19 July 2018

Tips Rawat Carpal Tunnel Syndrome (CTS) atau Dikenali Sebagai Kebas Dan Sakit Pada Pergelangan Tangan

Tidur yang lena dikejutkan dengan rasa sakit bak ditusuk jarum di jari dan pergelangan tangan. Berulang kali tangan dan jari diusap atau disapu minyak panas bagi menghilangkan cetusan ras itu, namun sakitnya seakan-akan tiada tanda berkurangan.

Keadaan itu tidak berterusan sakitnya dan hanya hilang selepas beberapa minit. Rasa sakit itu kembali selepas beberapa jam yang menyebabkan tangan mulai kebas dan sukar menggenggam atau memegang barangan.



Bagaimana Kebas Tangan Ini Berlaku?



  • Kebas pada jari dan sekitar tangan adalah perkara biasa yang boleh berlaku terutama ketika cuaca sejuk atau posisi tangan tidak betul ketika tidur.
  • Kebiasannya ia berlaku seketika dan pulih secara sendiri. Namun, ia juga boleh disebabkan pelbagai masalah kesihatan lain jika simptom berterusan.



Menurut Perunding Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Beacon Dr Terence Tay Khai Wei, antara masalah kesihatan yang dikenal pasti ialah sindrom Terowong Carpal atau lebih dikenali Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

CTS ialah penyakit berkaitan saraf dan apabila saraf terganggu atau tidak berada dalam keadaan sewajarnya tangan khususnya pergelangan dan jari berasa kebas serta tidak selesa.

Terletak di bahagian nadi pada pergelangan tangan manusia, ada bahagian yang membentuk seolah-olah terowong atau lebih dikenali sebagai Terowong Carpal.

Di dalam terowong ini, banyak beberapa tisu penting yang melaluinya termasuk saraf. Dalam keadaan tertentu, saraf ini akan terhimpit menyebabkan kebas terutama pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.

Kawasan itu yang dikawal saraf di dalam terowong terbabit. Kesakitan akan berlaku disebabkan kawasan terowong yang menjadi sempit berikutan tisu sekeliling mengembang lalu menghimpit saraf berkenaan.

Ia juga boleh berlaku pada kedua-dua tangan dan bukan hanya pada tangan yang dominan.


Kebas Tangan Sering Berlaku Pada Golongan:



  • Masalah obesiti
  • Diabetes
  • Penyakit artritis
  • Mereka yang pernah mengalami kecederaan di pergelangan tangan 
  • Wanita hamil 
  • Warga Emas
  • Atlet Sukan


Peratusan wanita yang mengalaminya pula tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki. Ia berlaku kerana pergelangan tangan wanita lebih kecil tetapi saiz terowong yang sama seperti lelaki membuatkan saraf di bahagian terbabit cenderung untuk terhimpit.


Cara Kurangkan Rasa Sakit Kebas Tangan



  • Bagi mengurangkan simptom atau rasa sakit yang dialami, Dr Tay menyarankan pengambilan vitamin seperti B6 dan B12.


  • Pembedahan akan dilakukan sekiranya rawatan awal tidak berkesan. Ini biasanya mengambil masa pendek dan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu untuk sembuh. 


  • Pemedahan ini dilakukan bagi membesarkan laluan saraf, selain pengambilan vitamin yang membantu peredaran darah lalu mengurangkan rasa sakit, kebas atau tidak selesa pada tangan.
  • Kurangkan penggunaan peralatan elektronik dalam tempoh lama. Ini membolehkan pergelangan tangan berehat daripada terlalu banyak melakukan bebanan.
  • Rehatkan tangan selepas 15 minit menaip atau menggunakan komputer. Jika terpaksa menggunakan komputer pada tempoh lama untuk menyiapkan tugasan, kerap lakukan senaman regangan pada pergelangan tangan yang hanya mengambil masa kurang seminit.
  • Gunakan pelapik yang boleh digunakan ketika menaip di komputer bagi mengurangkan bebanan dan rasa tidak selesa pada pergelangan tangan.
  • Bagi golongan berisiko, digalakkan menggunakan sokongan pada tangan ketika tidur untuk mengelakkan tangan terlipat.

Urutan Ringkas Atasi Masalah Sakit Tangan



  • luruskan tangan di depan dada pada laras 90 darjah. Tegakkan tapak tangan. Gunakan tangan kiri untuk menolak tapak tangan kanan ke belakang. Tahan selama 15 saat.


  • Ulang perkara sama pada tangan kiri. Seterusnya, rapatkan kedua-dua tapak tangan di dada. Tekan lembut kedua-duanya dan tahan antara 15 ke 20 saat.


Vitamin Kebas Tangan




Shaklee B-Complex 

Membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.

Mengandungi Vitamin B1, B6 dan B12 yang khusus untuk fungsi saraf dan memperbaiki peredaran darah di dalam tubuh.

Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

Ostematrix

Ostematrix bukan sekadar mengandungi kalsium tetapi turut mengandungi magnesium yang membantu penyerapan kalsium ke dalam tubuh. 

Ia berfungsi untuk menguatkan tulang dan gigi. Selain menjaga kekuatan tulang, ia juga membantu mengelakkan masalah kejang dan kebas terutamanya ketika hamil.  

Selain itu ia juga membantu melembutkan najis dan melancarkan pembuangan terutama kepada mereka yang menghadapi masalah sembelit.

Omega Guard

Minyak Ikan Omega 3 ini berfungsi untuk melancarkan perjalanan aliran darah ke seluruh badan. 

Ia juga bertindak sebagai anti radang yang mengurangkan kesakitan kepada  sendi dan saraf yang bermasalah. 

Istimewanya lagi minyak ikan Omega ini berupaya menyingkirkan kolesterol yang berlebihan daripada tubuh, iaitu salah satu punca penyempitan salur darah yang boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi.




Whatsapp Kecik >> NAK BELI SET KEBAS


Sharing With Love

Kecik

ID 1116479




No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...