Kadang-kadang berjalan di shopping complex, tangan dia cepat saja memukul siapa sahaja yang sama taraf dengannya. Geram je Farah dengan tangan dia.. Dah lah tak kenal. Suka-suka je sepak anak orang.
Apakah jenis karektor anak anda? Sebenarnya perkembangan sosial si manja boleh dirangsang oleh ibu bapa sendiri. Bersosial tidak hanya meliputi kemahiran bercakap dan bagaimana untuk mendapatkan kawan. Ia meliputi etika dan tata cara yang betul dalam pergaulan seharian.
Jom kita belajar sebapa sedikit cara untuk mendidik anak kita.
1.Berikan perhatian
Kanak-kanak sering menunjukkan masalah sosial dan perkembangan yang tidak normal apabila mereka kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Cuba tambah sesi bermain bersama, berkomunikasi dan kurangkan penggunaan perkataan “tidak” atau “jangan”. Berikan mereka peluang meneroka persekitaran.
2.Rakan bermain
Sekiranya anda keluar bersantai minum petang bersama rakan, rancang sekali perjumpaan anak anda dengan anaknya (sebaya atau usia tidak jauh beza) supaya mereka boleh bermain bersama. Biarkan mereka berkenalan dan bermain bersama sementara anda dan rakan dengan aktiviti orang dewasa.
3.Bawa keluar
Bawa si kecil ke majlis atau tempat yang mempunyai ramai orang. Contohnya, majlis keramaian atau perpustakaan. Kanak-kanak akan menyerap apa yang dilihat. Mereka boleh melihat dan mendengar pelbagai jenis komunikasi. Bawa juga anak bermain di taman permainan. Sambil bermain, mereka akan belajar bergaul dengan kanak-kanak lain. Si kecil perlu dilatih untuk berkongsi, menyelesaikan konflik sesama rakan sebaya serta menikmati keseronokan bermain bersama.
4.Berlakon bermain
Luangkan masa bersama untuk mencipta satu permainan suasana. Misalnya anda melakonkan watak tertentu dan dia pula memegang peranan watak yang perlu berkomunikasi. Sebagai contoh, anda melakonkan watak pesakit dan anak menjadi doktor atau jururawat. Gunakan dialog yang sopan, perkataan yang mudah dan suasana yang mesra dan ceria. Ia melatih anak menjadi kreatif dan bijak bersosial.
5.Kelas hujung minggu
Kini ada banyak kelas bersosial khusus untuk kanak-kanak pada hujung minggu. Anda boleh pilih mana-mana yang sesuai mengikut minat dan personaliti si manja seperti kelas memasak, kelas kraf, kelas berenang dan sebagainya. Selain belajar kemahiran berkomunikasi, mereka juga menimba ilmu yang bermanfaat.
Sekian sahaja untuk entry kali ini. Semoga ia membari manfaat kepada pembaca semua. Farah pun kena cuba juga. Apa pun ini adalah cadangan sahaja,anda boleh menambah cara anda mendidik anak anda mengikut kesesuaian anda. Terima kasih, jumpa lagi.
Mengenai Shaklee ..?
FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor.
No comments:
Post a Comment