekejangan ketika bersukan.
  • Atlet sering mengalami kecederaan seperti disepak, ditendang dan terjatuh hingga menyebabkan mereka terpaksa diusung keluar daripada padang. 
  • Kita harus mengambil langkah untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku.
  • Sakit lutut dan sendi (Osteoarthritis) merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.


Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang.

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. 

Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. 

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Rawatan Sakit Lutut

Nak menyampuk. husband akak konsisten 3 biji lecithin dan 3 biji ostematrix. Hampir setiap hari main takraw memang turun berat badan. Macam sakit tapak kaki semua hilang. Dia start aktif balik takraw dalam setahun nie. Btw, umur dia 45 tahun. Sukan memang banyak membantu.


Mak saya memang ada masalah sendi dekat lutut. Bendalir di lutut mak pernah kering dulu masa tahun 2013. Sampai satu tahap ligamen dekat bahagian lutut koyak. Mak terpaksa di tahan wad dan kena masukkan cecair dekat lutut.
Doktor kata biasanya cecair itu tahan paling lama 2 tahun. Paling cepat 6 bulan bergantung kepada keadaan. Dulu mak makan AJHT dan OMEGAGUARD. Kadang-kadang datang juga rasa sakit kat lutut. Mak tak boleh jalan jauh. 
Tapi sekarang dah dekat 3 bulan mak konsisten VIVIX dan COLLAGEN SHAKLEE .. Lutut mak semakin baik dan dah boleh turun sujud tanpa perlu tahan guna tangan. Alhamdulillah .. Mak turun naik tangga kat sekolah pun makin okey.
Semoga lutut mak makin baik. InsyaAllah. Senang mak nak beribadat.


 
 

26 December 2014

10 Cara Antipenuaan Yang Boleh Diamalkan

Kecantikan dan wanita sudah tidak boleh di pisahkan lagi.Pasti anda ingin tahu tips anti penuaan yang boleh di amalkan dalam rutin harian kita. Perlu dilakukan setiap hari bagi memastikan hasil yang terbaik. Jom sama-sama kita amalkan.






Tips Antipenuaan 


  1. Basahkan Muka terlebih dahulu sebelum mencuci muka dengan sabun untuk mengelakkan kulit daripada dihakis dan menjadi kering.
  2. Sewaktu mencuci muka, pastikan muka dicuci dengan bersih selama lebih kurang satu minit. Ini dapat mengeluarkan kekotoran yang tersekat di liang pori-pori dan menghilangkan minyak pada permukaan kulit muka.
  3. Ikut aturan penjagaan mula iaitu gunakan pencuci muka dahulu, diikuti dengan toner, serum untuk merawat dan akhir sekali krim penghalang sinaran matahari.
  4. Berikan sedikit masa selama lebih kurang 3 minit selepas memakai pelembap sebelum memakai krim penghalang matahari dan mekap. Ini untuk memastikan pelembap itu telah benar-benar meresap dalam kulit kita.
  5. Sebelum mengaplikasikan mekap, lalukan air sejuk pada muka untuk menutupi liang pori-pori.
  6. Gunakan krim penghalang matahari sepanjang masa pada siang hari.
  7. Dapatkan tidur yang secukupnya supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan kawasan sekeliling mata tidak sembab.
  8. Gunakan produk penjagaan muka yang bersesuaian dengan umur. Jika umur sudah mencecah 40-an, gunakan produk antipenuaan. Jika kulit berjerawat akibat perubahan hormon,gunakan produk antibakteria dan antijerawat yang bersesuaian.
  9. Jangan terlalu cepat berputus asa dengan sesuatu produk baru. Produk baru perlu diberi masa sekurang-kurangnya sebulan sebelum mendapatkan hasil yang diingini. Bagi produk antipenuaan pula, perlu dicuba selama 3 hingga 4 bulan sebelumm mendapat hasil kerana proses pertambahan kolagen mengambil masa agak lama
  10. Cuci mekap pada muka dahulu sebelum tidur. Jika muka tidak dibersihkan terlebih dahulu , kotoran dan kuman akan menyebabkan masalah jerawat pada kulit.
  11. Rawatan pada kulit tangan dan leher juga perlu dititikberatkan. Sapukan pelembap pada tangan dan leher untuk mengelakkan kulit kering dan berkedut. Sapukan juga krim pelindung matahari pada kedua-dua bahagian ini.
Itu sahaja tips yang Farah dapat kongsikan. Semoga tips ini memberi seribu manfaat kepada anda. Jangan mudah berputus asa atas segala usaha yang anda lakukan. Jika banyak bersabar dan berusaha, diakhirnya anda pasti dapat hasil yang terbaik yang anda tidak jangkakan..

Selamat Mencuba



Nak Cuba Produk Kecantikan Shaklee..?
Penjagaan luar dan dalam tanpa melakukan pemedahan. Tanpa perlu rasa sakit.







Hubungi Saya Untuk Tempahan Dan Maklumat Lanjut Mengenai Produk Shaklee



FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor. 

20 November 2014

Penuaan Secara Sihat

Pernahkah anda berada dalam situasi, ada orang yang tak dikenali menyapa anda dengan panggilan adik kerana rahsia awet muda anda? Walaupun sebenarnya anda lebih tua dari orang itu. Sebaliknya, pernahkah orang sekeliling memanggil anda kakak walhal anda sebenarnya lebih muda dari mereka?
Anda pasti tidak selesa jika anda kelihatan tua sebelum waktunya. Atau pun anda seorang yang makin berusia dan mencari informasi tentang anti-penuaan?




Gambar itu lah ibu Farah..Berusia 49 tahun., Biasa kalau jalan berdua jek, pasti ada yang sangka Farah adalah adik ibu walhal ibu anak bongsu. Ibu jawap " YA ". Sebelah tuu anak Farah,cucu ke-2 ibu.. Kawan-kawan ibu tidak percaya ibu sudah pon bergelar NENEK.. Nak tahu rahsia nya..?? Jom baca..


Perubahan Normal Aspek Fizikal


Semasa proses penuaan, kebanyakan warga emas mengalami perubahan-perubahan fungsi badan

  • Perubahan badan warga emas disebabkan oleh proses penuaan sel dan organ di dalam badan. Perubahan ini mungkin mengakibatkan perubahan fungsi badan, rupa bentuk dan pengalaman lain.
  • Sesetengah perubahan adalah ketara, contohnya sebelum umur 50 tahun, kebanyakan warga emas menghadapi masalah melihat objek dekat
  • Perubahan lain yang kurang ketara, contohnya kebanyakan warga emas mengetahui fungsi buah pinggang mereka sudah merosot hanya apabila penyakit buah pinggang sudah terjadi
  • Adalah susah untuk membuat anggaran kadar mana seseorang itu mengalami proses penuaan kerana setiap warga emas melalui proses ini dengan kadar yang berlainan
  • Tambahan pula, bagaimana seseorang itu menjaga diri sendiri akan mempengaruhi proses penuaan mereka
  • Bagaimanapun, perubahan tertentu adalah lebih ketara untuk semua golongan warga emas. Dengan mengetahui perubahan-perubahan yang mungkin akan dihadapi oleh warga emas, ia boleh menolong seseorang itu mengubahsuai diri untuk menghadapi perubahan tersebut

Tanda dan gejala


  • Untuk kebanyakan warga emas, kemerosotan fungsi organ semasa proses penuaan biasanya tidak akan menjejaskan keupayaan badan untuk melakukan aktiviti harian.
  • Warga emas biasanya mengesan kemerosotan fungsi organ hanya apabila melakukan kerja yang memerlukan lebih tenaga atau apabila sesuatu penyakit telah terjadi
  • Sebagai contoh, jumlah darah yang dipam oleh jantung semasa senaman yang berterusan berkurangan dengan umur. Warga emas mungkin mengesan perubahan ini hanya semasa mereka bermain tenis atau joging tetapi bukan semasa mereka sedang berjalan. Mereka mungkin mengesan perubahan fungsi otak hanya apabila mereka cuba belajar pengetahuan baru seperti bahasa baru
  • Kemerosotan fungsi yang lebih ketara biasanya berpunca dari faktor selain daripada proses penuaan sahaja. Masalah paling kerap dihadapi apabila sesuatu penyakit terjadi pada golongan warga emas. Penyakit mungkin menyebabkan kesakitan, kekeliruan, kesukaran pergerakan atau kemurungan




Pencegahan


  • Proses penuaan yang sihat boleh menangguhkan dan mengurangkan perubahan yang tidak diingini semasa proses penuaan
  • Sasaran proses penuaan yang sihat adalah untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental golongan warga emas, mencegah kejadian penyakit dan memastikan mereka sentiasa aktif dan berdikari
  • Amalan gaya hidup sihat terbukti boleh mengurangkan risiko terjadinya berbagai jenis penyakit yang mungkin boleh berlaku semasa umur meningkat
  • Amalan ini termasuklah mempraktikkan pemakanan seimbang, senaman berkala dan memastikan otak sentiasa cergas. Amalan gaya hidup sihat ini adalah penting untuk menjamin proses penuaan yang sihat




Kesimpulannya, untuk tubuh kita kembali normal dan sel-sel tubuh kembali sihat, tubuh memerlukan antioksidan secukupnya untuk mengatasi masalah penuaan ini. Antioksidan ini boleh diperolehi dari sumber pemakanan yang kaya dengan aktioksidan.



Suplement Cadangan




VIVIX : 150ml : RM 475.00
Collagen Powder : 15sachets : RM 298.00





Boleh Rujuk Disini Untuk Fungsi Setiap Produk 



Belian Secara Online


Nak Harga Murah..? Set Anti Penuaan Bajet..? Boleh

Hubungi Saya


FArah @ Kecik Sangat
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat , Johor.



01 September 2014

Collagen Powder Shaklee ~ Ingin Kelihatan Muda

Ingin menjadikan kulit lebih muda menawan tanpa kedutan menjadi idaman setiap orang terutama kaum wanita. Sentiasa berfikir,kerja keras,tension menjadi salah satu pentebab kulit menjadi kendur dan nampak berusia berbanding usia sebenar. Collagen Powder Shaklee dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda.



Shaklee Collagen Powder

  • merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, 
  • dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda.
  •  Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
Shaklee Collagen Powder Untuk.?
  • Bertindak mengecilkan pori-pori yang kelihatan di wajah
  • Membantu menghilangkan kedutan dan garis halus diwajah
  • Melembab kan kulit wajah 
  • Membaiki kulit tidak sekata diwajah dan mengurangkan jeragat diwajah
  • Menjadikan rambut lebih sihat,tidak gugur dan rambut bersinar
  • Menjadikan kulit lebih anjal dan tegang
  • Memberi kesihatan untuk sendi dan menguatkan tulang


Promosi Collagen Powder Shaklee 
SEPTEMBER 2014


Hubungi Saya untuk tempahan dan Lebih penjimatan
Farah - 011-27794946 (sms/whatsapp)
FB :- Kecik Sangat 

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...