19 April 2017

Dapat Apa Dengan Shaklee Nie.?

Secebis kisah saya waktu dahulu penglibatan saya dalam bidang bisnes online dengan berkongsi pengalaman dan penggunaan produk shaklee adalah secara kebetulan.

Saya bermula dengan Set Berpantang Shaklee hanya untuk berpantang secara moden yang tidak menggangu kesihatan baby saya. Banyak produk sekarang nie yang tidak boleh amalkan terus selepas bersalin kerana dikuatiri bayi akan kuning dan juga penyusutan dalam proses penyusuan. 

2013 saya besalin secara cazer. Set Berpantang Shaklee sangat membantu saya sepanjang proses berpantang. Bayangkan, saya tidak merasa kesakitan yang teruk yang mana ada ibu-ibu perlu ambil pain killer untuk menahan kesakitan yang di alaminya.

Dan jamu yang shaklee sediakan ( Alfalfa Complex ), boleh terus ambil lepas sahaja bersalin. Kuning baby saya tidak teruk dan cepat sembuh.

Bila dah beerkesan apa yang di amalkan, mestilah kita nak konsisten, sebab bukan ketika berpantang je nak kena jaga. Tempohh penjagaan bersalin cazer berpanjangan. Lagipun, makan supplement nie memang digalakan..

Maka saya daftar jadi ahli shaklee. Sebab apa saya masuk ahli.? Sudah tentu lah untuk dapatkan harga yang lebih murah. Tak terfikir pula untuk menjana pendapatan dengan Shaklee. 

Setelah setahun jadi ahli shaklee hanya untuk makan sendiri, baru lah terbuka hati untuk berbisnes. Dari part time ke full time.

MLM Shaklee Sungguh Indah

Kenapa saya kata MLM Shaklee sungguh indah.? Ini apa yang saya rasa sendiri dan apa yang saya dapat dengan Shaklee.

#1 Ukhwah Dalam Shaklee

Bisnes Shaklee bukan hanya untuk untuk berniaga sahaja.. Apa yang penting adalah Ukhwah yang terjalin dalam shaklee ni super best..

Bila bermulanya niat untuk berbisnes, tidak akan di tinggalkan begitu.. Akan diajar from Zero To Hero.. Berbual hanya di laman sosial.. Tapi dah rasa macam adik beradik. Cubit paha kiri, peha kanan terasa juga.

Walaupun kami menjalankan bisnes yang sama, tapi tetap sokong menyokong antara satu sama lain. Kerana kami percaya, rezeki tak salah alamat, akan datang kepada orang yang tepat.

#2 Ilmu Tidak Setanding Dengan Wang Ringgit


Setiap ilmu yang dilimpah kan tidak ternilai. Ada yang mengadakan kelas marketing TANPA CAS BAYARAN. MURAH. FREE. wow.... ilmu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.. Mengajar yang baru menjadi lebih berjaya seperti mereka yang telah berjaya...

Banyak sangat yang Farah belajar dari mereka, untuk menjadikan Farah insan yang lebih baik dan memberi manfaat kepada yang lain, insha Allah.

#3 Lebih Dekat Dengan Allah & Keluarga

Ini adalah yang paling sentap yang tak pernah Farah rasa. Sering kali mengingatkan kami agar kami sentiasa menjaga hubungan kami dengan Allah, Ibu Bapa, Suami Isteri & Anak-Anak. 

Jangan marah anak-anak jika mereka ganggu kita berbisnes. Kerana mereka adalah sumber rezeki kita.

#4 Niat Berbisnes

Sentiasa mengajar kami SID Shaklee bahawa niat kita berbisnes adalah untuk membantu mereka yang memerlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Produk Shaklee bukan ubat yang bila di amalkan, terus sembuh dari sebarang penyakit.

#5 Ketenangan Dalam Diri

Dulu Farah kerja kerani, sebulan gaji dapat RM1200 sebulan.. Suami juga kerja bergaji RM1800. Jumlah gaji kami RM 3000 sebulan. Duduk rumah ibu Farah sendiri, xperlu bayar rumah, bill api dan air tak perlu bayar. 

RM3000 kami hanya bayar bill telefon, belanja barang dapur RM100 di rumah ibu dan mertua. Ansuran kereta RM400. Pengasuh anak RM200. Keperluan anak RM200.. 

TETAPI nilai gaji kami tidak pernah mencukupi untuk tempoh sebulan. Entah apa yang kami belanja pun kami tak pasti. Yang pasti setiap hujung bulan kami kehabisan duit untuk berbelanja.

Hati tak tenang setiap kali Farah pergi kerja di pagi hari. Malas nak pergi kerja di sebabkan keadaan ditempat kerja. Strees dengan rakan sekerja dan juga boss. Yelah nama pon boss kan. Macam-macam yang diperintahkan.

Buat kerja tak ikhlas. Bila tak ikhlas, mana datangnya berkat. Betul tak.? Maka Farah ambil keputusan untuk berhenti kerja,buat shaklee full time dan jaga anak. 

Alhamdulillah keadaan sekarang amat lain. Hanya suami sahaja yang bekerja, xpernah tak cukup. Farah dekat rumah, klick-klick untuk order barang yang dipesan, setiap 15hb bonus masuk.. Online sebarkan kebaikan produk shaklee. 


Rasa dah cukup panjang dah cerita saya nie.. hehehehe... Ini kisah saya. Apa yang saya dapat sepanjang saya dengan Shaklee.. Doakan saya berjaya dalam Shaklee, saya nak bawak ramaii orang nikmati apa yang saya dapat. Berjaya bersama-sama.


Love #WAHMillionaire Group .. Love #Ireach Group..

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...