16 July 2018

Ibu Perlu Ada Keperluaan Ini Untuk Menyusukan Bayi

Assalamualaikum

Perjalanan untuk menjadi seorang ibu menyusu amatlah panjang. Banyak perkara perlu dilalui. 

Banyak ilmu menyusu perlu dipelajari. Banyak juga dugaan perlu ditempuh. Lagi-lagi sekarang nie ada " Makcik Bawang " . Ibu-ibu kena kuat.. Tabahlah harunginya.

Kecik nak kongsi sedikit pengamalan yang Kecik dah lalui dalam tempoh penyusuan.

Produk penting yang perlu ibu menyusu sediakan untuk membantu ibu nanti.


  •  Nipple Shield


Nipple Shield nie membantu ibu dalam urusan awal penyusuan. Untuk peringkat awal, ada ibu-ibu yang mengalami masalah puting payudara tenggelam.

Jadi ibu boleh guna Nipple Shield nie sebagai bantuan awal untuk mengeluarkan susu yang pertama.

                        Klik >> Puting Ibu Pendek Boleh Menyusukan



  •  Pam Menyusu / Breast Pump



Ia digunakan untuk memerah susu badan. Biasanya ia diperlukan untuk memerah dan menyimpan susu untuk bekalan.

Pilih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk beli. Boleh minta pendapat kawan-kawan apa jenama pump yang bagus.

Ada pump manual dan automatik.. 


  • Pad menyusu / Breast Pad


ibu menyusu perlu gunakan untuk lapik payudara nie.. Biasa susu akan melimpah jadi baju basah. Bila dah pakai alas nie, baju ibu tak basah.

Ada dua jenis : pakai buang dan juga jenis kain yang boleh dibasuh dan pakai semula.



  • Bekas Untuk Simpan Stok Susu / Breast Milk Storage



Ada yang jenis plastik dan jenis botol

Ia sangat penting dan perlu ada jika ibu mahu menyimpan stok susu. Terutama bagi bu yang bekerja. 

Mudah untuk di bawa ke tempat asuhan.



Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu menyusu..


Klik >> Ingin Kembali Menyusukan.? Guna Teknik Ini!!




No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...