Kalau baby anda jenis kerap menyusu malam, jangan mengeluh sebab letih dan mengantuk.
Sebenarnya ibu patut bersyukur dan tersenyum kerana ada beberapa kelebihan yang akan
dinikmati.
Menyusukan anak kerap waktu malam ada banyak kelebihannya. Mungkin ada sesetengah
orang beranggapan sepatutnya baby tidur saja di waktu malam dan tidak perlu bangun
menyusu. Ibu boleh tidur lena tanpa gangguan.
Kelebihan Menyusukan Anak Di Waktu Malam
#1 Hormon Prolaktin
Hormon prolaktin yang menghasilkan susu, tinggi di waktu malam.
Dengan hisapan baby yang efektif akan merangsang penghasilan susu yang cukup untuk anak dan berpanjangan.
Di samping itu juga, hormon prolaktin yang sentiasa tinggi memberi peluang ibu tidak period dalam tempoh tertentu dan boleh merancang dengan syarat peka dengan perubahan badan.
Ada yang datang haid yang terlalu sedikit atau spot dan boleh mengandung selepas itu.
#2 Lebih Selesa
Waktu malam, suasana yang sejuk mempengaruhi ragam baby dan juga kandungan susu ibu.
Susu ibu tinggi lemak pada waktu malam boleh meningkatkan berat badan anak. Anak pula berasa selesa dengan suasana yang sejuk dan seronok melekap dengan ibu.
Bagi yang bekerja, dikala inilah anak melepaskan rindu setelah seharian ditinggalkan.
#3 Lemak Susu
Sedutan baby dapat mengeluarkan lelemak kristal dari saluran yang terbentuk di waktu siang semasa bekerja yang mana jadual memerah kerap 2-3 jam sekali adakala tidak dapat dipatuhi.
Lebih-lebih lagi memerah 3-4 jam sekali menambah keadaan pembentukan kristal
lelemak di saluran susu yang boleh mengganggu kelancaran pengeluaran susu.
#4 Sedutan Bayi Yang Paling Dalam
Sedutan baby mampu menyedut susu yang paling dalam dan ia tidak sama langsung dengan sedutan pam.
Rhythm hisapan baby memang unik. Menolak areola ke atas dengan lidahnya dan bibir pula menyedut keluarkan susu yang mana hisapan baby mampu mengeluarkan susu
dari semua arah.
Berbanding dengan pam yang mengeluarkan susu hanya dengan teknik menekan areola.
#5 Lebih Tenang
Kita dapat susukan anak dengan tenang setelah seharian bergelumang dengan kerja pejabat yang tidak pernah habis, hormon oksitosin yang dirembes boleh membantu ibu berehat serta dapat mengurangkan tekanan emosi ibu.
Posisi berbaring dan mengiring bantu ibu berehat . Aturkan kedudukan yang selesa dan alaslah bantal di mana-mana yang sesuai.
#6 Dapat Elak Bayi Tersedak Susu
Susukan anak dengan kerap dan kita kerap terjaga dapat membantu kita melihat keselamatan anak ketika menyusu.
#7 Melatonin
Melatonin yang kita sebut-sebut kepentingannya untuk kesihatan kita dewasa tidak dihasilkan oleh baby dan ia terkandung dalam susu ibu waktu malam.
Tryptophan dan serotonin juga ada peranannya. Hormon ini membantu baby sihat dan baby diawal kelahiran tidak dapat bezakan siang atau malam sehingga beberapa bulan.
Kecik doakan perjalanan penyusuan ibu menyusu sekalian berjalan dengan lancar.
Nikmatlah detik indah menyusukan ini. Pahat kenangan ini dalam ingatan ibu semua. =)
Meh amalkan MilkBooster Shaklee . Klick >> MILKBOOSTER SHAKLEE
❤ Sharing With Love ❤
Kecik
ID 1116479
No comments:
Post a Comment