Terutama bagi ibu bakal kembali memulakan tugas selepas tamat tempoh cuti berpantang dan perlu meninggalkan si kecil di rumah pengasuh atau taska.
Pelbagai cara dan tip sudah dilakukan termasuk menukar jenis botol susu namun si kecil tetap menolak kerana hanya mahu menyusu badan.
Ibu perlu bersabar dalam memastikan proses penyusuan melalui botol dapat dijalankan.
Bayi perlu diberikan susu ibu hingga berusia dua tahun yang ditambah dengan pemberian makanan bersesuaian dengan usia selepas melepasi usia enam bulan.
Cara Mengajar Bayi Menyusu Menggunakan Botol
1. Jadikan masa penyusuan botol seperti satu sesi bermain bukan satu sesi yang memberi tekanan. Lakukan pada ketika pagi kerana si kecil tersayang berada dalam keadaan ceria dan segar.
2. Elakkan daripada terus penyusuan badan ketika bayi menolaknya menggunakan botol, lanjutkan sesi dengan bermain dengannya dan cuba sekali lagi memberikan botol.
3. Boleh juga memberi penyusuan menggunakan botol ketika keadaan si kecil baru bangun daripada tidur dan masih mamai.
4. Sekiranya si kecil hanya menghabiskan setengah jumlah susu, ibu boleh lanjutkan dengan penyusuan secara terus sekiranya perlu.
5. Berikan botol susu di dalam kerusi bayi, kereta dorong bayi atau di atas sofa namun perlu pastikan posisinya dalam keadaan tegak dan selamat.
6. Cuba berikan botol susu ketika sedang bersiar-siar di luar rumah.
7. Ibu boleh memulakan sesi penyusuan dengan payudara sebelum diteruskan dengan pemberian susu botol.
8. Elakkan daripada anak kelaparan semata-mata kerana mahukan mereka menyusu menggunakan botol.
9. Sekiranya si manja menolak pemberian susu menggunakan botol yang diberikan si ibu, boleh meminta bantuan suami, ibu, ibu mentua namun dalam masa sama si ibu perlu berada di tempat lain.
10. Sekiranya si manja masih menolak, jangan terlalu risau, kadangkala si comel menerima penyusuan botol ketika berada di rumah pengasuh atau taska.
Kecik juga buat cara ini sewaktu anak sulung dahulu. Ketika itu masih bekerja. Jadi 10 cara ini sangat laa membantu untuk ibu mengajar anak menyusu dengan botol.
Untuk anak kedua, memang Kecik sudah tak bekerja, tetapi masih ajar menyusu guna botol untuk memudahkan kita lakukan tugasan harian. Dan juga mudah untuk kita tinggalkan anak dalam jagaan orang lain.
Jadi kepada ibu menyusu semua, boleh lah buat salah satu daripada 10 cara yang Kecik share.
Paling mudah, dari awal kelahiran, ibu dah boleh mula ajar bayi guna botol. Waktu malam sahaja baru direct menyusu.
Insya Allah cara ini dapat membantu ibu menyusu yang bekerja dapat menyusukan anak dengan susu ibu sehingga anak berusia dua tahun..
Meh amalkan MilkBooster Shaklee . Klick >> MILKBOOSTER SHAKLEE
❤ Sharing With Love ❤
No comments:
Post a Comment