Sudah semestinya saya akan bawa anak dan suami bercuti ke DisneyLand nie.. Sebab mereka gilakan kartun sama seperti saya. Sambil2 saya dan suami honeymoon lagi di luar negara pulak..
Perbelanjaan untuk ke sana saya anggarkan dalam 20k. Jadi kena lah kumpul duit kan.? Dan semestinya harapan saya. Saya akan pergi guna duit Shaklee..
Mudah mudahan impian saya untuk kesana tercapai di tahun 2020.. Semoga rezeki bershaklee bertambah maju. Semoga Allah permudahkan urusan ini.
Taman Tema Disneyland
Disneyland ialah sebuah taman tema milik dan kendalian divisi Walt Disney Parks and Resorts dalam syarikat Walt Disney yang terletak di bandar Anaheim, California, Amerika Syarikat.
Taman ini didedikasikan dengan prawara-wara akhbar pada 17 Julai 1955, kemudian dibuka kepada awam pada 18 Julai 1955. Disneyland terkenal sebagai satu-satunya taman tema yang direka dan dibina di bawah seliaan langsung Walt Disney sendiri.
Pada tahun 2005, taman ini telah dikunjungi oleh lebih 515 juta pelawat sejak pembukaannya, termasuk presiden, raja dan ketua-ketua negara lain.
Pada tahun 1998, taman tema ini dijenamakan semula sebagai "Disneyland Park" untuk membezakannya daripada kompleks Disneyland Resort yang lebih besar.
Pada tahun 2007, taman ini menyambut lebih 14,800,000 pengunjung, menjadikannya taman kedua teramai pelawat di dunia, mengekori Magic Kingdom di Walt Disney World.
No comments:
Post a Comment