19 August 2018

Air Susu Ibu Dah Tak Ada? Apa Yang Perlu Ibu Buat?

Assalamualaikum

Sudah menjadi impian setiap ibu untuk menyusukan anak sepenuhnya sekurang-kurangnya hingga umur 2 tahun. 

Namun, ada ketikanya, supply susu makin berkurang membuatkan ada ibu yang mula putus asa. Ada yang merasakan perkara itu normal dan mula memberikan susu formula. 

Malangnya, apabila susu formula mula diberi kepada anak, supply susu menjadi semakin kurang.


Jadi bagaimana nak banyakkan susu badan semula? 



Konsep penyusuan adalah mudah. DEMAND AND SUPPLY.  Bila ada permintaan susu, kilang susu akan bekalkan susu itu. Gunalah milkbooster canggih macam mana pun, kalau demand sikit, hanya sedikit lah susu yang dihasilkan oleh kilang susu.




Tips banyakkan susu badan semula



1. Kerapkan bagi baby menyusu dan pam susu

Apabila baby nak susu, cubalah bagi susu badan. Namun, ada baby yang mengamuk kan, kalau susu tu sikit. Kalau macam tu, boleh bagi susu dalam botol dulu (kalai baby dah besar). Bila dia dah tak terlalu lapar, boleh la bagi direct feeding untuk rangsangan pada kilang susu supaya hasilkan susu.

Apabila ada rangsangan hisapan dari baby, kilang susu akan penuhi permintaan itu dengan menghasilkan susu.

Tingkatkan signal keperluan susu juga dengan pam susu. Seeloknya, susun jadual pam susu dengan teratur. Pam susu 2-3 jam sekali. Jika anda wanita bekerja boleh pam pada pukul 5 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari , dan waktu malam. (Ini hanya cadangan, boleh sesuaikan dengan jadual anda) 

Jika berada di rumah bersama anak, Kecik sarankan supaya anda hanya pam sebelah payudara supaya anak dapat menyusu pada sebelah payudara lagi.


2. Buat power pumping

Power pumping seeloknya dilakukan pada waktu malam.

Cara Power pumping:



Pam susu selama 20 minit



Rehat 10 minit



Sambung pam susu 10 minit



Rehat 10 minit



Sambung pam susu 10 minit



Jumlah masa: 1 jam




3. Pam susu walaupun payudara belum penuh

Pam susu ikut jadual walaupun susu pada payudara belum penuh.



4. Kosongkan payudara setelah pam

Setelah pam susu, guna tangan untuk betul-betul kosongkan payudara. Selalunya,  jika guna tangan, masih ada susu yang akan keluar walaupun ketika pam kelihatan seperti sudah habis susu keluar.


5.  Minum banyak air suam 

Air suam merangsang penghasilan susu yang lebih banyak.


6. Makan makanan seimbang

Dapatkan sumber karbohidrat, protein dan vitamin daripada makanan. Makan makanan yang bervariasi mampu banyakkan susu.


7. Penggalak Susu

Boleh ambil supplement penggalak susu bagi membantu penghasilan susu ibu. Set Menyusu Shaklee adalah pilihan yang terbaik.


Untuk Belian Online Set Menyusu / Berpantang Shaklee ini . Boleh klik di gambar . Bayaran akan di lakukan dengan kredit kad / debit kad . 
RM 666.25 . 

Sila wasap saya untuk dapatkan harga RM 533.00 . Harga ini adalah jika anda sudah mendaftar sebagai ahli. Whatsapp saya untuk pendaftaran ahli. =)



Sharing With Love

🍃Your Shaklee Health Consultant & Business Leader🍃

Kecik

ID 1116479

WhatsApp : 01127794946

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...