Jika anda tidak biasa bersenam, mulakan perlahan-lahan. Memeriksa postur anda, mengelak daripada mengangkat benda berat dan menuruti nasihat mudah tentang penjagaan belakang juga dapat membantu mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Jika anda perlu mengangkat sesuatu, pegang benda itu rapat kepada badan anda, bengkokkan lutut (bukannya belakang) dan cuba jangan pusingkan badan.
1.Senaman
- Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis dan tarik pusat ke dalam dank e atas. Teruskan mengemut untuk selama kira-kira lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Relakskan otot-otot perlahan-lahan pada akhir senaman.
- Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan. Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat tukang urut terlatih atau ahli fisioterapi.
- Jika anda mengalami kesakitan pada tulang tongkeng, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa. Cuba duduk di atas kusyen lembut yang berbentuk baji atau berbentuk cincin.
- Sertai kelas akuanatal jika ada. Kelas seperti ini boleh membantu melegakan sakit belakang semasa hamil.
- Adalah penting bagi anda mendapatkan pengamal akupunktur yang terlatih dan berpengalaman merawat wanita hamil.
6.Bantal materniti
- Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu.
7.Kehangatan dan air
- Mandian hangat, tuaman panas atau pancuran air panas dapat melegakan ketidakselesaan.
- Tali pinggang ini dapat menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan terhadap otot-otot perut dan belakang anda.
Jika anda rasa anda menghidap PGP atau skiatika, atau sekiranya anda mengalami sakit belakang dan saranan-saranan tidak membantu, jumpalah ahli fisioterapi. Doktor anda mungkin dapat memberi rujukan. Ahli kiropraktik atau ostepati yang berdaftar dan berkelayakan juga mungkin dapat membantu.
Hubungi Saya Jika Anda Perlukan Bantuan
Mengenai Shaklee.
Demi Kesihatan, Tak Perlu Malu Untuk Bertanyakan Kepada Saya, InsyaAllah Saya Boleh Membantu.
FArah @ Kecik Sangat
ID :- 1116479
011-27794946 sms@whatsapp
COD Kawasan Berdekatan Batu Pahat ,Johor
No comments:
Post a Comment