Bagi wanita biasa, keguguran rambut sehari adalah dalam lingkungan 50 hingga 100 helai.
Namun, semasa mengandung, pertambahan hormon estrogen akan menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak, menjadi tebal dan lebih sihat berbanding biasa.
Selepas bersalin, paras hormon estrogen akan turun mendadak ke paras normal.
Penurunan hormon estrogen ini mengambil masa 2 hingga 3 bulan atau ada yang mencapai sehingga 9 bulan lamanya bergantung kepada badan ibu.
Jadi, di sepanjang tempoh penurunan ini, ibu akan mengalami keguguran rambut yang amat teruk.
Farah juga mengalami situasi yang sama. Kalau dikumpulkan, dah boleh buat rambut palsu agaknya.. Hehehehe.. Namun usah risau. Bila rambut gugur, rambut baru akan kembali tumbuh.
Farah share sedikit tips untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini supaya ia tidak menjadi lebih teruk dan berpanjangan.
Punca Keguguran Rambut
- Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.
- Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
- Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.
- Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
- Mempunyai masalah angin badan yang serius.
- Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
- Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
Tips Atasi Keguguran Rambut
- Potong rambut menjadi pendek. Rambut yang pendek dapat mengurangkan keguguran rambut serta mudah diurus.
- Gunakan sikat rambut yang lembut dan bergigi jarang. Kemudian sikat rambut dengan lemah lembut untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.
- Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah kerana ia akan menyebabkan rambut mudah tercabut.
- Elakkan mewarnakan rambut, mengeriting, merawat rambut atau meletakkan pelembut rambut sehingga rambut kembali normal.
- Tingkatkan pengambilan makanan atau vitamin tambahan yang tinggi protein, zink dan zat besi kerana vitamin ini membantu dalam pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.
- Amalkan pengambilan multivitamin untuk memastikan nutrien sampai ke bahagian rambut.
- Minum air yang mencukupi untuk melembapkan kulit kepala dan mengelakkan kelemumur.
Rawatan Keguguran Rambut Dengan Shaklee
Wassup 011 277 94946
No comments:
Post a Comment