22 December 2014

11 Tahun Perkenalan,Tetapi Masih Belum Bersua Muka

Ini adalah kisah Farah sendiri yang berkenalan dengan seorang sahabat susah senang,tetapi masih belum bersua muka sehingga kini. 





Nurul Ain berasal dari Mersing Johor adalah sahabat Farah susah dan senang. Kami berkenalan sejak berusia 15 tahun (2003) ketika Ain datang ke sekolah Farah untuk Pertandingan Kawat Kaki Kadet Remaja Sekolah yang ketika itu sekolah Farah menjadi tuan rumah untuk pertandingan itu.. Semua sekolah di Johor,datang ke sekolah Farah.( SMK TUN AMINAH BATU PAHAT ).Ketika itu, Ain menginap di kelas yang Farah belajar. Meja di kelas Farah sudah di sampul dengan kertas hadiah untuk mencantikkan kelas ketika itu.Di meja, Farah letak lah sedikit gambar Farah dan rakan-rakan sekolah ketika itu. Biase lah perempuan mesti nak letak macam-macam di meja masing-masing.

Setelah selesai semua acara dan keadaan kembali sediakala, Farah jumpa 1 surat yang terselit di meja Farah. Surat pertama yang Ain bagi pada Farah.. Surat salam perkenalan. Dengan berbekal alamat yang diberikan, Farah pun balas surat Ain.. Kemudian pos. Setiap minggu kami akan mengutuskan surat dan berlanjutan sehingga masing-masing sudah tamat di alam persekolahan. Kad hari raya. Kad hari lahir. Surat 2,3, keping. Masing-masing bercerita apa yang berlaku. Luahan rasa. Lepas SPM, Farah sambung STPM,Ain pula sambung belajar di Kolej. Ketika tu, kami dah kurang berutus surat..

Farah berharap akan berjumpa dengan Ain semasa perkhawinan Farah pada NOV-2011,tetapi tidak kesampaian. Yela,perempuan bukan boleh berjalan jauh seorang diri kan.? Tidak mengapa. Sehingga kini, kami masih lagi mencari masa dan waktu yang sesuai untuk kami berjumpa.. Bayangkan sudah 11 tahun kenal,tapi tak pernah jumpa. Perhubungan yang diluar jangkaan kami. Masih boleh kekal walaupun jauh. Tidak bersua muka,. Tanpa jemu bertanya kabar. Tanpa jemu menulis surat. Sekarang nie moden sikit, berwhatsapp.. 

Harapan Farah, semoga kita dapat bersua muka suatu hari nanti. InsyaAllah...
Sahabat selamanya. Ingin menitiskan air mata ketika menaip enrty ini. Seperti sudah tiada masa lagi. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhirnya.

Akhir kata. Andai benar-benar ikhlas, seburuk mana pun kita, sejahat mana pun kita, sahabat pasti menerima kita seadanya. Andai benar-benar sahabat sejati, pasti dia kan setiasa ada di sisi anda susah dan senang. 


.Nurul Ain Binti Sariff VS Nurul Farahdila Binti Paiman.



FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan BAtu Pahat ,
 Johor.

1 comment:

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...