21 July 2018

Pengambilan Nanas Mungkin Tidak Akan Menyebabkan Keguguran, Namun..

Assalamualaikum

Bercerita pasal nenas dan kehamilan, pasti ramai yang tidak makan nenas waktu hamil kerana takut keguguran. Perkara nie memang sudah biasa diperkatakan.

Kesian pada ibu yang benar-benar mengidam dan teringin nak makan nenas. Ada juga yang mengalami masalah morning sickness yang tak boleh makan makanan lain kecuali nenas.

Sebelum tu, kita ambil ilmu dulu pasal nenas. =)



Khasiat Buah Nenas

Nenas membekalkan 100% kandungan Vitamin C yang diperlukan oleh badan kita seharian. Selain itu ia juga mengandungi:


  • Folate
  • Iron
  • Magnesium
  • Copper
  • Vitamin B6


Nutrisi ini sangat penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan kita sendiri.

Bahaya Makan Nenas Waktu Kehamilan


Asid yang ada pada nenas boleh menyebabkan kepedihan ulu hati atau reflux. Pada ibu yang mempunyai masalah perut sensitif perlu berhati-hati. 

Ada juga ibu yang akan mengalami masalah elegik makan nenas . Contohnya :


  • gatal atau bengkak pada mulut
  • kesan pada kulit (gatal dan sebagainya)
  • asma
  • selesema
Segera berjumpa doktor ye. Elegik ini selalunya akan berlaku dalam beberapa minit selepas makan nenas.

Nenas mengandungi bromelain yang tidak digalakkan diambil semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan pemecahan protein dalam badan dan menyebabkan pendarahan.

Kandungan bromelain yang ada dalam nanas tidak banyak. Tetapi untuk mendapat kesan pendarahan, ibu perlu makan sehingga 7 ke 10 biji nenas pada satu-satu masa. Banyak tauuu.. Mahu lidas dibuatnya. =)


Pengambilan nenas pada kadar biasa tidak akan membahayakan kandungan. Bersederhanalah dalam setiap perkara, termasuklah dalam pemilihan makanan.

Sekiranya ibu-ibu masih ragu-ragu nak mengambil nenas dapatkan nasihat doktor sebelum makan. 

Sharing With Love

Kecik

ID 1116479





No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...