Lebih-lebih lagi sekiranya anda adalah seorang ibu yang bekerja sepenuh masa kerana bayi anda perlu untuk mendapatkan bekalan susu ibunya sepanjang ketiadaan anda di sampingnya.
Pemberian susu ibu ini seharusnya tidak terputus dalam tempoh 6 bulan selepas kelahiran baby.
Bagi sebahagian ibu yang tidak bekerja ataupun bekerja daripada rumah, stok susu juga sangat penting sekiranya anda terpaksa meninggalkan bayi anda buat sementara di atas urusan lain yang memerlukan komitmen anda untuk berpisah sementara dengan si comel.
Selain daripada kita, pengasuh, maid, babysitter juga sangat penting untuk mengetahui mengenai cara handel susu ni. Kita mungkin sudah memesan banyak kali tapi kadangkala pengasuh terlupa mengenai cara penyediaan susu ini.
Langkah Penyediaan Susu Perahan
#1 Label & Konsep FIFO
Selepas proses mengepam, penting untuk melabelkan nama anak, tarikh sekiranya mahu dibekalkan ke pusat asuhan. Supaya susu tidak tertukar dengan susu ibu lain.Konsep FIFO pula adalah “First In First Out”. Di mana kita perlu gunakan yang paling awal dibekukan supaya susu kita tidak terlalu lama di simpan.
#2 Isipadu Susu
Jangan isikan susu anda sehingga penuh. Tak kira anda isi menggunakan botol @ plastik khas menyimpan susu. Ikut betul-betul sukaran label yang ada di bekas.Ini kerana susu anda memerlukan sedikit ruang untuk mengembang ketika dibekukan di dalam peti ais.
Kecik guna plastik khas yang boleh isi 5oz susu sahaja.. Ini kerana tak nak ada berlaku pembaziran semasa pemberian susu kepada bayi. Bayi tidak menyusu dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh 1 masa.
#3 Tempoh Ketahanan Susu Ibu
Tempoh penyimpanan susu ibu ibu penting yang perlu ibu-ibu tahu. Ini bagi menjaga kualiti susu ibu, supaya dapat mengekalkan khasiat susu ibu yang sedia ada.
Suhu Bilik – 4 jam
Peti Ais ( Bawah ) – 3 hari
Peti Ais ( Beku )- 3 bulan
Frezeer – 6 bulan
#4 Cara Sediakan Susu Ibu Yang Telah Dibekukan
Cara penyediaan susu ibu adalah dengan suamkan susu itu. Kita taknak la terlalu panas bagi kat anak kan. Takut mencederakan anak dan tak dapat khasiat pula.
Cara 1 : 1 cawan air panas + 1/2 cawan air paip. ( Rendam )
Cara 2 : Letakkan Susu Ibu yang beku di bawah air paip yang sedang mengalir.
#5 Cara Memberi Susu Ibu Kepada Bayi
Setelah proses mencairkan susu dilakukan, pastikan ibu mengoyangkan botol tersebut dengan perlahan supaya lemak-lemak susu sebati.Jangan goncang terlalu kuat kerana ia boleh merosakan rantaian nutrisi semulajadi yang terdapat dalam susu ibu.
Periksa suhu Susu agar tidak terlalu panas. Bahaya pula jika bagi bayi susu panas.
Sekian sahaja. Semoga coretan ini memberi manfaat kepada ibu-ibu sekalian. Selamat Mencuba dan Menyusukan.
Sharing With Love
Kecik
ID 1116479
No comments:
Post a Comment