16 April 2015

Kenapa Saya Sakit Pinggang Ketika Hamil.?

Ramai wanita mengandung mengalami sakit belakang dan sakit pada bahagian pinggul. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan.



Sakit belakang ialah perkara yang biasa dilalui semasa kehamilan, ianya disebabkan oleh hormon dan perubahan postur badan yang berubah selari dengan tumbesaran rahim. Berwaspadalah dengan postur badan anda ; dengan menegakkan bahagian pinggul dan elakkan daripada terlalu menyandar ke belakang. Selain itu, pastikan tulang belakang sentiasa dalam keadaan baik dengan bersenam. Yoga, berjoging dalam air (aqua jogging), dan berenang adalah aktiviti yang sangat baik untuk dilakukan. Sakit belakang yang berterusan mungkin memerlukan rawatan daripada fisioterapis, ahli akupunktur, osteopati atau kiropraktor. Sakit belakang yang kadangkala berlaku mungkin disebabkan oleh kontraksi, di mana kesakitan pada bahagian ini mungkin terasa lebih lagi daripada bahagian abdomen. Jika anda berasa kurang pasti, hubungilah pegawai penjaga materniti (LMC) anda.


Sakit pada bahagian pinggul Sakit pada bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD). Ianya boleh menjadi lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga. Sebab-sebabnya berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya ketidakselarian pada tulang pinggul.


Boleh klik >> SARANAN UNTUK MENGELAKKAN SAKIT PINGGANG KETIKA HAMIL



Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan 
Mengenai Shaklee.

Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.

FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor

No comments:

Post a Comment

Macam Mana Vivix Boleh Membantu Masalah Kesuburan?

Kalau bercakap tentang kesuburan, pastinya melibatkan kaum lelaki dan juga wanita. Kadang-kadang  masalah itu bukan hanya satu pihak je teta...